Komen mengutuk dan mencaci bukan budaya kita

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalau dulu bila aku menulis entri ilmiah atau isu semasa yang agak panas memang wajib sunyi sepi ruang komen tidak ramai Rakan Blogger yang akan meninggalkan komen berkongsi pendapat. Budaya senyap sepi semakin berubah dimana semakin ramai Rakan Blogger yang sudi berkongsi pendapat dalam banyak entri yang dulu dipandang sepi.

Aku tidak mengharap semua untuk bersetuju dengan apa yang aku tulis. Sudah pasti kita mempunyai perbezaan pendapat kerana kita dididik dengan cara berbeza, ilmu yang berbeza dan fahaman politik yang berbeza. Perbahasan dengan cara ilmiah dan perbezaan pendapat sangat baik untuk meningkatkan keterbukaan dalam berbagai isu yang dibawa dalam entri-entri terbaru dalan blog Denaihati.

Aku banyak mendapat ilmu baru daripada setiap pendapat yang dikongsikan oleh Rakan Blogger. Terima kasih juga kepada Rakan Blogger yang sudi berkongsi pendapat dengan fakta yang panjang lebar yang mungkin ramai Rakan Blogger lain tidak berkesempatan membaca melalui rujukan-rujukan buku yang lain.

Yang sedih pun ada juga apabila ada dikalangan pendapat yang agak emosi dan menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya ketika meninggalkan komen. Paling ketara kebanyakan komen yang marah-marah dan emosi ini selalunya ditulis oleh mereka yang tiada identiti dengan menggunakan nama samaran, email samaran dan link samaran. Tiada siapa yang akan marah kalau Rakan Blogger mempunyai pendapat yang berbeza tetapi dikongsikan dengan cara yang beradab.

Tidak ada salahnya untuk berbeza pendapat tetapi mesti dikongsikan dengan cara yang baik dan beradab kerana itulah budaya Islam bukan mengutuk dan mencaci sesuka hati. Siapalah aku yang boleh mengubah pemikiran Rakan Blogger dengan penulisan di dalam blog Denaihati.


Spread the love

101 Comments

  1. Bagi yang berkomentar memakai identitas anonim mungkin maksudnya agar tak ketahuan pemilik blog. Namun menurut pendapat saya hal itu sama sekali sekali tak benar. Pemilik blog tetap dapat melihat IP-nya. Dan dengan begitu dapat melacak pengirim komentar.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Masih Bukan Cinta BiasaMy Profile

  2. Mungkin ketika kita membaca sebuah postingan, terkadang tak setuju dengan isinya. Tentu saja kita boleh menyampaikan pendapat anda. Tapi perlu diingat bahwa komentar harus disampaikan secara elegan. Tidak dengan membabi-buta atau bahkan menyalahkan personal. apalagi sampai mencaci.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Masih Bukan Cinta BiasaMy Profile

  3. pernah dulu, blogger mane eh.. yang pendekar somthing, he’s quite popular and claimed they have their own kinda ‘clan’ untuk mencaci memaki blogger-blogger baru..

    dan aku pernah kene satu ketika dulu.. bile tengok blog die.. mak oii semua pasal islam2..tapi kalau komen kat blogger-blogger baru… macam orang tak de agama sahaja…

    itu la reality nye..
    Curahan rasa Pereman @ ..Akta Binatang DiPinda Untuk Hukuman Lebih BeratMy Profile

  4. Salam Bro,

    Pertamanya Selamat Hari Raya AidilFitri dan Maaf Zahir Batin adanya. : )

    Suka atau tidak suka, walaupun kita semakin matang, tetapi hakikatnya banyak juga di antara kita yang masih sukar untuk berbincang di dalam perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat itu tidak salah kerana semua orang berhak mengutarakan pendapat mereka masing-masing, tapi yang menjadi kerisauan adalah cara mengutarakan pendapat berbeza yang lebih kepada cacian dan makian.

    Hendak marahkan kepada rakyat biasa pun tidak salah juga, kalau seringkali kita dicampakkan di muka kita (berita, akhbar, kebebasan internet) budaya yang memualkan ni, lebih lebih lagi sikap pemimpin kita yang *terpuji*. Sikit – sikit lama – lama jadi alah bisa tegal biasa. Sikap kurang enak, biasa dilakukan hari hari boleh menjadi habit dan seterusnya menjadi peribadi.

    Sebenarnya, budaya caci maki dalam komen ni, merupakan gambaran kecil tentang masalah budaya sosial kita sekarang ni (tip of the iceberg).

