Laungan #Merdeka53 dari Follower Twitter dan Facebook

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ketika aku mula merangka untuk menganjurkan contest Merdeka sempena Kemerdekaan 1Malaysia ke 53 terpanggil aku untuk anjurkan khas kepada follower Facebook dan Twitter yang sentiasa bersama dengan blog ini. Untuk Twitter follower aku decide untuk mereka tweet laungan Merdeka yang bersemangat. Ketika itu aku tercari-cari hashtag yang sesuai supaya mudah aku mencari kembali melalui search twitter. Setelah mencuba beberapa hashtag akhirnya aku memutuskan untuk menggunakan #Merdeka53 sebagai hashtag khas untuk contest Merdeka kerana ketika itu tiada siapa yang menggunakan hashtag #Merdeka53. Tanpa diduga setelah contest dilancarkan hashtag #Merdeka53 telah menjadi top 5 hashtrends di Malaysia mengikut pengicau.com.

Beribu-ribu tweet telah terhasil dengan menggunakan hashtag #Merdeka53 sehingga aku pening untuk menentuka pemenang contest #Merdeka53. Aku rasa perancangan aku dah hebat rupanya perancangan Allah lagi Maha hebat. Tapi aku juga bersyukur rupanya ada juga sumbangan aku untuk merdeka kali ini dengan mencipta hashtag khas #Merdeka53. Untuk itu dengan rasa rendah diri aku nak bagi tahu tiada pemenang untuk twitter follower kerana sangat sukar untuk aku menentukan pemenang. Aku janji selepas cuti AidilFitri aku akan anjurkan contest khas untuk twitter follower sebagai ganti contest #Merdeka53…jangan marah ya!!.

Untuk Facebook follower pula terdapat 6 photo khas #Merdeka53 telah dikirimkan. Walaupun hadiah disediakan untuk 5 pemenang tetapi sponsor Knizam.com dan eQurban.com bermurah hati untuk menghadiahkan kepada semua peserta sebanyak RM50 untuk setiap blogger. Berikut adalah photo menarik.

Kepada pemenang sila kirimkan nama, url, ic, nama bank dan no akaun ke contact atau DM ke Facebook. Duit raya dari aku ni.

[ad#Mangga 300]


Spread the love

116 Comments

  1. semua contest yg saya join semua saya buat last minute. kepenatan baru balik dari choir untuk ambang merdeka aritu, memaksa kawan ambil gambar belakang pintu hostel yang sangat buruk, alhamdulillah menang jugak. sekali lagi, terima kasih denaihati. banyak betul bro bagi duet raya kat saya. takde lah saya makan megi lagi kat UTP lepas raya ni ahahahhaha.

    untuk semua di atas. kenapa rebut2 gambar last tu? aishhhhhh….malu la perut dah kurus akibat puasa tu. HAHAHAHA. 🙂

    1. hahaha kelakarlah baca komen eyra tu…tulah akak tgk mmg ramai yg rebut2 gmbr bawah tu…hahhaa sib baik perut dh kempis..eheks jeles tgk perut tu kempis…ehehe

      bte tahniah ye 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!