Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, selepas Piala Dunia 2014 kini fokus kita kepada Sukan Komanwel 2014. Sukan Komanwel adalah sukan kedua terbesar selepas Sukan Olimpik khas untuk negara-negara yang pernah dijajah oleh British. Kali ini Glasgow menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2014.
Prestasi kontigen Malaysia semakin meningkat untuk beberapa jenis sukan. Kali ini target Malaysia untuk membawa pulang sekurang-kurangnya 10 pingat emas. Mohd Hafifi Mansor menjadi pemenang emas pertama Malaysia untuk sukan angkat berat setelah Mohd Zulhelmi Pisol yang juga atlet angkat berat menjadi atlet pertama penyumbang pingat kepada kontigen Malaysia.
Jumlah Kutipan Pingat Emas Malaysia
- Mohd Hafifi Mansor untuk acara angkat berat kategori 69kg dengan jumlah angkatan 305kg menerusi snatch 135kg dan clean & jerk 170kg.
- Datuk Nicol Ann David untuk acara skuasy perseorangan wanita menewaskan Laura Massaro, 3-0.
- Skuad badminton untuk acara berpasukan campuran menewaskan England 3-1.
- Ooi Tze Liang papan anjal lelaki 3m.
- Woon Khe Wei dan Vivian Hoo badminton bergu wanita menewaskan Jwala Gutta dan Ashwini Ponnanppa 21-17, 23-21.
- Tan Wee Kiong dan Goh V-Shem badminton bergu lelaki menewaskan Danny Chrisnanta dan Chayut Triyachat, 21-12, 21,15.
Jumlah Kutipan Pingat Perak Malaysia
- Mohd Zulhelmi Pisol kategori 56kg dengan jumlah angkatan 245kg
- Wong Poh San – Gimrama Individu (Riben)
- Ping Pong Wanita Berpasukan – Ying Ho, Lee Wei BB.eh, Sock Khim Ng
- Boling Padang Women’s Fours – Azlina Arshad, Nor Hashimah Ismail, Nur Fidrah Noh, Emma Firyana Saroji
- Muhammad Hizlee Abdul Rais, Fairul Izwan Abdul Muin – Boling Padang Berpasangan Lelaki
- Pandalela Rinong – Terjun 10m Platform Wanita
- Ooi Tze Liang – Terjun 10m Platform Lelaki
Jumlah Kutipan Pingat Gangsa Malaysia
- Mohd Azizulhasni Awang bagi acara keirin lumba basikal trak
- Amy Dict Weng Kwan, Wong Poh San, Fatin Zakirah Zain Jalany – Gimrama Berkumpulan
- Wong Poh San – Gimrama Individu (Gelung)
- Nur Suriyani – Menembak 10m Air Rifle (Wanita)
- Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah – 10m Platform Synchronized
- Jong Yee Khie – Angkat Berat Paralimpik Lelaki (72.1kg)
Kutipan Pingat Sukan Komanwel Keseluruhan di SINI
Semuga matlamat Malaysia mengutip 10 pingat emas tercapai.
Malaysia Boleh.
Berita terkini Sukan Komanwel 2014 @ Twitter
365 Comments
Tak dapat ikut sangat Sukan Komenwal ni.. Sibuk beraya.. Hehe
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Salam Eid Mubarak 1435H
mula bulan Ramadhan dan tamat awal Syawal, memang tak banyak dapat tengok “live”.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tragedi MH17 tiada Aidilfitri untuk keluarga Hasni Hardi
Samalah tuan DH. Selalu je terlepas nak tengok life… Tambahan lagi waktu Glasgow x sama ngan Malaysia. Kekadang sukan2 penting berlangsung tengah malam waktu Malaysia…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Jawapan kenapa saya selfie?
DAH tamat..balik malaysia, buat post mortem pencapaian..paling penting kena cari pengganti datuk lee chong wei..
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Yang nie kena ambil perhatian. Kita dah terlalu lama mengharapkan DLCW. Chong Wei Feng dan Liew Darren pula masih terlalu jauh jika dibandingkan dengan DLCW.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Jawapan kenapa saya selfie?
badminton sudah lauk.
aduhhh..
Curahan rasa titan @ ..Lelaki 18 Tahun ini hari-hari dapat DUIT RAYA.
Nasib baik hari terakhir dapat 2 emas lagi untuk Malaysia, akhiri temasya dengan 6 emas.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata
kalau ada Datuk LCW mesti lagi gempak team badminton kita kan.
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Single lelaki amat mengecewakan. Pingat emas badminton bagi acara ini jatuh ke tangan negara lain sejak 1990. 🙁
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Jawapan kenapa saya selfie?
semoga malaysia terus mendapat pingat
Kejohanan telah berakhir dengan 6 pingat emas kita bawa balik. Orang cakap okaylah daripada tiada langsung. Tapi yang mengecewakan sukan yang sepatutnya boleh menyumbangkan pingat tidak terlaksana dan itu antara yang merencatkan sedikit kutipan pingt..
