Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Bencana alam ada kalanya memang tidak dapat diduga. Kadarnya juga tidak disangka-sangka. Fenomena bencana alam boleh berlaku sekelip mata tanpa amaran tetapi bencana banjir yang melanda di negeri kita masih boleh dikesan dengan tanda-tanda. Sebagaimana bencana-bencana alam lain yang berlaku di seluruh dunia, harta benda dan nyawa berada dalam keadaan kritikal.
“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) .” (Al-A’raf : 57)
Dalam keadaan yang tidak boleh dielakkan ini, pengetahuan keselamatan dan persediaan awal menghadapi banjir amat berguna. Hal tersebut dapat menyelamatkan nyawa atau sekurang-kurangnya mengawal kerugian yang tinggi. Tiga waktu penting yang perlu diambil perhatian dalam menghadapi musim banjir iaitu melibatkan langkah berjaga-jaga pada sebelum waktu banjir, ketika banjir mula berlaku dan juga selepas banjir surut. Langkah-langkah di bawah disusun dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan.
PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
- Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
- Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, sosial media & online, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
- Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
- Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
- Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
- Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
- Dalam musim hujan, pastikan telefon bimbit dalam keadaan baik.
[box type=”shadow”]TABUNG BANTUAN MANGSA BANJIR
- Setiap satu komen di blog Denaihati dari 25/12/2014 sehingga 31/12/2014 bernilai RM1 jadi komenlah sebanyaknya.
- Kepada pembaca yang nak membantu secara tunai sila bank in ke SINI. Tabung bantuan tunai akan ditutup pada 11.59 pm, 31/12/2015.
- Sila klik “Info Banjir Terkini” untuk mengetahui status bencana secara online.
[/box]
SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
- Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
- Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
- Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
- Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
- Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
“Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.” (Al-Mukminun : 18)
SEMASA BANJIR – SEMASA PEMINDAHAN
- Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
- Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
- Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
SEMASA BANJIR – DI DALAM KENDERAAN
- Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
- Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat
SEMASA BANJIR – DI DALAM RUMAH
- Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
- Bersedia dengan peralatan kecemasan.
- Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
SEMASA BANJIR – DI LUAR RUMAH
- Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
- Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
- Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
- Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
- Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
- Jangan minum air banjir.
“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah” (al-Qamar : 11)
SELEPAS BANJIR
- Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
- Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
- Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
- Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.
SELEPAS BANJIR – SEMASA MEMASUKI BANGUNAN
- Pakai kasut.
- Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
- Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
- Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
SELEPAS BANJIR – PERIKSA ANCAMAN BAHAYA
- Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
- Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
- Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
- Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
- Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
- Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
- Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.
“Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud : 123)
141 Comments
harap sangat malam nie saya dapat mencapai misi berikan komen melebihi 100 komen..ada lagi 20 komen nak kumpul nie…
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Jom Aktifkan Mykad
semoga berjaya dengan impiannya.. sama la nak try gak la komen banyak ni. untuk buat amal sekali
Curahan rasa Datin Tyka @ ..5 Bulan Tanpa Laman Sosial
semoga semua mangga banjir tabah menerima ujian dr Allah..mmg tidak dinafikan ini adalah banjir yg paling teruk sekali dalam sejarah
Curahan rasa Vimax Malaysia Original @ ..Vimax Herba Lelaki Terbaik
memang rasa sayu apabila melihat video kesan selepas banjir..tak dapat nak gambarkan apa perasaan mangsa banjir itu semua
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Jom Aktifkan Mykad
sedih dan kasihan mereka yang terlibat dengan banjir ni…hanya membantu sekadar termampu.
Semoga tabah dan redha dengan segala yang terjadi..