    Mungkin kita boleh buat langkah langkah kecil, (mungkin kecil tapi secara kelompok jadi besar) untuk menjadikan kita semua penuh berhemah dan berbudi bahasa (ditujukan kepada diri sendiri).

    Dan orang kata bersikap melayu yang bersopan santun, itu ketinggalan zaman dan sungguh “out of date,” Budaya sekarangnya, Freedom of Speech, Expression of OneSelf, Believe in Urself adalah lebih utuh dan ke hadapan. Betul ke? Haha

    Mungkin tiba masanya kita amalkan dan pupuk semula “RAoK!!” – Random Act of Kindness

    Ambillah masa letak “tq” di dalam setiap sms yang dihantar.
    Mudahlah ucap terima kasih setiap kali bayar wang kepada penjual atau berurusan dengan sesiapa.
    Ringankan sebut minta “tolong” kepada rakan sekerja dan
    banyak lagi benda kecil yang boleh dibuat bermula dari sekarang.

    Banyak sebenarnya benda kecil yang mungkin tidak nampak penting, sebenarnya adalah asas asas kepada pembentukan sahsiah yang lebih baik.

    Mengutarakan ayat2 yang panas, beremosi memang mudah dan sedap, tapi sebenarnya amat susah mengutarakan pendapat berbeza dengan tenang. Kerana itu adalah satu bentuk kemahiran komunikasi sesama insan dan sebagaimana apa jua bentuk kemahiran, ia memerlukan latihan dan kesabaran. hehee

    Saya akhir pendapat saya dengan Pantun Alam ria.

    Pecah Kaca Pecah Gelas
    Sudah baca wahai bro Denaihati, sila lah Balas. Heheee
    Curahan rasa Incik RestNrilekS @ ..How I Use Ipad Thru Out The DayMy Profile

  5. Kita harus menghindari penggunaan kata-kata semisal bodoh, tolol, dan lain sebagainya. Ini adalah etika yang harus dipegang. Jika tidak demikian, maka dunia internet ini akan menjadi rimba belantara yang tak terkontrol oleh tata krama. Bak kata pepatah, “bahasa itu menunjukkan tinggi atau rendahnya budi orang yang memakainya”.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Masih Bukan Cinta BiasaMy Profile

  6. salam…

    itu biasa bagi blogger yang kadang2 gagal mengawal emosi…mungkin ada sesetengah komen yang kita baca nampak macam emosi semacam…

    tapi pendapat saya selagi komen tersebut tak dihiasi dengan perkataan caci maki..sumpah seranah…penghinaan ke atas blog owner that ok larrrr…

    biasalah tu…tuan denaihati…kita manusia memang banyak kelemahan dan kekurangan///
    Curahan rasa Zainal @ ..How To Display Blogger NavbarMy Profile

  7. Lumrah manusia. Bila berbeza pendapat, mula la nak emosional. Tengok je la kat persidangan dewan undangan. Dalam comment box tak dapat la meluahkan perasaan dengan suara yang kuat. Tak dapat la nak menggambarkan perasaan marah. Bila dah tak dapat menengking dan menunjukkan intonasi, cara yang paling senang dengan memasukkan perkataan-perkataan yang buruk dan memaki hamun agar pembaca tau bagaimana perasaan dia sekarang ni. Bagaimanapun, saya percaya, menunjukkan perasaan marah bukan jalan mencari penyelesaian. Fikirkanlah cara lain yang lebih sesuai dengan budaya rakyat Malaysia. Sedarlah. Kita negara yang merdeka melalui perundingan. Negara lain ada?
    Curahan rasa Norasikin @ ..Resepi Karipap Serunding MiniMy Profile

  8. Setuju sangat dengan apa yang Denai Hati tulis.. Kita mempunyai kebebasan untuk menyuarakan pendapat masing2.. Cuma cara untuk menyampaikan pendapat itu perlulah secara berhikmah.. supaya tidak menyinggung mana-mana belah pihak.
    Curahan rasa LadyBird @ ..Erti Sehelai DaunMy Profile

    1. Saya berpendapat, perkataan-perkataan caci maki yang mereka gunakan sudah sebati dalam diri mereka. Mereka terdedah dengan perkataan ini sejak dibangku sekolah lagi. Pada mereka, perkataan-perkataan itu bukan menunjukkan mereka marah tetapi dah macam perkataan lawak dan cara mereka menunjukkan kemesraan. Dengar je la perbualan budak-budak sekolah sekeliling kita. Masing-masing mencarut dan memaki tapi mereka masih lagi bergelak ketawa.
      Curahan rasa Norasikin @ ..Resepi Karipap Serunding MiniMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!