Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Bencana alam ada kalanya memang tidak dapat diduga. Kadarnya juga tidak disangka-sangka. Fenomena bencana alam boleh berlaku sekelip mata tanpa amaran tetapi bencana banjir yang melanda di negeri kita masih boleh dikesan dengan tanda-tanda. Sebagaimana bencana-bencana alam lain yang berlaku di seluruh dunia, harta benda dan nyawa berada dalam keadaan kritikal.
“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) .” (Al-A’raf : 57)
Dalam keadaan yang tidak boleh dielakkan ini, pengetahuan keselamatan dan persediaan awal menghadapi banjir amat berguna. Hal tersebut dapat menyelamatkan nyawa atau sekurang-kurangnya mengawal kerugian yang tinggi. Tiga waktu penting yang perlu diambil perhatian dalam menghadapi musim banjir iaitu melibatkan langkah berjaga-jaga pada sebelum waktu banjir, ketika banjir mula berlaku dan juga selepas banjir surut. Langkah-langkah di bawah disusun dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan.
PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
- Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
- Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, sosial media & online, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
- Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
- Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
- Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
- Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
- Dalam musim hujan, pastikan telefon bimbit dalam keadaan baik.
[box type=”shadow”]TABUNG BANTUAN MANGSA BANJIR
- Setiap satu komen di blog Denaihati dari 25/12/2014 sehingga 31/12/2014 bernilai RM1 jadi komenlah sebanyaknya.
- Kepada pembaca yang nak membantu secara tunai sila bank in ke SINI. Tabung bantuan tunai akan ditutup pada 11.59 pm, 31/12/2015.
- Sila klik “Info Banjir Terkini” untuk mengetahui status bencana secara online.
[/box]
SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
- Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
- Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
- Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
- Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
- Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
“Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.” (Al-Mukminun : 18)
SEMASA BANJIR – SEMASA PEMINDAHAN
- Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
- Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
- Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
SEMASA BANJIR – DI DALAM KENDERAAN
- Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
- Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat
SEMASA BANJIR – DI DALAM RUMAH
- Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
- Bersedia dengan peralatan kecemasan.
- Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
SEMASA BANJIR – DI LUAR RUMAH
- Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
- Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
- Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
- Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
- Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
- Jangan minum air banjir.
“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah” (al-Qamar : 11)
SELEPAS BANJIR
- Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
- Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
- Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
- Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.
SELEPAS BANJIR – SEMASA MEMASUKI BANGUNAN
- Pakai kasut.
- Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
- Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
- Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
SELEPAS BANJIR – PERIKSA ANCAMAN BAHAYA
- Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
- Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
- Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
- Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
- Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
- Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
- Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.
“Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud : 123)
141 Comments
Kali ni antara banjir paling buruk dalam Sejarah. .. saya mendapat berita yg mengatakan sekarang ni dekat KL pun banjir kilat..
Dekat kampung saya di kampung gajah perak pun tengah banjir sekarang ni… kali terakhir banjir dalam tahun 1994.. lepas tu dah 20 tahun tak banjir. .. tak sangka kali ni banjir sebab air di empangan terpaksa dilepaskan untuk mengelakkan daripada empangan pecah…
Sekarang ni kita hanya mampu berdoa kepada Allah supaya bencana alam ini dapat segera pulih. .
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
Rumah mak di kampung juga banjir..tapi tak seteruk mereka di rantau panjang, gua musang dan lain lain yang dilanda banjir besar luar dugaan
Curahan rasa cikgu naman @ ..Baiki cermin kereta retak
Besar betul dugaan kali ni.. sekarang ni saya masih di rumah mertua saya. .. walaupun tak banjir, tapi hujan sentiasa turun, tak henti2…
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
Moga ujian Allah ni akan berlaku secepat mungkin…
Jom doakan agar mereka semua terselamat dari kejadian yang tak diingini
Curahan rasa cikgu naman @ ..Vitamin Shaklee Bukan Sahaja Bagus Untuk Kesihatan
In Shaa Allah. .. mari kita sama-sama doakan semoga bencana alam ini akan berakhir dengan secepat yang mungkin. .
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
risau dengan keadaan banjir yang semakin buruk nampaknya.kalau berpanjangan, memang menjadi sejarah paling buruk bagi negara
Curahan rasa reezluv @ ..Bergaya Dengan Baju Blogger Dari Denaihati
Pada pendapat saya banjir kali merupakan yang terburuk dalam sejarah. .. sebab boleh dikatakan 1 Malaysia merasai kesan banjir ini, termasuk juga di kampung saya, kampung gajah. ..
