Komen mengutuk dan mencaci bukan budaya kita

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalau dulu bila aku menulis entri ilmiah atau isu semasa yang agak panas memang wajib sunyi sepi ruang komen tidak ramai Rakan Blogger yang akan meninggalkan komen berkongsi pendapat. Budaya senyap sepi semakin berubah dimana semakin ramai Rakan Blogger yang sudi berkongsi pendapat dalam banyak entri yang dulu dipandang sepi.

Aku tidak mengharap semua untuk bersetuju dengan apa yang aku tulis. Sudah pasti kita mempunyai perbezaan pendapat kerana kita dididik dengan cara berbeza, ilmu yang berbeza dan fahaman politik yang berbeza. Perbahasan dengan cara ilmiah dan perbezaan pendapat sangat baik untuk meningkatkan keterbukaan dalam berbagai isu yang dibawa dalam entri-entri terbaru dalan blog Denaihati.

Aku banyak mendapat ilmu baru daripada setiap pendapat yang dikongsikan oleh Rakan Blogger. Terima kasih juga kepada Rakan Blogger yang sudi berkongsi pendapat dengan fakta yang panjang lebar yang mungkin ramai Rakan Blogger lain tidak berkesempatan membaca melalui rujukan-rujukan buku yang lain.

Yang sedih pun ada juga apabila ada dikalangan pendapat yang agak emosi dan menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya ketika meninggalkan komen. Paling ketara kebanyakan komen yang marah-marah dan emosi ini selalunya ditulis oleh mereka yang tiada identiti dengan menggunakan nama samaran, email samaran dan link samaran. Tiada siapa yang akan marah kalau Rakan Blogger mempunyai pendapat yang berbeza tetapi dikongsikan dengan cara yang beradab.

Tidak ada salahnya untuk berbeza pendapat tetapi mesti dikongsikan dengan cara yang baik dan beradab kerana itulah budaya Islam bukan mengutuk dan mencaci sesuka hati. Siapalah aku yang boleh mengubah pemikiran Rakan Blogger dengan penulisan di dalam blog Denaihati.


Spread the love

101 Comments

  1. setuju , berbeda pendapat dapat dibenarkan, karena dengan begitu kita dapat menghargai pendapat orang lain, tetapi tidak patutlah apabila seseorang mempunyai pendapat yang berbeda dengan kita terus kita tidak mau menganggap pendapat dia karena merasa pendapat diri sendiri yang paling benar.

  2. Pendapat tidak seharusnya sama. Berbeza tidak semestinya salah kan bro 🙂

    Then perbezaan pendapat boleh menghasilkan yg lebih baik dgn mesyuarah or kajian lebih.

    Tp kembali pd point bro tu, btl. mencaci dan mengutuk bukan budaya kita. menhentam pon dgn sebaiknya. coz baik n lembut slalunya lebih tajam.

    bkn takat kat komen. kat post entri blog pon sama. bukan itu patut dipaparkan di user internet di pentas global. pada agama lain? golongan pelapis? pada blogger luar? Malu..

    Malas pandang org cam tu
    Curahan rasa shahblogger @ ..SEO BlogspotMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!