Langkah Keselamatan Sebelum, Semasa dan Selepas Banjir

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Bencana alam ada kalanya memang tidak dapat diduga. Kadarnya juga tidak disangka-sangka. Fenomena bencana alam boleh berlaku sekelip mata tanpa amaran tetapi bencana banjir yang melanda di negeri kita masih boleh dikesan dengan tanda-tanda. Sebagaimana bencana-bencana alam lain yang berlaku di seluruh dunia, harta benda dan nyawa berada dalam keadaan kritikal.

“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) .” (Al-A’raf : 57)

Dalam keadaan yang tidak boleh dielakkan ini, pengetahuan keselamatan dan persediaan awal menghadapi banjir amat berguna. Hal tersebut dapat menyelamatkan nyawa atau sekurang-kurangnya mengawal kerugian yang tinggi. Tiga waktu penting yang perlu diambil perhatian dalam menghadapi musim banjir iaitu melibatkan langkah berjaga-jaga pada sebelum waktu banjir, ketika banjir mula berlaku dan juga selepas banjir surut. Langkah-langkah di bawah disusun dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan.

gambar banjir di kelantan

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR

  1. Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
  2. Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, sosial media & online, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
  3. Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
  4. Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
  5. Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
  6. Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
  7. Dalam musim hujan, pastikan telefon bimbit dalam keadaan baik.

[box type=”shadow”]TABUNG BANTUAN MANGSA BANJIR

  1. Setiap satu komen di blog Denaihati dari 25/12/2014 sehingga 31/12/2014 bernilai RM1 jadi komenlah sebanyaknya.
  2. Kepada pembaca yang nak membantu secara tunai sila bank in ke SINI. Tabung bantuan tunai akan ditutup pada 11.59 pm, 31/12/2015.
  3. Sila klik “Info Banjir Terkini” untuk mengetahui status bencana secara online.

[/box]

SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN

  1. Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
  2. Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
  3. Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
  4. Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  5. Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

“Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.” (Al-Mukminun : 18)

gambar banjir terkini

SEMASA BANJIR – SEMASA PEMINDAHAN

  1. Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
  2. Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
  3. Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.

SEMASA BANJIR  – DI DALAM KENDERAAN

  1. Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
  2. Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat

SEMASA BANJIR – DI DALAM RUMAH

  1. Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
  2. Bersedia dengan peralatan kecemasan.
  3. Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.

SEMASA BANJIR – DI LUAR RUMAH

  1. Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
  2. Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
  3. Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
  4. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  5. Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  6. Jangan minum air banjir.

“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah” (al-Qamar : 11)

SELEPAS BANJIR

  1. Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
  2. Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
  3. Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
  4. Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.

gambar kemusnahan selepas banjir

SELEPAS BANJIR – SEMASA MEMASUKI BANGUNAN

  1. Pakai kasut.
  2. Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
  3. Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
  4. Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.

SELEPAS BANJIR – PERIKSA ANCAMAN BAHAYA

  1. Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
  2. Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
  3. Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
  4. Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
  5. Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
  6. Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
  7. Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.

“Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud : 123)


Spread the love

141 Comments

  1. Assalamualaikum Denai Hati,

    Selain dari masyarakat yang perlu prihatin dan tahu langkah-langkah yang dilakukan di atas, pun berlakunya banjir juga perlu dipastikan.

    Bila saya baca akhbar, diberitakan banjir yang berlaku kali ini yang melibatkan beberapa negeri adalah yang terburuk.

    Saya merasakan antara sebab paling utama ialah sistem pembangunan yang dilakukan tidak terancang dengan sempurna. Di mana saliran air tidak diperhatikan.

    Selain, kerakusan golongan tidak bertanggungjawab melakukan penggondolan bukit-bukit. Dalam hal ini, pihak berkuasa perlulah memainkan peranan dengan telus dan amanah.

    Rlakkan rasuah kerana ianya perosak negara. Ini pandangan saya selain saya bersetuju dengan langkah di atas.
    Curahan rasa Abdullah Idris @ ..5 Tip Asas Untuk Berjaya Dalam Pemasaran Media SosialMy Profile

  2. Bagusnya perkongsian ilmu ini. In Sha Allah pasti dapat membantu ramai orang membuat persediaan. Sedih dan pilu mengenangkan mangsa2 banjir yang sedang mengalami kesusahan sekarang.. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dan air banjir cepat surut.. Aamiin..

  3. Setiap musibah yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmah di sebaliknya..

    Mungkin inilah masanya Allah ingin menguji kita sejauh mana keimanan dan kesabaran kita dalam menghadapi ujian Allah …

    Sebelum ini kita pernah diuji dengan kemarau panjang… sehingga kehabisan air di kawasan tadahan air, menyebabkan air terpaksa dicatu…

    Kemudian 1 Malaysia kita adakan solat hajat memohon hujan turun.. Syukur Alhamdulillah .. Akhirnya Hujan turun membasahi bumi Malaysia yang serba indah ini…

    Kali ni hujan turun pula mencurah-curah tanpa henti pada setiap hari. .kedengaran banjir berlaku di sana sini.. pada tarikh yang sama berlakunya tsunami pantai barat semenanjung (26 Disember 2004)

    Semoga kita dapat satukan hati sekali lagi… untuk mengadakan solat hajat memohon hujan segera berhenti.. ambil keberkatan hari Jumaat penghulu segala hari. ..

    Allah lebih mengetahui tentang setiap kejadian yang berlaku di muka bumi ini. ..

    Jom solat Dhuha dulu..
    Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan MykadMy Profile

  4. Semoga mereka yang mendapat ujian dapat bersabar dan Redha dengan keadaan ini. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.

    Doa ku…

    Ya Allah:

    ”Wahai Bumi telanlah airmu, dan wahai langit, berhentilah dari curahan airmu… Amin…”

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!