Cuma Syukur Alhamdulillah. .. kawasan rumah emak saya tak dinaiki air. ..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
kita sama-sama doakan keselamatan diri dan keluarga sahabat kita yang ditimpa musibah ini
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Pengenalan Latihan Separa Perubatan Gred U29
Ya..selain bantuan kewangan, makanan dan pakaian..doalah salah satu bantuan yang amat bermakna buat mereka yang dilanda musibah
Curahan rasa cikgu naman @ ..Vitamin Shaklee Bukan Sahaja Bagus Untuk Kesihatan
setiap musibah mendatangkan pahala semoga mereka bersabar menerima ujian ini dan kita bantu dengan semampu kita
doakan semua orang pantai timur selamat dan hope polis bantu dan bomba juga cepat sampai untuk berikan bantuan – kedaionlinemy.com
Curahan rasa KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com @ ..Kedai Online Gegar – Senarai Peserta Akhir Gegar Vaganza 2014
Artikel yang sangat berguna pada saat sekarang ini sedang musim hujan dan banjir dimana. thks
Curahan rasa obat kista ovarium @ ..Penyebab dan Gejala Penyakit Kista Ovarium yang Perlu Anda Ketahui
Pada masa musim hujan semacam ini maka langkah-langkah pada saat banjir maupun setelah banjir perlu dikatahui
Curahan rasa Tino Berita @ ..Ujian Nasional UN Dihapus Diganti Evaluasi Nasional
di Indonesia pun ramai banjir dimana-mana semoga semua bersabar menerima ujian ini
Semoga semua mangsa2 banjir dpt menerima ujian ini dgn penuh kesabaran & keimanan…
Curahan rasa Nadri Mohd @ ..MENDAPAT SERUAN UNTUK MENGERJAKAN UMRAH
Tips yang bagus.
Mohon dijauhkan bala dalam bentuk air ni diturunkan kpd kita….
Semoga Allah sentiasa limpahkan rasa kasihannya kepada kita semua….
Dah banjir nanti semua benda kena catu….
Curahan rasa chekguBH @ ..Lifehacks: Tagging the identicals.
Terasa banjir tahun ini antara terteruk dalam sejarah. Air tak sempat nk surut, naik balik… Walaupun langkah persediaan awal telah dibuat, keadaan jadi tidak terkawal.
Harap banyak pihak sudi turun padang untuk memberikan bantuan.
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Selfie Bersama Dato’ Sri Hasan Malek
Semua pihak perlu prihatin termasuklah org perseorangan..hulur bantuan setakat mana yg mampu
Curahan rasa Nadri Mohd @ ..MENDAPAT SERUAN UNTUK MENGERJAKAN UMRAH
rasanya blogger pun harus menyumbangkan sesuatu kepada mangsa banjir nanti.baru rasa ringan beban
Curahan rasa reezluv @ ..Bergaya Dengan Baju Blogger Dari Denaihati
Betul tu bro… saya setuju. . Sebab hujan sentiasa turun, tak henti2. .. tak sempat air hujan semalam nak surut, dah hujan lagi dan lagi… sampai empangan pun dah tak mampu nak menampung isipadu air yang terlalu banyak.
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
Semoga banayk mengikuti langkah tuan Denaihati membuat tabung untuk mangsa banjir
bagus info dan tips yang diberikan. moga jadi panduan buat mereka yang sedang mengalaminya sekarang…
Curahan rasa KiD @ ..Ringgit Malaysia Bersadur Emas itu PALSU!
mesti ramai yang baca tips ini karena banjir sedang terjadi di mana-mana
tips yang wajib tahu. apapun berdoa kepada Allah supaya ringankan bebanan kepada mangsa.
Semua datang Dari Nya dan akan kembali kepada Nya semoga mangsa sabar
Curahan rasa Abdullah @ ..Awas Musik Haram
anak-anak kita tu penting… jangan terlepas pandang sebab budak2 ni suka main air.
Curahan rasa puteraduyong @ ..Dua Ekor Harimau Terlepas Di Zoo Taiping
budak paling rentan karena celaka bila ada banjir karena mereka tak tahu kawal diri
Banjir sedang menimpa beberapa kota atau daerah di Malaysia juga Indonesia. Baik sekali untuk memperhatikan langkah-langkah yang dikongsikan denaihati ini
Curahan rasa Dawaihati @ ..Cara Mengatasi Video Gadis Mabuk di Facebook
Comments are closed.