Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, awal bulan hari tu Team Denaihati telah join satu event dengan tema LG Fiesta yang diadakan di The Curve (The Piazza). Roadshow tersebut sempena pelancaran LG’s World First 84 Inch Ultra HD TV.
Turut bersama hari tu ada beberapa orang rakan blogger antaranya Broframestone, Ben Ashaari, Yana Yassin, Ariff Shah, Boni Kacak, Melastik Bintang, Syukri Tahir, AkuBiomed dan ramai lagi. Ada juga blogger yang tak berapa kenal.
Semasa pendaftaran, blogger-blogger dibahagikan kepada beberapa group untuk aktiviti berkumpulan yang sangat menghiburkan. Setiap group ada 4 orang.
Pendaftaran Blogger di LG Fiesta (Credit: AkuBiomed)
Sepanjang event berlangsung kami diperkenalkan dengan produk-produk canggih keluaran LG. Pihak LG telah memberi penerangan tentang ciri-ciri yang ada pada produk keluaran mereka dan ditunjukkan demonstrasi cara penggunaannya. Memang sangat menarik dan hebat fungsi-fungsi produk LG terutamanya gabungan mantap LA8600 (Top Range of TV) dan BH9530 (Home Theater Systems).
LG 60 inch CINEMA 3D Smart TV LA8600
LA8600 – LG CINEMA 3D Smart TV
Semasa dibuat demonstrasi menggunakan TV, blogger perlu memakai kaca mata 3D yang diberi. Pakai spek mata 3D tu baru boleh nampak imej 3D pada TV keluaran LG. Apa saja rancangan TV yang kita tonton boleh ditukar menjadi 3D melalui setting pada TV tersebut.
Selain untuk menonton rancangan kegemaran, LG CINEMA 3D Smart TV juga boleh guna untuk surf internet dan bermain game dari phone. Kawalan menggunakan ‘Magic Remote’ dengan hanya point and click, scroll up and down, zoom in and out sama seperti menggunakan mouse komputer. Memang mudah. Juga boleh menggunakan arahan suara untuk fungsi carian.
Smart TV:
- Magic Remote
- Smart Home
- Smart Share
- Full Web Browser
Cinema 3D:
- Comfortable 3D Glasses
- 3D Depth Control
- 3D Sound Zooming
- 3D World
- 2D to 3D
- Dual Play
Maklumat lanjut tentang Smart TV ini di http://www.lg.com/my/tvs/lg-60LA8600-led-tv
9.1CH CINEMA SOUND HOME THEATER BH9530
BH9530 – 9.1CH CINEMA SOUND HOME THEATER
9.1CH CINEMA SOUND HOME THEATER merupakan sistem bunyi home theater bagi mereka yang gemarkan sistem bunyian yang menggamit suasana di rumah. Dengan tagline “Be Prepared For The Most Realistic Sound Ever” anda dapat bayangkan betapa hebatnya sistem bunyi home theater BH9530 ini. Beberapa ciri menarik sistem audio ini ialah:
- 9.1CH CINEMA Sound
- Aramid Fiber Speaker
- Miracast™
Maklumat lanjut tentang sistem bunyi Home Theater BH9530 ini di http://www.lg.com/my/home-theater-systems/lg-BH9530TW
Next time boleh join lagi event macam ni. Memang seronok. Terima kasih Broframestone kerana menjemput Denaihati. Kalau ada event lagi jangan segan silu untuk invite ye.
66 Comments
x masuk panggung dah kalau ada set lengkap sebegini 🙂
Curahan rasa AUC @ ..Spain vs Tahiti Confederations Cup 2013 | Live Streaming
betul, kalau rumah taman, tak boleh nak pasang kuat2…takut jiran marah, atau tumpang sekaki…heee
seronok kalau dpat join jugak event nie.. 🙂
Curahan rasa Wan Fauzi™ @ ..Demontrasi Mesir “Hamlah Tamarud”
vendor dari korea satu ini memang kaya inovasi…
Curahan rasa hybrid car @ ..ECU Remapping Details of …
wah kalau ade tv macam tu mmg melekat depan tv ajelah.. semua benda boleh buat sekali tu.
Curahan rasa Nasarudin @ ..7 Waktu Yang Patut Di Elakkan Meminum Air
kalau tengok ramai-ramai kena pastikan semuanya minat yang sama, nanti berebut…heeee
Wah amat menarik sekali TV nya…
Curahan rasa daddydee @ ..Tips Blogging: Panduan Menulis Entri
Semakin banyak produk TV yang semakin bersaing meraih simpati pelanggannya
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Penyebab Kebutaan
3D glasses dia nampak sempoi jer, hehehe
Curahan rasa Juan @ ..Daftar dan Promosikan Malaysia Online Micro Jobs – assignworks.com
teringin nak beli tv 3D tp nak kena beli dvd plter 3d plak..
pastu dvd lak.. iks iks 🙂
Curahan rasa Sop @ ..Menonton filem After Earth
Apa saja rancangan TV yang kita tonton boleh ditukar setting jadi 3D pada TV tu…ciri-ciri hebat ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Rombongan Intel Malaysia ke Penang
Smart TV dan HT baru set lengkap melengkapi. 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..LIVE LIFE LARGE LG’s blogger event di LG Fiesta
Spec tu pakai jalan2 pun cool pe hehehe.
Kalau bawa balik TV 60″ plus set home theater tu, syok lah layan bola LIVE di rumah.
Curahan rasa Ismail N @ ..Mango Garden Restaurant of Rumah Terbalik Borneo
makin lama makin canggih teknologi kita.. syukur alhamdulillah.. tapi DT tak beli la.. rumah di rumah ni pon masih ok lagi
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Keputusannya
betul, canggih sangat, banyak fungsi-fungsi baru yang belum pernah ada.
agak nya tak lama lagi kita bole cakap dengan benda semua ni. he he.. contoh ” off kipas”. terus off. haa canggih tak.. he he
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Dulu dan Sekarang
Samsumg smart TV dah bleh kawal dengan suara dan tangan je.
Aih bisa browser mungkin suatu hari nanti bisa ada yang berblog dengan tV
Curahan rasa munir ardi @ ..Eceng Gondok tanaman yang serbaguna dan Indah
tak dpt join jugak bila bro framestone ajak…maybe next time
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Tinggal 8 hari jek….
Berapa harga tv besar tu
Curahan rasa Eddy @ ..Wordless Wednesday l surah dari disihir
Comments are closed.