Lelaki sudah berkahwin, dia punya ‘Aura’, Mashaa Allah lagi power dari lelaki bujang

Spread the love

Pernah tak terfikir mengapa wanita-wanita bujang ini lebih memilih lelaki yang sudah berkahwin berbanding lelaki yang masih bujang. Walaupun tahu sudah mempunyai isteri, tetapi lelaki yang berstatus suami ini tetapi menjadi pilihan.

Seperti yang kita semua tahu, aura lelaki yang telah berkahwin ini lain macam sedikit. Nak-nak lagi bila bercakap dan juga beri senyuman. Itu pun sudah cukup menggegarkan hati kaum wanita ini. Pehh, dia punya aura.

Ada yang memasang niat untuk menjadi isteri kedua, malah ada juga yang ingin menggantikan kedudukan isterinya. Wow, bukan main-main dia punya aura ini.

Antara sebab suami orang menjadi rebutan :

1. Memahami wanita.

Anggapan wanita bujang adalah lelaki berstatuskan suami ini lebih mudah memahami wanita. Kira macam isi hati wanita mudah sahaja untuk difahami lelaki seperti ini. Tak seperti lelaki bujang yang lebih ingin minta difahami berbanding memahami. Itu sebab dia punya aura lain macam.

2. Kemas dan sejuk mata memandang.

Dari rambut hingga ke kaki, lelaki berstatus suami orang ini memang sedap mata memandang. Kemas, pandai bergaya malah pakaian sentiasa up to date. Mana tidaknya, penampilannya itu adalah cita rasa isterinya, malah setiap pakaian yang dipakai itu adalah pilihan isteri. Mana tidak kenan di mata mana-mana wanita.

Orang lelaki sekadar sarung sahaja, yang isteri inilah gosokkan baju, pilihkan warna yang sesuai malah isteri juga yang buatkan ukuran kena dengan badan suami.

3. Paling disukai wanita, kewangan yang stabil.

Bila cakap pasal suami orang sahaja tentu ramai yang anggap bahawa mereka ini miliki kewangan yang stabil. Pakai kereta import dan baju berjenama, tentu sahaja membuatkan ramai wanita menganggap bahawa lelaki ini mempunyai kewangan yang kukuh.

Tetapi, kenyataannya adalah itu semua hasil usaha keras isterinya yang turut memberi kesenangan hidup dalam keluarganya. Itu belum lagi yang isteri bergaji lebih besar dari suaminya. Ramai wanita bujang selalu dikaburi akan perkara sebegini.

4. Pandai beli jiwa.

Lontaran bahasa, panggilan dan juga nada membuatkan ramai wanita bujang merasakan lelaki berstatus suami orang ini tersangatlah sesuai dijadikan suami. Pandai memujuk isteri dengan kata-kata yang lembut membuatkan mana-mana wanita ingin mendekatinya.

Sedangkan, itu ketika awal perkahwinan ataupun moodnya sedang baik. Kalau sebaliknya, nak sebut nama isteri sendiri pun dia punya payah.

5. Bersedia untuk pikul tanggungjawab.

Wanita bujang selalunya akan memilih lelaki yang bersedia untuk bertanggungjawab, berkahwin atau menjalinkan hubungan secara serius. Sebab itulah lelaki seperti ini yang menjadi pilihan mereka. Walaupun mereka sebenarnya belum tahu keadaan sebenar tanggungjawab yang dijalankan oleh si lelaki. Wanita kepada lelaki ini tentu sahaja sudah begitu faham akan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh suaminya.

Sebagai wanita yang bujang, jangan mudah terpedaya dengan sesuatu yang anda lihat dari luar sahaja. Jangan anggap bila seseorang mempunyai keluarga bahagia dia mampu bahagiakan diri anda. Boleh jadi, semua yang ada pada dirinya itu adalah usaha dari isterinya yang sentiasa berhempas pulas tulang empat keratnya.

Sebalum anda ingin mendekati suami mereka ini, dekati dahulu isterinya. Barulah anda tahu siapa sebenarnya suaminya, Hati-hati!


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!