Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Seorang rakyat Malaysia maut dalam insiden letusan gunung berapi Whakaari di White Island di New Zealand yang berlaku pada hari Isnin, 9 Disember 2019.
Ia disahkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand setelah dihubungi pihak berkuasa negara itu pada pagi Selasa waktu tempatan.
The High Commission wishes to update on the latest development regarding the White Island volcanic eruption. This morning at 9.30 am local time, the High Commission was informed by NZ authorities that at least one deceased is Malaysian. @MalaysiaMFA
— HCMalaysiaWellington (@MYHCWellington) December 9, 2019
Bagaimanapun, butiran mangsa masih belum diketahui kerana siasatan masih dijalankan.
Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand meminta orang ramai untuk menghubungi mereka jika menerima maklumat tentang mana-mana rakyat Malaysia yang berada di kawasan itu.
Orang ramai boleh menghubungi Pesuruhjaya Tinggi melalui talian +64-43852439 / +64-210440188 (selepas waktu bekerja) atau emelkan kepada [email protected].
Terdahulu, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Arden mengesahkan pelancong dari Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Malaysia merupakan antara mangsa yang hilang dan cedera berikutan ledakan gunung berapi tersebut.
Semasa kejadian, seramai 47 orang pelancong dilaporkan ke pulau tersebut. Daripada jumlah itu, lima terbunuh, lapan masih hilang, 31 orang masih dirawat di hospital dan tiga lagi dibenarkan keluar.
Gunung berapi White Island yang popular dalam kalangan pelancong meletus secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran, sekali gus menimbulkan ketakutan kepada ramai pengunjung.
Sementara itu, para pelancong yang berada di atas bot yang berada berdekatan dengan White Island sempat merakam tragedi letusan gunung berapi tersebut apabila kepulan asap mula muncul dengan banyak.
Sumber: Awani
One Comment
Selepas ini kalau melancong ke kawasan gunung berapi aktif kena berhati-hati. Kerana biasanya peristiwa ini akan berangkai. Mungkin selepas ini, gunung berapi di mana-mana pula akan meltus tiba-tiba!
Curahan rasa ahmadyani @ ..Rujukan Dan Jadual Ujian Psikometrik Bulan Disember 2019 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Comments are closed.