Sebagai tanda sokongan pada muslim, ribuan wanita Non Muslim New Zealand berhijab di hari Jumaat

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sebagai tanda sokongan moral terhadap tragedi yang membabitkan 50 nyawa umat islam di New Zealand terkorban dalam kejadian serangan di Masjid Christchurch, satu gerakan solidariti memakai hijab oleh wanita di seluruh New Zealand pada Jumaat ini.

Gerakan memakai tudung ini juga dilakukan sebagai salah cara untuk menggalakan dan memberi keberanian buat wanita bertudung supaya tidak berasa takut untuk menutup aurat.

Antara wanita Non Muslim yang berhijab

Dapat dilihat ketika solat Jumaat dilakukan, ada beberapa wanita dan juga kanak-perempuan mengenakan tudung walaupun mereka bukanlah beragama Islam.

Demi menyahut seruan solidariti, wanita di Auckland, Wellington dan Christchurch menyiarkan gambar diri mereka bertudung dengan penuh rasa rendah hati sebagai tanda keharmonian masyarakat.

Sumber: World HijabDay


Spread the love

3 Comments

  1. Sebagai tanda sokongan moral terhadap tragedi yang membabitkan 50 nyawa umat islam di New Zealand terkorban dalam kejadian serangan di Masjid Christchurch, satu gerakan solidariti memakai hijab oleh wanita di seluruh New Zealand pada Jumaat ini.

    Gerakan memakai tudung ini juga dilakukan sebagai salah cara untuk menggalakan dan memberi keberanian buat wanita bertudung supaya tidak berasa takut untuk menutup aurat
    Curahan rasa Haridah @ ..Urutan TUINA bantu legakan batuk pada kanak-kanak.My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!