Kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC)

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hampir setiap hari Rakyat Malaysia akan didedahkan dengan berbagai kontroversi Pusat Fidlot Nasional. Aku rasalah tak ramai rakyat yang faham maksud Fidlot ni. Aku nak tanya pada Rakan Blogger tahu ke apa itu Pusat Fidlot Nasional atau National Feedlot Corporation (NCF)? Aku dah tahu lama tentang projek NCF ini yang kebetulan tak sampai 15km daripada kampung aku di Gemas.

Pusat Fidlot Nasional

Tujuan projek ini dibuat sangat bagus mencontohi pertanian modern yang diamalkan di Belanda tetapi malangnya perlaksaannya sangat mengecewakan. Kes ini menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia setelah Laporan Audit Negara 2010 mendedahkan berbagai kepincangan dan apalagi peluang terbaik untuk pembangkang hentam atas bawah kiri kanan Kerajaan.

Yang aku tak faham kenapalah DS Shahrizat Abdul Jalil bangang sangat (Maaf ya Datuk Seri guna bahasa kasar) membiarkan suaminya menguruskan projek ini dah lah tu semua anak-anaknya pun masuk sekali. Nampak sangat pengali lubang sendiri yang ditunggu-tunggu pembangkang jadi tak salahlah kalau pembangkang ambil peluang semaksimum yang boleh dalam isu NFC. Adakah DS Shahrizat nak ikut cara segelintir ahli politik yang anak beranak menguasai Parti Politik tapi sibuk memperjuangkan kronisme … itu yang orang kata cakap tak serupa bikin.

Kepada yang belum tahu cerita panas NFC bernilai RM250juta atau Rupiah722Milyar boleh baca panjang lebar @ Kontrovesi NFC.

Ramai yang sedang melihat bagaimana DS Najib Razak akan menyelesaikan masalah ini. Kontroversi NFC boleh menjadi penentu Pilihanraya Umum ke 13 untuk DS Najib Razak dan Barisan Nasional. Pasti DS Najib tidak akan mengambil risiko hanya untuk menyelamatkan 2 – 3 orang yang salah urus NFC seperti yang telah dilaporkan oleh Audit Negara. Penyelesaian isu ini pasti akan meningkatkan Ramalan Undian PRU 13 untuk Barisan Nasional.

Kalau ada berita terkini kontroversi NFC jangan lupa update untuk makluman kita semua.

115 Comments

  1. setuju dgn entri ni, rasanya DS Sharizat mcm gali kubur sendiri. dan jelas, kredibiliti beliau utk rampas kerusi Lembah Pantai mcm tipis je berhubung kait dgn isu ni. bagi saya, eloklah jika beliau undurkan diri. rosak rosak.
    Curahan rasa riffzam @ ..#22 – Hijau RosakMy Profile

  2. Sejak akhir2 ini byk isu panas baik BN maupun parti pembangkang, sama2 ada masaalah masing2. Rakyat semakin keliru dgn permainan politik. Apa yg penting adalah keikhlasan hati dlm menjalankan tugas, amanah dlm kerja yg diberi, jujur dlm melaksanakan tanggungjawab, setia berkhidmat utk agama, bangsa dan negara. Barulah tiada isu berbangkit dan rakyat tidak pandang serong terhadap pemerintah.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”My Profile

  3. –>> Byk ada ketirisan dlm BN, cuma individu yg dipertanggungjawab tidak bertanggungjawab dlm melaksanakan tugas2 mereka.
    –>> Kerajaan bantu itu dan ini, tapi segala kepercayaan yg diberi disalah gunakan. Inilah yg selalu berlaku.Setiap amanah diberikan oleh kerajaan tidak dilaksanakan dgn sebaik mungkin.
    –>> Ctnya: Kerajaan beri kita BR1M (RM500), jika kita digunakn sebaik mungkin dgn RM tu, apa akan jadi, sudah tentu bertambah lebih drp RM500 dan jika RM500 tu kita guna di jalan yg salah spt membeli handphone. Duit tu akan mati di situ.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!