Komen mengutuk dan mencaci bukan budaya kita

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalau dulu bila aku menulis entri ilmiah atau isu semasa yang agak panas memang wajib sunyi sepi ruang komen tidak ramai Rakan Blogger yang akan meninggalkan komen berkongsi pendapat. Budaya senyap sepi semakin berubah dimana semakin ramai Rakan Blogger yang sudi berkongsi pendapat dalam banyak entri yang dulu dipandang sepi.

Aku tidak mengharap semua untuk bersetuju dengan apa yang aku tulis. Sudah pasti kita mempunyai perbezaan pendapat kerana kita dididik dengan cara berbeza, ilmu yang berbeza dan fahaman politik yang berbeza. Perbahasan dengan cara ilmiah dan perbezaan pendapat sangat baik untuk meningkatkan keterbukaan dalam berbagai isu yang dibawa dalam entri-entri terbaru dalan blog Denaihati.

Aku banyak mendapat ilmu baru daripada setiap pendapat yang dikongsikan oleh Rakan Blogger. Terima kasih juga kepada Rakan Blogger yang sudi berkongsi pendapat dengan fakta yang panjang lebar yang mungkin ramai Rakan Blogger lain tidak berkesempatan membaca melalui rujukan-rujukan buku yang lain.

Yang sedih pun ada juga apabila ada dikalangan pendapat yang agak emosi dan menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya ketika meninggalkan komen. Paling ketara kebanyakan komen yang marah-marah dan emosi ini selalunya ditulis oleh mereka yang tiada identiti dengan menggunakan nama samaran, email samaran dan link samaran. Tiada siapa yang akan marah kalau Rakan Blogger mempunyai pendapat yang berbeza tetapi dikongsikan dengan cara yang beradab.

Tidak ada salahnya untuk berbeza pendapat tetapi mesti dikongsikan dengan cara yang baik dan beradab kerana itulah budaya Islam bukan mengutuk dan mencaci sesuka hati. Siapalah aku yang boleh mengubah pemikiran Rakan Blogger dengan penulisan di dalam blog Denaihati.


Spread the love

101 Comments

  1. Ruang dan peluang blogging di alam siber sebenarnya utk kita bertukar pendapat dan pandangan. Setiap org ada pandangan masing-masing. AI rasa tak perlu kita emosional dan menggunakan perkataan yg tak sesuai di ruangan komen ni. Ingatlaj, bahasa melambangkan keperibadian kita.

    Curahan rasa Ahmadijat http://ahmadijat.com/2011/09/10/rugby/

  2. manusia ni kan mcm2 pe’el,ada yg boleh bwa berunding,ada ego lebih.Kalau semua pihak dpt duduk semeja &bwa berunding kan bagus,ia akan melahirkan kesepakatan yg membawa keuntungan.Perbezaan pendapat kalau digabungkan secara aman akan dpt melahirkan satu hasil yg bermanfaat utk semua.

  3. Salam – Secara amnya saya bersetuju dengan pendapat dan pandangan saudara penulis – Bahasa Kutuk Mengutuk, Memaki Hamun, Caci Mencaci dan Fitnah Memfitnah bagaikan ianya sudah menjadi seperti satu budaya yang tanpa sempadan dikalangan sesama kita di waktu ini tanpa memikirkan kesan nya terhadap bangsa nya sendiri dan lebih jauh lagi terhadap pandangan kaum-kaum yang lain. Melayu tidak akan hilang di dunia tetapi Melayu akan tinggal sebagai sebutan sahaja pada masa yang akan datang dan itulah kesan nya yang akan kita tempuhi nya di kemudian hari.

  4. Memang tak baik kutuk mengutuk tetapi bagaimana kalau korang tau ada blog ambil bahan ko setiap hari lebih 10 entri tanpa kredit lepas tu dia buat macam suma tu dia yang tulis..lepas tu bila ko tegur, blogger tu marah balik “KO DIAM LA!!” Apa patut kita buat? Dah Disable Copy Paste tapi benda tu tak 100% boleh halang org copy paste. Memang benggan tapi org ni dah Hack lebih 30 Fan Pages untuk curi Trafik dan Copy Paste semua kerja dia dalam 4 blog tanpa kredit. Semua hasil dia tu, copy paste dari blog org. kesian blogger lain. 🙁
    Curahan rasa akustressgiler @ ..Gosip : Yuna Memilih Untuk Menetap di Amerika SyarikatMy Profile

  5. Tak dapat berkongsi pendapat mengenai semo artikel bro pasal Mat Indera sebab tiada ilmu yang boleh diluahkan mengenai artikel tu di ruang komen ni.
    Takut nnt komen tersalah fakta, maka jadinya kemudaratan dalam perbualan yang sepatutnya berlangsung elok.
    Jika tak setuju, hanya perlu diluahkan secara elok.
    Jika marah, elok diam.
    Rasanya itu adalah etika yg lebih baik kot.
    Curahan rasa ekspresiruang @ ..Siapa Sanggup Duduk Di Kerusi Ini? Aku Tak Sanggup…My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!