Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, cuti sekolah akhir tahun 2012 anak-anak ajak tengok movie 3D Life of Pi. Katanya daripada banyak review cerita ini best lebih best daripada movie Avatar. Khabarnya Life of Pi dapat banyak anugerah di majlis Oscars 2013. Bangga juga sebab kepakaran movie hasil kerja orang kita, orang Malaysia itu pun tahu setelah terbaca artikel INI dan INI. Tabik kepada Hasnul Samsudin dan Azim Hulaimi dari Rhythm & Hues yang menjadi penggerak utama untuk babak lautan dan harimau Richard Parker bekerjasama dengan pengarah terkenal Hollywood, Ang Lee.
Kepada yang banyak masalah hidup dan rasa dah tidak ada jalan menyelesaian Life of Pi boleh dijadikan sebagai motivasi. Kisah seorang remaja India Pi yang mendapat ejekan kerana nama Piscine Molitor sempena nama sebuah kolam renang yang akhirnya terpaksa berhijrah ke Kanada membawa binatang peliharaan Zoo keluarganya. Di tengah laut yang paling dalam di dunia kapal telah pecah setelah dilanda ribut menyebabkan seluruh keluarga dan haiwan yang dibawa mati lemas. Tinggal Pi dan seekor harimau yang diberi nama Richard Parker.
Pi dan Ricard Parker berjuang di dalam satu sampan di lautan luas yang tiada bertebing yang akhirnya terpaksa berkawan untuk meneruskan kehidupan. Tidak ada sesiapa yang dapat membantu mereka dan secara logiknya mereka tidak akan dapat bertahan lama untuk hidup di tengah lautan tanpa air dan makanan. Pi tidak pernah berputus asa dan dia yakin tuhan akan membantu beliau. Memang benar tuhan menolong beliau dengan berbagai kejadian pelik sepanjang di lautan sehingga dihanyutkan ke sebuah pulau misteri yang mempunyai makanan dan air tawar dan kemudian meneruskan perjalanan sehingga terdampar di pantai dan diselamatkan. Daripada penyiasatan selepas Pi diselamatkan tidak ada orang yang pernah berjumpa dengan pulau misteri tersebut.
Pengajaran daripada Life of Pi JANGAN pernah kecewa dalam hidup walaupun seandainya kita sudah sampai ke penghujung jalan seperti sudah tiada jalan penyelesaian. INGAT kita ada ALLAH SWT untuk bergantung harapan yang kuasanya diluar kotak fikiran manusia yang boleh membantu bila-bila masa, dalam apa keadaan dan sesukar mana sekali pun. Apa yang ALLAH SWT turunkan di alam ini hanya ibarat setitis air di lautan luas maknanya terlalu banyak lagi rahmat dan nikmat yang ALLAH SWT ada tak terfikir oleh manusia.
Masalahnya berapa ramai dikalangan kita yang benar-benar kenal ALLAH SWT. Kalau kita tak kenal ALLAH SWT bagaimana kita nak bergantung harap sepenuhnya pada NYA apabila dalam kesusahan. Pi mencari tuhan sejak kecil kerana itu apabila beliau dalam kesusahan sentiasa ingat Tuhan. Tugas kita mengenalkan anak-anak dari kecil mengenal ALLAH SWT. Katakan setiap hari kenyang, lapar, sihat, susah, sedih, gembira, suka, duka, sekecil apa dan sebesar mana semua itu adalah atas kehendak ALLAH SWT.
Dengan latihan sebegini sejak kecil barulah kita bergantung harap kepada ALLAH SWT dalam apa juga keadaan senang atau susah kerana semua itu tidak datang begitu sahaja tanpa amalan yang istiqamah.
108 Comments
Lihat kepada cerita yang dikupas oleh DH, terasa nak cuba menontonnya. Review yang diceritakan amat menarik. Sekarang ini jarang menonton video, asyik dengan kerja dan pulang pula mengajar anak tentang pelajar mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 Blogger Terbaik Malaysia
menarik juga review dari bro DH tentang filem ni
Curahan rasa wazy @ ..Berjogging dengan BETUL, SELAMAT dan BERKESAN
menarik juga cerita ni..pada mulanya saya tak tahu pon filem ni tentang apa
Curahan rasa Afiq @ ..Cara Mengawal Perasaan Marah
Adakalanya filem boleh memberikan kita pengajaran yang baik,filem macam nilah yg patut kita tonton lebih.
kesimpulan yang terbaik … berdasarkan filem boleh di terjemahkan ke kehidupan seharian …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..CayaLah Video 1
Suka baca kesimpulan yg DH buat
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Pengalaman Bersalin di Negara Orang [Part 02]
Mendalam maksud yang DH sampaikan.
Curahan rasa Adam Roslan @ ..(Keputusan Piala FA 2013) Pusingan 2, 26 Februari
Semoga mendapat pengajaran yang berguna ..
Curahan rasa Muaz Masral @ ..Assalamualaikum
Nice Info….. Maju terussss…………
Curahan rasa Azis Hapiddin Blog @ ..100% SEO Score Test Results From chkme(dot)com
Alhamdulillah.. pengajaran yang amat berguna buat diri saya..
Curahan rasa abngkhai @ ..Kembara Secebis Hati di UniSZA..
cerita ni bagus . bole beri motivate kepada orang yang baru mengejar impian.. jangan mudah putus asa… ok perlu tengok cerita ni tuan… download. he he
Curahan rasa Datin Tyka @ ..BR1M 2.0 Tidak Diluluskan
Like utk entri ni.
Nampaknya ambe kena cari cd filem ni utk ditonton bersama weekend ni =)
p.s. masa kecil saat paling mudah utk ajar anak2 mengenal Allah.
Curahan rasa hafizmd @ ..7 Petua Mudah Kempiskan Perut & Kuruskan Badan Tanpa Ubat!
cerita ini memang bagus.. teladan untuk semua manusia
yang gemar give up..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Cerita nasi katok Brunei
best jugak citer ni..
Curahan rasa hafiz @ ..Keputusan penuh Kedah FA vs Johor Darul Takzim Piala FA 2013
Apa yang terjadi dalam dunia kehidupan kita, semuanya tak lepas dari campur tangan (ketentuan) ALLOH SWT
Siapa yang kenal akan dirinya, dia akan mengenali Tuhannya
Aku jauh Engkau jauh, Aku dekat Engkau dekat
Comments are closed.