Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Bencana alam ada kalanya memang tidak dapat diduga. Kadarnya juga tidak disangka-sangka. Fenomena bencana alam boleh berlaku sekelip mata tanpa amaran tetapi bencana banjir yang melanda di negeri kita masih boleh dikesan dengan tanda-tanda. Sebagaimana bencana-bencana alam lain yang berlaku di seluruh dunia, harta benda dan nyawa berada dalam keadaan kritikal.
“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) .” (Al-A’raf : 57)
Dalam keadaan yang tidak boleh dielakkan ini, pengetahuan keselamatan dan persediaan awal menghadapi banjir amat berguna. Hal tersebut dapat menyelamatkan nyawa atau sekurang-kurangnya mengawal kerugian yang tinggi. Tiga waktu penting yang perlu diambil perhatian dalam menghadapi musim banjir iaitu melibatkan langkah berjaga-jaga pada sebelum waktu banjir, ketika banjir mula berlaku dan juga selepas banjir surut. Langkah-langkah di bawah disusun dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan.
PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
- Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
- Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, sosial media & online, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
- Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
- Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
- Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
- Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
- Dalam musim hujan, pastikan telefon bimbit dalam keadaan baik.
[box type=”shadow”]TABUNG BANTUAN MANGSA BANJIR
- Setiap satu komen di blog Denaihati dari 25/12/2014 sehingga 31/12/2014 bernilai RM1 jadi komenlah sebanyaknya.
- Kepada pembaca yang nak membantu secara tunai sila bank in ke SINI. Tabung bantuan tunai akan ditutup pada 11.59 pm, 31/12/2015.
- Sila klik “Info Banjir Terkini” untuk mengetahui status bencana secara online.
[/box]
SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
- Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
- Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
- Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
- Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
- Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
“Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.” (Al-Mukminun : 18)
SEMASA BANJIR – SEMASA PEMINDAHAN
- Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
- Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
- Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
SEMASA BANJIR – DI DALAM KENDERAAN
- Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
- Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat
SEMASA BANJIR – DI DALAM RUMAH
- Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
- Bersedia dengan peralatan kecemasan.
- Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
SEMASA BANJIR – DI LUAR RUMAH
- Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
- Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
- Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
- Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
- Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
- Jangan minum air banjir.
“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah” (al-Qamar : 11)
SELEPAS BANJIR
- Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
- Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
- Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
- Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.
SELEPAS BANJIR – SEMASA MEMASUKI BANGUNAN
- Pakai kasut.
- Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
- Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
- Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
SELEPAS BANJIR – PERIKSA ANCAMAN BAHAYA
- Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
- Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
- Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
- Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
- Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
- Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
- Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.
“Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud : 123)
141 Comments
sama2 kita berdoa agar sahabat2 kita di pantai timur dipermudahkan segala urusan mereka.
Curahan rasa kereta sewa shah alam murah @ ..Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam
moga semuanya selamat..hope bntuan akn dpt sgn sgera.group ida pun tgh kumpul dana
Sedih teramat bila dapat tahu tentang kehilangan orang tersayang dan kebuluran masa banjir ini. Semoga Allah merahmati mangsa banjir dan berikan mereka kekuatan. Ameen..
Curahan rasa Ain Ridzuan @ ..WAKTU YANG SESUAI UNTUK MEMBUAT UJIAN KEHAMILAN
bagi aku mangsa banjir nie ada 2 kategori..ada mangsa banjir yang terjejas teruk dan mangsa banjir yang kena tempias sikit sahaja..tahun ini aku masuk dalam dalam kategori mangsa banjir yang terjejas sedikit berbanding tahun lalu aku adalah mangsa banjir terjejas teruk…semoga dengan sedikit sumbangan akan meringankan beban mangsa banjir yang terjejas teruk itu
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Jom Aktifkan Mykad
Simpati akan perkara menimpa mangsa banjir… Semua ini adalah dugaan dan ujian tuhan berikan sebagai peringatan supaya kita sentiasa ingat kepada Nya.
Curahan rasa mohd rawi @ ..3 Idea Bisnes Online Tanpa Modal 2015
Semoga mangsa banjir dapat tabah dalam menghadapi dugaan ini ye. Ini semua dugaan dari-Nya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Waalaikumsalam, musim hujan turun sedia payung sebelum hujan lebih baik daripada tidak sama sekali, yang paling mudah adalah membersihkan sampah selokan didepan rumah bersama-sama untuk melancarkan aliran air yang deras saat musim hujan, dan terima kasih tips diatas lengkap sekali untuk membantu mencegah sesuatu yang tidak diharapkan pada saat banjir dan setelah banjir, terima kasih sudah berbagi
Curahan rasa yandi @ ..Makanan Penurun Kolesterol
Semoag mereka yang terlibat dalam keadaan baik. dan tabah dengan menempuh hari2 seterusnya
Semoga mereka yang terlibat tabah dan redha dengan ujian yang diberikan ini.
Berhati-hatilah selalu, jaga ahli keluarga sebaik mungkin.
Tips yang amat berguna. Sya pun tengah berjaga-jaga. Johor dah mula dinaiki air.
Curahan rasa Sya Isya @ ..Derma Kilat Untuk Mangsa Banjir 2014 – Projek Amal Tawaran Meleleh
Lindungilah klantanku…semoga banjir bransur surut..bantulah setakat terdaya…#pray4klantan
sepanjang hidup saya, pernah sekali sy berdepan dgn banjir. tu pun kat rumah org. masa tu pergi tdo kat rumah maksu member. tetibe banjir lak. memang nervous habis. first time katakan. tengok lipan berenang2 memang seram giler. binatang berbisa tu. banjir kat kelantan makin teruk, moga bah banjir segera berlalu. apa pun tips semasa, sebelum dan selepas banjir ni memang bermanfaat diikuti.
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Entry Denaihati Kajian Remaja Solat Jadi Rujukan Pencetus Ummah PU Azman
assalamulaikum… terima kasih diatas share info pasal banjir ni boleh la ekin bagitaw family dikelantan ni….
Curahan rasa Cik Ash @ ..Blogger Tolong Doakan Buat Family Ekin DiKelantan
please. bantulah mereka yang memerlukan dengan memberikan komen dekat mana-mana entri denaihati.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
semoga dengan komentar kita bisa sedikit meringankan beban mereka dalam menghadapi musibah
Curahan rasa Abdullah @ ..Mengamalkan Tauhid Dengan Semurni-Murninya, Pasti Masuk Surga Tanpa Hisab
Betul tu PG. Marilah kita membantu dengan memberi komen yang sebanyaknya dalam blog Denaihati ini ye.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tak dapat bantu yang lain, dengan memberi komen yang banyak dalam blog Denaihati ini pun boleh jugak ye.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tak kisahlah nak komen entri yang ini atau entri lain dalam blog Denaihati ini, asalkan ada memberi komen ye.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Do what you can with what you have, please survive.
betul tu dear. please, jaga diri sendiri juga ketika musim banjir ni. tak nak jadi apa-apa.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Comments are closed.