Kontroversi Ibadah Haji PM @Najibrazak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pesanan Twitter PM Najib Razak “Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai,” telah menimbulkan kontroversi. Kontroversi menjadi lebih teruk apabila Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membuat komen tanpa mendapat pengesahan sebenar. Berbagai blog menulis dengan sinis dan melemparkan berbagai tuduhan dengan persepsi tersendiri. Tidak kurang juga perbincangan dan kutukan ibadah haji Najib Razak di wall Facebook. Banyak sungguh pahala kita sehingga berani melabelkan ibadah orang lain. Aku tak mahu komen ibadah haji PM Najib Razak kerana itu hak beliau dengan Allah SWT.

Aku nak kongsikan pergerakan ibadah haji yang mungkin ramai kurang tahu dan kurang faham.

1. Kebiasan jemaah haji Malaysia dan jemaah Asia Tenggara mula bergerak dari Mekah dengan berihram untuk bermalam di Padang Arafah pada 8 Zulhijjah. Setelah wukuf pada 9 Zulhijjah, jemaah haji akan bergerak untuk mabit di Mudzalifah dan kemudian bergerak ke Mina untuk melontar jamrah kubra dan bertahlul maka terlepaslah 10 larangan berihram. Jemaah akan bermalam di Mina selama 3 malam untuk lontaran 3 jamrah. Selesai melontar jemaah haji akan bergerak ke Mekah untuk Tawaf Haji dan Sa’i Haji maka terlepaslah lagi 3 larangan berihram dan sempurnalah ibadah haji rukun Islam ke lima. Gerakan ibadah haji ini mengambil masa 6 hari untuk lepas daripada 13 larangan berihram.

2. Kebanyakan jemaah haji selain Asia Tenggara dan sebagaian kecil jemaah haji pakej dan VIP Malaysia melakukan ibadah haji dengan gerakan yang berbeza. Majoriti jemaah haji mula bergerak dari Mekah dengan berihram untuk bermalam di Mina pada 8 Zulhijjah. Pagi 9 Zulhijjah akan bergerak dari Mina ke Padang Arafah untuk Wukuf selepas gelincir matahari. Setelah selesai wukuf jemaah akan bergerak untuk mabit sebentar di Mudzalifah dan terus bergerak ke Mekah melakukan Tawaf Haji, Sa’i Haji dan Tahlul maka terlepaslah 10 larangan berihram. Kemudian pada 10 Zulhijjah jemaah haji akan bergerak menuju ke Mina untuk melontar jamrah kubra maka terlepaslah 3 lagi larangan berihram. Jemaah haji hanya mengambil masa 3 hari untuk bebas dari 13 larangan berihram dan yang tinggal hanya melontar 3 jamrah pada 3 Hari Tasyrik. Gerakan ibadah haji kedua ini memang cepat berbanding dengan gerakan haji pertama dan aku yakin PM Najib pasti melaksanakan ibadah hajinya dengan kaedah ini kerana itu beliau berani menghantar pesanan Twitter Haji Telah selesai pada 10 Zulhijjah, selesai tu maksudnya telah bebas daripada 13 larangan berihram.

3. Terdapat juga gerakan yang seperti dari Mekah ke Padang Arafah ke Mudzalifah kemudian ke Mina untuk melontar jamrah kubra dan bertahlul kemudian berjalan kaki ke Mekah untuk Tawaf Haji dan Sa’i Haji maka terlepas daripada 13 larangan berihram kemudian kembali semula ke Mina untuk lontaran 3 jamrah.

Sebenarnya ada berbagai gerakan ibadah haji yang dilakukan oleh jemaah mengikut kefahaman yang berbeza tetapi tidak melanggar rukun-rukun haji. Jadi jangan pelik apabila kita melihat kepelbagaian cara menyempurnakan ibadah haji. Hak untuk menentukan haji mabrur hanya pada Allah SWT kita manusia berusaha semaksimum yang boleh untuk mencapai haji mabrur. Pasti tidak akan ada jemaah haji yang datang untuk mengerjakan ibadah haji dengan tertib yang salah melainkan ustaz yang mengajar memberi panduan yang salah tetapi ada ke ustaz yang nak mengajar ilmu yang salah?


Spread the love

152 Comments

  1. Pandangan Bebas
    Salam semua…
    Pertama sekali aku rase penyampaian & penerimaan sesuatu ilmu itu penting.. Kita perlu ade guru untuk tahu sama ade apa yg kita tahu itu benar2 ilmu dan bukan ikutan semata-mata..Cara terbaik dlm perkara sebegini untuk tidak menyalahkn sesiapa.. Kita sebagai pembaca perlu mencari ilmu mengerjakan haji.. Bagus jugak ada isu mcm ni.. Klu tidak x ramai org yg nak mendalami ilmu mengerjakan ibadah haji klu x sampai seru..
    Ape2 pun satu perkongsian dari satu renungan.. Selamat Maju Jaya..

  2. Salam semua…
    Pertama sekali aku rase penyampaian & penerimaan sesuatu ilmu itu penting.. Kita perlu ade guru untuk tahu sama ade apa yg kita tahu itu benar2 ilmu dan bukan ikutan semata-mata..Cara terbaik dlm perkara sebegini untuk tidak menyalahkn sesiapa.. Kita sebagai pembaca perlu mencari ilmu mengerjakan haji.. Bagus jugak ada isu mcm ni.. Klu tidak x ramai org yg nak mendalami ilmu mengerjakan ibadah haji klu x sampai seru..

    Ape2 pun satu perkongsian dari satu renungan.. Selamat Maju Jaya..

  3. Beginilah, kita cerita pasal haji sahaja ya untuk entri ni tak kira seseorang itu pemimpin negara ataupun sekadar rakyat marhaen. kalau lengkap semua rukun haji dan wajib haji barulah selesai hajinya. mudah-mudahan semua pembaca di sini faham.
    Curahan rasa ROJAK @ ..Teh Ais and Teh O AisMy Profile

  4. Betapa kita membenci seseorang,perlu kita tahu kehormatan kota makkah……bukan sekadar melakukan dosa…. berniat buat dosa sdh d kira dosa…Imam Ahmad bn Hambal pernah d tanya : Apakah 1 kejahatan ditulis lbh dr 1. Jwpnnya tdk kecuali d makkah.
    Berkata Imam Ad Dahak : Seorang lelaki yg bercita2 berbuat dosa d Makkah sdgkn dia berada d luar Makkah mk akan d tulis dosa dlm keadaan dia x sedar.
    Apakah su’uk Zan org yg sdg haji itu bkn satu dosa, mengumpat org sdg buat haji itu satu dosa…Fikir2kan sblm kt mggnakan lidah swngg2nya…Alhamdulillah moga2mereka yg mengerjakan haji d terima Allah…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!