Curahan rasa maria @ ..2014; Antara Hikmah Dan Musibah
jom la kita komen sebanyak mungkin dlm bantu mangsa banjir. kesian diorang ade yg dah takde tempat tnggal
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Istikharah Cinta di Tv3
Sedang usahakan untuk memberi komen yang sebanyak yang boleh ni. Jom sama-sama kita bantu ye.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
tak dpt nak pergi bantu mangsa banjir, kita komen je di sini. harap dpt membantu mrk
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Istikharah Cinta di Tv3
semoga semua mangsa tabah dengan dugaan hebat ni. harap mrk diberik kekuatan
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Istikharah Cinta di Tv3
walaupun air banjir tak masuk dlm rumah, tapi sy tetap rasa ni banjir yg paling teruk yg pernah sy lalui
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Istikharah Cinta di Tv3
sedih dan sayu meilhat kesan selepas banjir…paling sadis melihat penduduk yang kehilangan tempat berteduh..semuanya musnah..apalahh perasaan mereka meilhat apa yang dibina selama bertahun musnah dalam beberapa hari sahaja…hebat betul dugaan buat mereka ini
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Jom Aktifkan Mykad
ade yg hilang tempat tinggal/ keadaan dah macam kena tsunami. kesian betul
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Istikharah Cinta di Tv3
Betul tu. Kesian sungguh tengok mereka yang tiada tempat berteduh ni kan. Moga dipermudahkan.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Melihat kepada kerosakan yang berlaku selepas banjir di Kelantan, sungguh menyedihkan. Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini
Curahan rasa BM @ ..Rangkuman Tahun 2014 (Ilmu Dikongsi Bersama)
itulah bro..semoga mereka tabah dalam menghadapi dugaan sebesar ini..boleh dikatakan ini adalah tsunami kecil buat Malaysia…akan diingati dalam lipatan sejarah seperti mana ‘bah Merah’ yang menjadi sebutan sebelum ini..kini ‘bah merah 2014’ pula
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Jom Aktifkan Mykad
allah hanya uji mrk yang kuat je.. ade hikmah di sebalik semua ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Istikharah Cinta di Tv3
Betul tu. Ini semua dugaan untuk kita semua kan. Semoga segala urusan dipermudahkan.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Memang sedih bila tragedi banjir berlaku. Moga selamat semuanya. Amin ~
Curahan rasa Ila Fyra @ ..6 Fakta Tentang Rambut Yang Ada Mungkin Tidak Tahu
semoga mangsa banjir dapat terus dibantu dalam hadapi musibah ini
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..9 Langkah Kekal Cantik Bagi Ibu Hamil
jom kita bantu dengan banyak komentar di blog ini setiap komentar kan berguna
Curahan rasa Abdullah @ ..Islam Agama yang Sempurna (Bagian 7: Islam dan Politik)
semoga dengan sumbangan komen ni dpt ringankan sikit beban mangsa banjir.
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Istikharah Cinta di Tv3
aah btul. kita usaha apa yang termampu. harap2 dapat meringankan sikit beban mereka kat sana. tak dpt nak bayangkan. semoga terus tabah
Curahan rasa Leyha @ ..Detox : 4 Cara Membuang Toksin Dalam Badan
kg zaza kat kelantan pun sama..xtau mcm ne khbr sedara2 skg ni..kt tempat zaza pun alami….apapun terima kasih atas tip ini..
Curahan rasa zaza zehra @ ..Bantuan Kemanusiaan Banjir Pantai Timur
Semuanya perlu teliti dan paling penting jangan panik. terima kasih berkongsi tips penting ni.
Curahan rasa hafizmd @ ..Firesale Amal Banjir 2014: 14 Ebook Hanya RM97!
memang tips ini perlu kita pelajari agar bisa menghadapi situasi yang mencemaskan seperti ini
Curahan rasa Abdullah @ ..Islam Agama yang Sempurna (Bagian 7: Islam dan Politik)
memang tips kat atas ni penting utk keselamatan mangsa banjir.
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Istikharah Cinta di Tv3
aah btul. jgn panik
insyaAllah semua akan ok. kita bantu apa yang termampu kan
Curahan rasa Leyha @ ..Detox : 4 Cara Membuang Toksin Dalam Badan
Comments are closed.