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Jawapan kenapa saya selfie?
Kutipan emas terkumpul kita masih 4. Prospek emas melalui badminton terkubur..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
dan acara-acar lain pun banyak yang terkubur daripada menonjol kan.
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Pihak2 tertentu kena cek balik apa yang kurang. Penambahbaikan harus dilakukan demi maruah sukan tanah air…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Jawapan kenapa saya selfie?
Malaysia belum cukup sempurna mahu tandingi negara lain, semangat yg ada belum cukup menyakinkan.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Senarai Pungutan Pingat Malaysia Di Sukan Komanwel Glasgow 2014
Semangat berjuang untuk negara belum cukup menebal..cuba lagi..
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Team kita perlu lebih buat kajian kenapa negara lain boleh lebih menonjol berbanding kite..jangan syiok sendiri yang lebih.
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Acara badminton dan basikal begitu mengecewakan. Acara lain juga amat sukar nak berjaya, dimana silapnya.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Senarai Pungutan Pingat Malaysia Di Sukan Komanwel Glasgow 2014
Kita kekurangan pelapis berpotensi yang boleh digilap menggantikan pemain2 senior..
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
tapi respek dengan azizul, berani pakai glove SAVE GAZA even kena kecam ngan penganjur.
Malaysia boleh, tapi belum cukup sempurna utk mencapai sadaran 7 pingat emas.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Senarai Pungutan Pingat Malaysia Di Sukan Komanwel Glasgow 2014
Baru 4 pingat emas..masih jauh dari sasaran 7 pingat emas tuh..
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Semangat Malaysia Boleh perlu diperkuatkan lagi dengan semangat daya saing tu..
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Semakin tipis harapan untuk mencapai target 7 pingat emas selepas badminton memberikan aksi yang tidak memuaskan… 🙁
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
Prospek emas Malaysia yg gagal peroleh emas menjadikan sasaran 7 pingat emas sukar dicapai..
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Malaysia amat perlukan pingat emas supaya dapat menduduki tempat yang lebih baik
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Ada Apa Dengan Ilmu Hipnosis
Kita harapkan ada kejutan saat2 akhir daripada atlit kita yang bertanding sekaligus memperolehi pingat emas yang kita harapkan untuk negara.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
Kita tidak boleh hanya bergantung kepada prospek emas yg sebahagiannya telah pun gagal mencapai sasaran sebaliknya semua peserta kena berjuang habis2an demi negara..bukan sekadar makan angin..
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
kejutan dah ada tapi belum mencukupi..hehe..kena tunggu lagi 4 tahun le gamaknya ni
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Mungkinkah sasaran 7 pingat emas mampu dicapai?
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Semua dah makin meningkat tetapi hoki macam makin merudum pulak.
Curahan rasa Hati Putera @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam
Yang paling memalukan kalah kepada negara yang kurang ternama seperti Trinidad & Tobago. Nampak macam ada sesuatu yang tidak kena dengan pasukan kebangsaan…
Hoki dan badminton masih terumbang ambing..skuad basikal juga gagal memberikan cabaran berkesan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
penting gak untuk cari pelapis LCW untuk team badminton..lubuk emas kite tu
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Malaysia tetap terbaik walaupun bukan menjadi juara..nak sokong negara mana lagi
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Ada Apa Dengan Ilmu Hipnosis
Yup. Tetap berada di belakang atlit Malaysia tapi atlit juga haruslah membalas sokongan rakyat Malaysia dengan mempamerkan aksi terbaik walaupun x menang pingat..
Ada juga peserta sekadar jadikan sukan komanwel ini medan pendedahan dan percubaan saja..kenapa tidak buat yg terbaik?
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Sokongan kita rakyat Malaysia tetap kepada negara tercinta..harap peserta juga dapat berjuang sepenuh hati..
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
sokong tetap sokong..kritik tetap kritik..kritikan yang membina kan hehe
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
hoho..
moga-moga leh tambah lagi.
Curahan rasa titan @ ..Khalid Ibrahim tetap PILIHAN saya.
Itu yang kita harap-harapkan walaupun nampak agak sukar sekarang ini.. Atlit yang dijangka membawa pulang kilauan emas tidak terlaksana 🙁
Btol tuh..mungkin tiada rezeki kali ni..kita tewas kepada lawan yg lebih baik..
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Hafifi kebanggaan Malaysia dan Terengganu.
Komanwel tenggelam sikit sbb kena masa raye
Curahan rasa hafizmd @ ..Format Soalan Peperiksaan Online W27 Penolong Penguasa Kastam | Exam Online 5 Ogos
Pastinya rakyat Terangganu berbangga dengan kejayaan ini. Atlit yang tidak diletakkan harapan tinggi namun telah membuktikan sesuatu buat negara. Syabas!
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
Beberapa prospek emas malaysia gagal capai sasaran..atlet yg tak diletakkan sasaran pula yg menyinar..Tahniah!
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
raya tetap raya..atlit kena berkorban untuk negara kan
Comments are closed.