Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pada 6 – 8 Januari 2012 telah berlangsung Karnival Industri Asas Tani 2012 sempena Majlis Pelancaran Pasaraya My Agro Hypermart yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Blog Denaihati telah terpilih sebagai ‘Official Blogger’ bagi membuat liputan di majlis perasmian telah diwakili oleh Blogger Anarm dan Jaws.
Suasana pada hari pelancaran sesak dengan kunjungan orang ramai serta pihak media TV3, TV1, TV9, Bernama dan Official Blogger Kak Jie dan Puan Bee. Selepas pelancaran, ada majlis menandatangani MoU antara Rukun Saksama dengan FAMA, Asia Shangtex dan beberapa lagi usahawan IKS yang terlibat (eksport ke China).
YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar juga telah dibawa melawat sekitar pasaraya My Agro Hypermart. Banyak gerai usahawan IKS memberi peluang kepada orang ramai untuk rasa produk makanan keluaran mereka. Usahawan IKS memang terkenal dengan produknya yang kreatif, berkualiti lagi bermutu.
Kehadiran maskot Upin dan Ipin menambah kemeriahan majlis dan telah menarik perhatian para pengunjung di situ. Ramai yang ambil peluang bergambar dengan Upin dan Ipin, termasuk Puanbee.
Pasaraya My Agro Hypermart yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) merupakan pasaraya produk IKS tempatan yang pertama di Malaysia di bawah kelolaan Pemandu, Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ianya ditubuhkan sebagai platform bagi membantu para usahawan IKS melebarkan sayap perniagaan ke satu tahap yang lebih baik.
My Agro Hypermart juga menawarkan urusniaga yang telus dan memastikan tawaran harga 30% lebih murah berbanding pasaraya-pasaraya lain. Oleh itu, marilah ramai-ramai kita menyokong produk IKS tempatan.
Joom pergi shopping di Pasaraya My Agro Hypermart, kalau kita tidak menyokong produk IKS tempatan siapa lagi?
93 Comments
wau,ada upin ipin lah..rugi tak pergi.:(
wah,,,,selamat ya buat denaihati yang terpilih menjadi official blogger dan pasti nya seru ada maskot upin ipin nya tuh,,hehehe
cuma bisa lihat fotonya saja…hhhmmm
Curahan rasa Dadan @ ..Indonesia Miskin Sarjana Teknik
sayang saya tak bisa tengok….
Curahan rasa Obat Alami Untuk Asam Urat @ ..Asma | Obat Alami Penyakit Asma
Memang bagus kerajaan adakan hypermart utk IKS ni. At least kita ada pilihan lain selain hypermart yg ada sekarang. Setuju dgn Azza Azman, kat mana my agro nih?
Curahan rasa Ahmad Ijat @ ..Anak Anak Kita
Sempat pergi dan paling best part tester tu, macam2 produk bleh dicuba. Barangan pun interesting, banyak barang yang susah nak jumpa kat bandar2 ada dalam tu
Curahan rasa shraqs @ ..Apple iPhone 5th Anniversary
wah… murah tak? tapi kat mana ni??
Curahan rasa Azza Azman @ ..Jalan Singkat ke Cameron Highland
tak berkesempatan nak pergi….rugi pulak rasanya
Curahan rasa apaajanews @ ..BELI SAMSUNG DAPAT LESUNG
meriah sangat pada hari tu .. barang pun murah2 , boleh lah semua org ke sana membeli apa yg patut sokong petani kita ..
tak berkesempatan nak ke sana…nmpak best giler…
Curahan rasa lin azlina @ ..2 cek selamat diterima. Nuffnang dan Churp2
best nyee…..nak kesana…tp jauh lah…
Curahan rasa Syarih @ ..Flora Dan Fauna di Kilim Geoforest Park Langkawi – Nikmat Keindahan Alam Langkawi.
leh try shopping kat sini plak lepas ni…heheheh
Curahan rasa jedi @ ..Muhammad Al Fateh # 1
Rasa rugi tak dapat pergi. Memang dah dekat sangat. Nak buat macam mana. Takde rezeki
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Jangan kencing dekat sini la dowh!!!!
Sukanya tengok iks berdaya maju dan boleh bersaing dengan pengeluar gergasi dalam san luar negara
Curahan rasa Norasikin @ ..Resepi Asas Bubur Lambuk
Jauh ler brother.. tunggu balik nanti aku jengah..
Jom kita sokong produk tempatan… yeahhhh
Curahan rasa nurmisnan @ ..Doa penyakit asma
Comments are closed.