Kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC)

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hampir setiap hari Rakyat Malaysia akan didedahkan dengan berbagai kontroversi Pusat Fidlot Nasional. Aku rasalah tak ramai rakyat yang faham maksud Fidlot ni. Aku nak tanya pada Rakan Blogger tahu ke apa itu Pusat Fidlot Nasional atau National Feedlot Corporation (NCF)? Aku dah tahu lama tentang projek NCF ini yang kebetulan tak sampai 15km daripada kampung aku di Gemas.

Pusat Fidlot Nasional

Tujuan projek ini dibuat sangat bagus mencontohi pertanian modern yang diamalkan di Belanda tetapi malangnya perlaksaannya sangat mengecewakan. Kes ini menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia setelah Laporan Audit Negara 2010 mendedahkan berbagai kepincangan dan apalagi peluang terbaik untuk pembangkang hentam atas bawah kiri kanan Kerajaan.

Yang aku tak faham kenapalah DS Shahrizat Abdul Jalil bangang sangat (Maaf ya Datuk Seri guna bahasa kasar) membiarkan suaminya menguruskan projek ini dah lah tu semua anak-anaknya pun masuk sekali. Nampak sangat pengali lubang sendiri yang ditunggu-tunggu pembangkang jadi tak salahlah kalau pembangkang ambil peluang semaksimum yang boleh dalam isu NFC. Adakah DS Shahrizat nak ikut cara segelintir ahli politik yang anak beranak menguasai Parti Politik tapi sibuk memperjuangkan kronisme … itu yang orang kata cakap tak serupa bikin.

Kepada yang belum tahu cerita panas NFC bernilai RM250juta atau Rupiah722Milyar boleh baca panjang lebar @ Kontrovesi NFC.

Ramai yang sedang melihat bagaimana DS Najib Razak akan menyelesaikan masalah ini. Kontroversi NFC boleh menjadi penentu Pilihanraya Umum ke 13 untuk DS Najib Razak dan Barisan Nasional. Pasti DS Najib tidak akan mengambil risiko hanya untuk menyelamatkan 2 – 3 orang yang salah urus NFC seperti yang telah dilaporkan oleh Audit Negara. Penyelesaian isu ini pasti akan meningkatkan Ramalan Undian PRU 13 untuk Barisan Nasional.

Kalau ada berita terkini kontroversi NFC jangan lupa update untuk makluman kita semua.


Spread the love

115 Comments

  1. Ni lahhh akibatnya jk dah salah guna dana / kuasa sampaikan setiap projek kerajaan pun FAMILY yg uruskan nampak sangat TAMAKnya sikap MANUSIA.. sepatutnya dengan adanya Pusat Fidlot Nasional atau National Feedlot Corporation (NCF) ini dapatlah menampung bekalan daging segar untuk RAKYAT MALAYSIA juga dapat dapat mengawal KENAIKAN HARGA DAGING LEMBU khususnya … namun keTAMAKan segelintir manusia sudah MEROSAKAN PROJEK NFC bernilai RM250juta atau Rupiah722Milyar sungguh menyakitkan hati RAKYAT …kerana NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA .

  2. Kalaulah xda tindakan yang dilakukan pihak berkuasa lepas ni..memang ternyata sharizat kekal daripada undang2….ini patut diubah sebelum menjadi parah….jangan pula jadi macam kes khir toyo tu.seleweng duit cuma kena penjara satu tahun je..tp ada satu kes lain, curi susu demi anak kena penjara 3tahun…saya pun xfaham,kenapa datuk najib mahukan sharizat tu terus berkuasa, dah la kalah dengan izzah..jadi senator pula tu…dapat project berjuta2 lagi tu..kalau dah kalah, maksudnya rakyat tidak lagi percaya pada sharizat..harap datuk najib selidik dan kaji hal ni betul2…

    1. kes curi tu kes ragut bro..boleh sbb kematian..undang2 mmg adil..hukuman lebih berat kepada yng membawa kecederaan..

      yg salah akan dibicarakan..bkn mcm segelintir yg kata sistem kehakiman malaysia berat sblah..dah disahkan x bersalah..x mahu tarik balik lak..

  3. Yang peliknya,.. suami dan anak2 uruskan, DS Ijat kata bukan ‘dia’ tapi suami n anak2 dia.. terlawak la sikit baca,.. macam makcik kat kampung,..Kebajikan masyarakat tanya, makcik ada rumah? tak ada.. abis makcik duduk rumah siapa? rumah suami makcik!!.. isshhh suami isteri kan hidup bersama, kisah dalam kelambu pun dikongsi apatah lagi kisah terang2 macam nie,.. orang kampung semua dah belajar U la DS ….
    Curahan rasa aimaniman @ ..Facebook Boleh Membunuh…My Profile

  4. bila manusia dikaburi dgn wang ringgit inilah jadinya
    menjadi duri dlm bagi najib bagi menghadapi PRU 13 nanti
    najib kena bertindak tegas dlm hal ni, tak leh sayang2 dah
    dh lah ambik jd menteri biarpun kalah dulu, kan dpt penyakit

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!