Lelaki ini nekad nak kurus, dulu baju XXL kini pakai saiz M. Ini rahsianya!

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berat mencecah 105 kilogram, saiz seluar mencapai 42 inchi.

Itu mungkin sesuatu yang banyak berlaku dalam kehidupan kita sekarang. Mungkin ada sekitar itu dan mungkin ada yang lebih lagi. Namun semua itu tidak akan berubah sekiranya kita tidak mengubahnya sendiri.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Suka makan setiap hari

Pada mulanya dengan berat 105 kilogram dan baju bersaiz XXL sudah tentu terasa ‘besarnya’ diri dan tidak keterlaluan untuk dikatakan overweight.

Lumrah hidup manusia, memang suka makan, makan dan makan. Tanpa mengira jenis dan kuantiti makanan, kita hanya menikmati makanan tidak kira di gerai tepi jalan hinggalah ke hotel ternama.

Sudahlah makan pun kerap tanpa mengira waktu, hendak membuat senaman pun belum tentu seminggu sekali. Lagi-lagi apabila bekerja di pejabat ‘keluar rumah nampak bulan, balik rumah pun nampak bulan’.

Nekad nak kurus, tapi tiada jurulatih

Namun itu bukan jadi penghalang bagi seorang lelaki ini yang bernama Mohd Zarin. Beliau cabar dirinya untuk turunkan berat 105 kilogram pada 2016 yang lalu. 

Nekad, fokus dan disiplin.

Pada mulanya nak turunkan berat badan, beliau hanya hentam keromo. Tidak makan nasi, tidak ambil makanan yang dirasakan menggemukkan, tanpa ada panduan yang betul daripada sesiapa.

Tips kurangkan berdengkur kepada yang lebih berat badan klik ASONOR

Dalam masa 3 bulan, beliau dah turun beberapa kilogram tetapi badan sangat letih dan adakalanya lemah. Ini semua adalah kesilapan yang ramai orang buat dan jika tidak kena caranya, kita akan rasa lebih lapar dan seterusnya akan makan dengan kadar berkali ganda.

Aktiviti skipping, maaf video lama visual kurang jelas.

“Biar orang gelak kat saya dulu, tapi saya tahu apa saya buat”

Zarin pada mulanya agak kekok untuk membuat larian atau senaman. Jadi beliau bermula dengan membuat aktiviti skipping. Tidak kira di mana dan waktu yang terluang, beliau membuat skipping untuk melatih dan sebagai aktiviti ringkas mengeluarkan peluh di samping menguatkan otot kaki.

“Pada mulanya memang kekok. Orang pun gelak tengok saya. Lama-lama OK lah!” – Zarin

Kemudian Zarin mempelajari selok belok yang betul untuk mendapatkan berat badan ideal. Beliau belajar berapa kuantiti dan kalori hidangan yang diperlukan dalam setiap hari. Kemudian beliau memulakan targetnya dan mencabar dirinya secara disiplin setiap hari.

Pemilihan makanan sihat adalah yang antara yang paling utama. Zarin sempat berkongsi tips mengenai makanan yang diambil.

5 perkara penting yang dibuat untuk kurangkan berat badan adalah :

  1. Kawal pengambilan kalori dan gula dalam makanan termasuklah yang tak nampak macam dalam sos, bahan perasa masakan dan lain-lain.
  2. Minum air masak 2-3 liter sehari.
  3. Kurangkan pengambilan nasi, makanan berminyak, garam dan sebagainya. Ganti dengan brown rice.
  4. Exercise sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Cardio workout dalam tempoh 30-60 minit.
  5. Rehat dan tidur secukupnya.

Sertai Fit Camp Shah Alam setiap minggu

Bukan mudah nak capai tahap ini. 

Ketika menjaga pemakanan, Zarin juga telah sertai Fit Camp Shah Alam yang terletak di Skate Park Seksyen 18, Shah Alam. Dua kali seminggu beliau berada di situ untuk bersama rakan-rakan baru yang lain.

Di situ, ada coach yang akan ajar dan rakan-rakan lain juga yang ada impian yang sama. Bukan setakat nak kurus sahaja, tetapi badan perlu sihat.

Cara senaman yang betul, kawalan pernafasan, dan lain-lain lagi tips yang dipelajari di Fit Camp Shah Alam tersebut.

