Kritikan Terhadap Contest Lelaki Kacak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dah lama sifu SEO bahasa Melayu, Ariffshah tidak menulis di blog Denaihati mungkin sibuk menguruskan jual beli eBook SEO Bahasa Melayu (dah order ke?). Contest SEO memang sesungguhnya banyak membantu melonjakkan nama blog Denaihati tetapi sebenarnya bukan mudah untuk menguruskan contest SEO terutama nak menghadapi pakar-pakar SEO yang ada berbagai strategi. Semuga pandangan Ariffshah untuk contest SEO sedikit sebanyak dapat membantu Rakan Blogger yang merancang untuk menganjurkan contest SEO di masa akan datang. Joom baca ….

Sekarang ni berlangsungnya contest SEO Eyriqazz vs Denaihati dan sebelum ni, contest SEO Lelaki Kacak telah pun tamat. Berdasarkan keputusan contest SEO lelaki kacak, saya kurang berpuas hati dengan keputusan tempat pertama contest tersebut yang dimenangi oleh Lelakikacak.com.

Logik tak?

Pada saya, tak logik sebenarnya penganjur memilih domain Lelakikacak.com sebagai pemenang. Come on la.. Nampak sangat tak adil kepada peserta lain. Pemilik lelakikacak.com dah ada kelebihan yang sangat besar dalam contest tersebut hanya dengan memiliki domain tersebut. Selebihnya, pemilik domain tersebut hanya perlu mendapatkan social vote (Facebook Like, +1 dan ReTweet) untuk domain tersebut, backlinks dan sedikit trafik yang keluar masuk.


Seperti yang diajarkan dalam ebook saya

Kritikan saya adalah kepada penganjur iaitu en. Titan yang mungkin tidak memahami semangat sebenar contest SEO yang dijalankan atau mungkin tidak menyedari bahawa keputusan yang dibuat sangatlah tidak adil kepada peserta lain. Maaf, bukan nak cari gaduh atau apa, cuma pada pandangan saya tentang outcome daripada contest ini sangatlah tidak adil kepada peserta lain yang memperjuangkan domain blogpost mereka untuk mendapat ranking tertinggi bagi keyword lelaki kacak tetapi yang menang tempat pertama adalah top level domain.

URL Entri atau Top Level Domain?

Saya juga nampak keputusan yang tidak konsisten untuk contest tersebut. Adakah URL entri lelaki kacak atau top level domain yang diperjuangkan untuk ranking tertinggi? Pemenang tempat pertama dipilih berdasarkan top level domain lelakikacak.com manakala pemenang tempat kedua dipilih berdasarkan url entrinya www.jomkongsistory.com/2012/03/lelaki-kacak-itu-apa.html. Apakah?

Soalan ini penting kerana kekuatan ranking URL entri adalah tidak sama dengan kekuatan ranking domain untuk keyword. Pada pendapat saya, kalau dah nama contest SEO, maka yang sepatutnya ranking untuk entri yang didaftarkan itulah dinilai untuk mencari pemenang contest sebab naturally, peserta lain akan bertungkus lumus mempromosikan entri penyertaan mereka dan mendapatkan backlink untuk entri tersebut.

Kepada yang lain, anda perlu faham satu je, kenapa orang beli domain dengan keyword yang best dan menjualnya kepada orang lain pada harga yang sangat mahal? Sebabnya adalah orang sanggup beli kerana nilai SEO yang ada pada keyword tersebut boleh mendatangkan keuntungan besar kepada mereka. Bila keyword adalah sebahagian daripada domain, kelebihan besar dah ada kepada pemilik domain tersebut untuk mendapatkan ranking tertinggi.

Nasihat saya kepada penganjur dan bakal penganjur contest SEO, batalkan penyertaan entiti-entiti yang buat blog dan letakkan keyword dalam domain semata-mata untuk join contest SEO. Nak buat boleh, takde masalah cuma gunakan blog tadi untuk berikan backlink kepada entri asal di blog original anda tapi blog baru yang dibuat ni (dengan contest keyword) tidak boleh dipertandingkan dan tidak layak untuk menang.

Kepada en. Titan, ini bukanlah entri cari gaduh atau apa-apa. Maaf kalau terkasar bahasa atau terguris di hati. Saya hormati bro sebagai otai dan blogger yang ada banyak pengalaman cari income dari blog, mungkin isu ni bro dah terlepas pandang. Takpelah. Contest dah pun lepas dan entri ini ditulis sebagai panduan kepada penganjur dan bakal penganjur contest SEO pada masa hadapan.

Personally, saya bosan tengok banyak blog baru wujud semata-mata untuk memenangi contest SEO tapi lepas tu, blog tu dah takde value dan mati macam tu je. No point langsung.


Spread the love

243 Comments

  1. Info yang sangat bermanfaat kepada blogger Picisan seperti saya.. Info ini sangat berguna kepada rakan-rakan blogger yang berminat untuk menganjurkan Contest SEO..

    Insya Allah kalau ada rezeki saya nak buat satu Contest yang benar-benar menguji kekuatan seorang blogger dari segi SEO, Undian dan artikel paling bermanfaat.. Tunggu…

    Sebelum saya menganjurkan Contest tersebut, saya menjemput semua rakan blogger untuk memeriahkan dua segeman yang sedang berjalan di blog Coretan Anuar.. Good Luck untuk semua Blogger.. 😉
    Curahan rasa Anuar @ ..RM500 Untuk Dimenangi Di Blog Coretan AnuarMy Profile

  2. Selepas ni kena kena ada garis panduan untuk buat kontest SEO nih sebenarnya..
    Tuan DH saya nak tanya pendapat,kontest eryriqazz vs denaihati,adakah hanya 1 entry sahaja cukup untuk kita bermain SEO dan memenangi pertandingan ni?minta pencerahan 🙂
    Curahan rasa azman @ ..Kuda TumbangMy Profile

    1. Kalau nak main contest SEO tak boleh berharap dengan satu entri sahaja mesti ada beberapa yang ditujukan kepada entri yang menyertai contest. Kemudian kena rajin tinggalkan link entri yg join contest di commentLuv di blog2 top ranking yg lain… dan banyak lah lagi strategi heee
      Curahan rasa denaihati @ ..Pecah Masuk Rumah pengalaman mengerikanMy Profile

  3. Aku lebih sukakan blog yg ada identiti sendiri, sekali sekala masuk contest bagus utk meriahkan suasana, tapi kalo dah terlalu fokus kepada contest, bila nak update pasal entry2 lain. Pembaca macam aku akan lari… 🙂
    Curahan rasa shraqs @ ..Tawaran Menarik Dari Samsung AppsMy Profile

  4. Beli domain juga satu strategi 🙂 Tapi untuk mengelakkan benda2 macam ni timbul mungkin SEO contest yang seterusnya boleh diperbaiki T&C nya.

    Soal blogger buat blog untuk menang contest juga subjektif, sebab setiap orang berbeza niatnya. Yang penting saya tak jemu baca Denaihati <3
    Curahan rasa Maisarah @ ..I Have Nobody… On My Own…My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!