Assalamualaikum dan Salam Ramadhan, kecoh 1Malaysia kisah pelanggan mengamuk di Low Yat Plaza Bukit Bintang katanya kena tipu oleh peniaga. Pemuda tersebut dikatakan telah ditipu oleh peniaga yang telah menjual smartphone Oppo tiruan dan tidak mahu menukar semula apabila diminta oleh pelanggan tersebut. Malah budak Melayu itu pulak dituduh mencuri. dipukul dan diserahkan kepada pegawai keselamatan. Penyiasatan sedang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Teringat pengalaman sendiri kena tipu beribu dollar beli iPhone 5s di Sim Lim Square Singapore. Kepada yang pernah menjejaki Sim Lim Square pasti setuju kalau aku katakan tiada bezanya dengan Low Yat Plaza yang menjadi pusat produk teknologi dan gajet terkenal. Semua gajet dan produk teknologi dari sekecik anak hingga sebesar emak semua produk dan jenama ada dijual.
Ramai kawan-kawan kata mereka pernah tertipu membeli produk tiruan di Sim Lim Square seperti kes terbaru penipuan produk Oppo tiruan di Low Yat Plaza. Berbagai sungutan telah disuarakan pelanggan yang tertipu di sosial media tetapi tidak mendapat respond daripada pihak berkuasa. Pelanggan yang sering menjadi mangsa penipuan adalah mereka yang zero ilmu teknologi.
Semuga kejadian terbaru di Low Yat Plaza akan membuka mata penguatkuasa dan Kementerian yang terlibat untuk bertindak. Jangan biarkan samseng bisnis mengaut keuntungan sewenang-wenang dengan menipu pengguna. Kisah penipuan di Low Yate Plaza bukan perkara baru tetapi sudah maklum di kalangan pelanggan.
Mengikut kata polis budak tu memang mencuri dan sudah didakwa di makmah tapi ini bukan bermakna tiada penipuan di Low Yat Plaza. Kisah terkini penipuan di Low yat Plaza di SINI.
103 Comments
Nampaknya low yatt dah beroperasi spt biasa. Org dah lupa isu ni. Hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3
macam biasa la.benda yang viral biasanya kejap je.contoh mudah McD..setahun sekali memang akan kecoh
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Tsk dinafikan low yt mmg murah sebab tu jadi tumpuan ramai
Benda kita bukan beli selalu, kadang tak sempat nak buat kajian dulu nak tau sama ada tipu atau tak… Bila dapat tawaran yang best, mula terlupa.
Curahan rasa sabree hussin @ ..Jobdirumah: Review Program Latihan Bekerja Dari Rumah (Lengkap & Komprehensif)
apa apa pu yg terjadi jangan sampai sampai libatkan isu perkauman.. jangan menghina
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
kalau nak beli fon, better beli di kedai yang berdaftar. kadang2 kita main beli je sebab harga murah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Cik Cinderella dan Encik Tengku
authorised seller la yang betul-betul terjamin.susah betul nak banteras.teringat cerita adik member beli phone di india..semuanya sampel diletakkan dalam cermin.bila kompem beli, baru bukak yang baru yang masih wrapped sealed dari kilang, semua all in the box
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
kisah ini sekarang sudah tenang…maka adakah ini suatu konspirasi terancang ? hmmmm…
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Flightradar24 Mengesan Sebuah Kereta Terbang ?
biasalah tu kan, benda yang panas, kalau dah lama, sejuk la dia.tambah plak kalau pakai air cond..tak gitu?
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
dulu pastikan ori baru beli, sekarang kalau low yat tak payah beli,
Curahan rasa Ikhwan @ ..Calon Simpanan Separa Perubatan
Dah banyak sangat kena tipu kalau beli kat Low Yatt ni..
Sekarang dah banyak alternatif boleh beli gadjet..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom Carpal Tunnel Menyerang Pengguna Komputer?
tak semestinya di low yat kan. tapi tu la bila pegi low yat banyak pilihan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
peniaga yg menipu memang patut diambil tindakan. tapi kesal juga bila dikaiitkan soal bangsa hingga timbul isu perkauman pula. semoga tak berulang lagi pada masa depan..
Curahan rasa Oja Samid @ ..Kulit Sensitif, Alah dengan Sabun Cuci Pinggan
yup.. kena ambil tindakan. sebagai pengajaran kepada peniaga lain juga
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Sudah lama juga tak jejakkan kaki ke Plaza Low Yat tu..dulu ada beli laptop sekali ja
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Lenyapkan Ketagihan Merokok Dengan Mudah
Ok la tu. Saya ni tak pernah pegi pun low yat. Haha. Takpe nanti kalu pegi kl nak snggah sana
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3
semoga kedepannya kejadian ini tidak terulang lagi makanya harus ditindak tegas agar jera
Curahan rasa teh hitam blesstea @ ..Agen Blesstea Tasikmalaya
dengar cerita low yat mmg dah tak ramai org. kesian jugak kat peniaga lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW BUKU – Paper Towns
Kepada yg biasa pergi pasti tahu Low Yat sudah dikuasai oleh orang luar dan cara bisnis diaorang memang menimbulkan syak wasangka.
Curahan rasa Denaihati @ ..Madu lebah kelulut memang sedap
mereka memang master dalam ilmu bisnes sampai sanggup tipu pelanggan utk mendpt keuntungan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
memang sekarang ni kalau pergi, memang orang asing je penuh..pelik jgua
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Semoga saja masalah ini bisa segera berakhir. 🙂
Biar tidak ada kisruh lagi yang melanda saudara2 kita. 😀
Curahan rasa Sehape @ ..7 Game Android Mirip Dota Online Dan Offline
Pihak yang terkena kena ambil tindakan mengikut lunas undang-undang, kalau tidak ada mangsa yang tak bersalah akan tertindas. Pihak berkuasa juga perlu menguatkuasakan dan memantau aktiviti penjualan telefon pintar untuk elakkan penindasan peniaga-peniaga yang zalim..
Curahan rasa Sani @ ..MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY
Penguatkuasaan undang-undang tak berapa telus saya kira kat negara kita ni..
Sukar nak percaya yang mana betul yang mana salah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom Carpal Tunnel Menyerang Pengguna Komputer?
banyak sangat khabar angin. orang malaysia ni suka buat cerita bukan bukan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
kalau undang-undang betul kuat kuasa, tak jadi benda ni semua.orang yang berkuasa tu lebih besar kabelnya
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Dengar khabar Jualan di Plaza Lowyat dah merosot sehingga 50%. Semoga ianya terus jatuh menjunam lagi. #BoikotLowyat
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Salam Aidilfitri 2015
Biar betul sampai 50% ya… sekarang dah ada alternative yang lain macam kedai ustaz atau gajet world..
Curahan rasa Sani @ ..Formula Menarik Rezeki Melimpah Ruah!
Saya suka pergi kedai ustaz dengan gadjet 666 tu..
Pilihan banyak dan murah juga
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom Carpal Tunnel Menyerang Pengguna Komputer?
Pakat boikot la..
Dah banyak alternatif sekarang..
Biar tutup pun ok…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom Carpal Tunnel Menyerang Pengguna Komputer?
Saya berharap isu ini tidak dipanjangkan lagi..
Saya faham isu yang melibatkan antara kaum adalah sensitif dan mengganggu keharmonian ..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Tambah Pendapatan Guna Handphone
Bila melibatkan kaum sangat sensitif kan..
Tapi berniaga tak jujur..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom Carpal Tunnel Menyerang Pengguna Komputer?
Comments are closed.