Mula sertai acara larian

Apabila pemakanan sudah dijaga dan senaman pun konsisten, maka berat pun mulai menurun. Semangat semakin kuat dengan adanya coach dan rakan-rakan seperjuangan.

Ada masanya membuat cabaran 90 hari. Setiap hari perlu maklumkan apa yang dimakan pada waktu pagi sehingga malam. Kiraan kalori yang betul secukupnya mesti dibuat untuk mecapai sasaran.

Acara larian mula disertai. Fun Run, larian 5km, 10km, 21km, siang dan malam, dan sehingga ada juga menyertainya ke luar negara baru-baru ini. Selepas ini dalam perancangan untuk ke full marathon 42km.

Lihat sahajalah medal-medal yang menjadi koleksi dan sudah pastinya para peminat acara larian mengenalinya di blog mohdzarin.com Instagram dengan nama @mohdzarindotcom

Tahun 2016 dengan berat 105 kilogram, baju saiz XXL, seluar 42 inchi. Kini 2018, berat dah capai 75 kilogram, baju saiz M dan ada yang muat saiz S, seluar 30 inchi. Seronok tak?

Tidak ada yang mustahil.

Zarin telah buktikan kepada dirinya dan juga rakan-rakan di sekelilingnya. dari XXL kepada M. Pastinya senyuman sentiasa terukir bila melihat kembali gambar-gambar yang terdahulu.

“Pasti ada masanya kita rasa seperti mahu berhenti dan berserah. Tapi ingatlah semula kenapa kita mulakannya dan jangan fikirkan apa yang akan jadi kalau kita mengalah, tapi bayangkan apa yang akan jadi sekiranya kita berjaya” – Mohd Zarin


Spread the love

128 Comments

  1. Perghh.. dasyat gila. Sampai size M. Semangat mesti kena kental dan kena betul betul istiqamah. Kalau tak separuh jalan ja.

  2. Hebat dan kental jiwanya dapat turunkan berat badan sehingga 30kg dalam masa 2 tahun sahaja.

    Ya, bukan saja senaman malahan pemakanan juga kena jaga dalam proses menurunkan berat badan. Apapun kena cari ilmu yang betul baru berkesan segala usaha.

    1. Memang kena ada ilmu. Kesilapan yang ramai orang buat ialah tiada ilmu dan jika tidak kena caranya, badan akan rasa lebih lapar dan seterusnya akan makan dengan kadar berkali ganda.

  3. Tabik lah kat mamat nih, hebat sangat ain.. dalam masa setahun boleh ubat saiz baju dari XXL ke M. bukan calang calang nih.

  4. Memang penuh dengan inspirasi nak jadi kurus dan sihat macam Zarin ni. Nak 1000 daya kan, taknak 1000 dalih. Zarin boleh mesti Shakiddo boleh lah! Ayuh kita.

    1. Hati memang nak kena kental nih. Lantakkan apa orang nak kata, bukannya mereka nih yang nak jaga kita bila kita sakit nanti kan.

    1. Seronok sungguh bila apa yang kita usahakan membuahkan hasil cam saudara nih. Menang nampak sungguh kesungguhan dia tuh.

    2. Bro Zarin sangat boleh dijadikan contoh untuk mereka yang berbadan besar jadi lebih sihat dan kurus. Kena follow social media dia la ni

    1. Betul tuh, nak nak ada pula coach & kawan kawan yang menjadi pendorong, memang akan bertambah semangat lah nak menurunkan berat badan.

      1. Haduih bilalah gamaknya boleh merasa nak pakai baju saiz M nih. Kalau dapat pakai saiz L pun dah cukup happy dah rasanya nih.

    1. Aa betul tuh setuju, kalau takan kurangkan makan jer tapi tak di ikuti ngan bersenam, agak lambat aaa nak mendapatkan hasilnya tuh

    1. Ada gang baru lah bersemangat kita nak buat sesuatu, memang betul lah saudara kita nih dah ketemu gang yang betul.

    1. Banyak gak artikel yang menjadikan bro Zarin ni sebagai inspirasi utk mereka yang mencari berat badan yang lebih ideal

  5. Terima kasih admin, sudi berkongsi cerita mengenai kisah saya. Saya juga doakan semua yang membaca entry ini juga akan berjaya dan kekal istiqamah.

      1. Setujuuu kena perbanyakkan cerita vibes positif macam ni. Hidup sihat kena ada pemangkin sebegini. Baru bersemangat

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!