Komen mengutuk dan mencaci bukan budaya kita

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalau dulu bila aku menulis entri ilmiah atau isu semasa yang agak panas memang wajib sunyi sepi ruang komen tidak ramai Rakan Blogger yang akan meninggalkan komen berkongsi pendapat. Budaya senyap sepi semakin berubah dimana semakin ramai Rakan Blogger yang sudi berkongsi pendapat dalam banyak entri yang dulu dipandang sepi.

Aku tidak mengharap semua untuk bersetuju dengan apa yang aku tulis. Sudah pasti kita mempunyai perbezaan pendapat kerana kita dididik dengan cara berbeza, ilmu yang berbeza dan fahaman politik yang berbeza. Perbahasan dengan cara ilmiah dan perbezaan pendapat sangat baik untuk meningkatkan keterbukaan dalam berbagai isu yang dibawa dalam entri-entri terbaru dalan blog Denaihati.

Aku banyak mendapat ilmu baru daripada setiap pendapat yang dikongsikan oleh Rakan Blogger. Terima kasih juga kepada Rakan Blogger yang sudi berkongsi pendapat dengan fakta yang panjang lebar yang mungkin ramai Rakan Blogger lain tidak berkesempatan membaca melalui rujukan-rujukan buku yang lain.

Yang sedih pun ada juga apabila ada dikalangan pendapat yang agak emosi dan menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya ketika meninggalkan komen. Paling ketara kebanyakan komen yang marah-marah dan emosi ini selalunya ditulis oleh mereka yang tiada identiti dengan menggunakan nama samaran, email samaran dan link samaran. Tiada siapa yang akan marah kalau Rakan Blogger mempunyai pendapat yang berbeza tetapi dikongsikan dengan cara yang beradab.

Tidak ada salahnya untuk berbeza pendapat tetapi mesti dikongsikan dengan cara yang baik dan beradab kerana itulah budaya Islam bukan mengutuk dan mencaci sesuka hati. Siapalah aku yang boleh mengubah pemikiran Rakan Blogger dengan penulisan di dalam blog Denaihati.


Spread the love

101 Comments

  1. saya SETUJU sgt2 dgn pndapat anda.Sepatutnya perdebatan sesuatu isu seharusnya dibincangkan dgn beradab,bukan dgn cara yg kurang sopan.Sememmgnya kita manusia ni punya pndpt yg berbeza2 tp apa salahnya ia diterjemahkan dgn cara yg berhemah…

  2. komen yg berbunyi mengutuk, sindiran dan mencaci menandakan yg si penulis itu kurang berfikiran matang dan sensitif , maaf rakan2 blogger yg terasa klu saya berkata begitu…klu berani mengutuk naper letak anonymous…klu anak jantan tulisla name tu…biar kite berdebat tapi berdebat la secara sihat dan berilmiah bukannya mengutuk menegakkan sesuatu yg tak.pasti or takde bukti, walaupun begitu kita masing2 ada ideologi dan prinsip…klu tak ada pro dan kon, kan sunyi je rasenyer…tak gitu?

  3. sya harap sya tak tergolong dlm kelompok sebegitu…

    masa komen tu maybe diorang di kawal emosi kot…tu yg susah nak kontrol..huhu

  4. dunia blogging septutnya dihiasi ngn warga blogger yg berhati ikhlas, tulus dan berani. bukannya cmpak batu sembunyi tgn..tak slh kt kongsikn apa yg kt rasa, asalkn dgn cara yg btol..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!