Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebelum ini aku kongsikan kisah benar yang aku sendiri lalui mendapat layanan buruk ketika makan di sebuah restoran Melayu di Bangi. Untuk entri ini aku kongsikan kisah dan tauladan yang aku dapat daripada rakan wassap. Nak kata cerita rekaan tidak juga kerana aku sendiri pernah mengalami kisah ngeri mendapat layanan buruk di kaunter bank.
Memang betul kalau kita datang dengan imej kampungan memang sebelah mata sahaja kerani bank pandang. Kalau datang dengan imej bergaya kaya walaupun tak berduit memang lebih ceria disambut di kaunter. Jom kita baca kisah ini sebagai panduan hidup.
Seorang mak cik telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 500. Tetapi kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak yang kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata
“kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM5000 sila keluarkan di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit.”
Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata
“Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini.”
Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah RM 200 JUTA.
Dengan lemah lembut & penuh santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu. Jika mahu pengeluaran sebanyak itu, perlulah membuat temujanji.
Gambar hanya sebagai hiasan.
mak cik itu kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta merta pada hari tersebut. Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM 300, 000 sahaja.
mak cik itu menjawab “kalau begitu saya mahu keluarkan RM300,000 SEKARANG!!”
Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada mak cik itu. Setelah mengambil duit itu, mak cik menyerahkan semula duit sebanyak RM299, 500 kepada kerani tersebut dan berkata, “Saya hanya memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya…….
Kisah dan tauladan ini biasa berlaku di bank Malaysia tak kiralah bank komersial atau bank jenis lain-lain. Bank Negara Malaysia perlu mengambil perhatian sikap pekerja bank yang memilih bulu. Bukan semua jutawan menzahirkan diri mereka dengan gaya kaya.
Kalau anda ada kisah yang hampir sama kongsikan untuk kita jadikan pengajaran.
Setakat ni PG tak pernah mendengar atau mengalami peristiwa seperti cerita diatas. Moga tiadalah keadaan seperti ini kan. Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5S Giveaway by Syafiqspecki
Teruk juga kalau layan mcm tu. Ada ke berlaku mcm tu bro? Setahu kawe bank2 kat Malaysia ni agak OK dan amat pentingkan customer service. Kalau ada satu dua yang kurang bagus pun, tetap juga rasanya akan sekasar mcm tu.
Then again, cerita ini bagus juga sebagai panduan hidup agar tidak mudah melenting atau pilih kasih. Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Panduan Perniagaan Cupcake Buat Usahawan Alaf Baru
As PG tahu, mereka yang berkhidmat di kaunter, kenalah mesra alam dekat semua orang. Bukan sahaja di kaunter bank, malah, dimana-mana sahaja sebenarnya. Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5S Giveaway by Syafiqspecki
mak saya pun salah seorang yang sama pattern dengan makcik ni. ada orang..especially warga emas memang tak selesa nak berurusan di mesin ATM. Mak saya lagi senang hati pergi kaunter walaupun kena tunggu lama. Tapi boleh kata semua bank ada polisi macam ni kan. Nak keluarkan duit kat kaunter kena dalam jumlah yang besar. Curahan rasa Nuha @ ..Bagaimana Untuk Berkata “TIDAK”
Ah’ah awak. Betul tu. Mak PG pun jenis yang berurusan dekat kaunter sahaja. Bukan apa. Lagi selamat kan. Kalau dekat mesin atm ni, takut dan risau menjadi sasaran perompak ke apa. Sebab tengok mak-mak kita jenis yang macam lemah longai gitu kan. Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5S Giveaway by Syafiqspecki
Tak kishalah berapa jumplah sekalipun.. yang penting budi bahasa dan amanah yang harus digalas pd pelanggan.
saya juga jika terlalu ramai di atm.. saya minta kaunter keluarkan.. Curahan rasa nurmisnan @ ..Doa pulih Koma
dalam hal ni saya ada 2 pandangan. Iaitu pekerja bank sepatutnya layan semua pelanggan sama adil. Bukankah memang itu tugas mereka? Yang kedua pula, ada benarnya juga kenapa makcik x mahu guna mesin atm lagi mudah jika waktu itu ramai sangat pelanggan di bank itu. Lain cerita lah kalau makcik itu x pandai guna atm mesin, kena tgk juga 2 situasi. TAPI salah tetap salah apabila perbuatan kata kata lagak dan kurang ajar itu dilakukan Curahan rasa eBook Bisnes Online @ ..Pemborong Baju Kurung Siap Termurah Hari Raya
Org skrg byk masalah kewangan….Semoga pekerja kaunter bank tu mendapat pengajaran & ikhtibar dr pengalaman ni.. Curahan rasa haris @ ..Tips On Optimizing Job Listings
mana satu cerita yang betul,ada versi lain jumlah duit makcik 800k bukan juta juta.
harap admin denaihati dapat tapis cerita dulu sebelum post.
Seperti di maklumkan diawal entri kisah ini tidak diketahui kebenarannya mungkin hanya rekaan tetapi yg penting tauladan dari kisah ini untuk dijadikan pengajaran kepada pengusaha bank, mereka yg bekerja di kaunter dan masyarakat.
saya pun pernah kena marah tapi bukan dengan kerani dengan guard kat bank…dah la orang ramai masa tu..kita pulak masa tu baru kerja dan pertama kali buka akaun maybank.. kerani yang kat kaunter tu pulak layan kita macam nak tak nak je….ish..nak buka akaun pun susah ..masa tu kalau tak pikir pasal duit gaji,memang malas nak buka akaun bank. Curahan rasa diana @ ..INI INSTANT SHAWL PALING MUDAH NAK PAKAI
Saya sokong. Di local banks especially cimb atau maybank masih lagi ada staff macam ni.
saya pernah kena marah dgn kerani bank sebab masih guna ic lama. cara dia marah mcm ia satu masalah dunia yg tak boleh diselesaikan. padahal boleh je scan ic tu. Curahan rasa nikkhazami @ ..Malaysia Best Blog 2015
hahaha.. Kisah makcik ni dah jadi Viral.. Bukan setakat di facebook.. Dekat blog pun dah ramai orang mula berkongsi tentang cerita ini… Glamour betul makcik tu lepas ni.. 😉 Curahan rasa Anuar @ ..7 kelebihan menyertai Contest SEO yang anda perlu tahu!
Makcik makcik sanggup ambik nombor dan tunggu giliran semata-mata nak withdraw duit di kaunter … Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2015
Zaman sekarang ni macam-macam perkara diluar jangkaan boleh terjadi. Sesiapa sahaja boleh berurusan dengan kita pada setiap hari.. Jadi kena sentiasa jaga adab sopan dan tingkah laku bila berurusan dengan sesiapa sahaja.. Curahan rasa Anuar @ ..7 kelebihan menyertai Contest SEO yang anda perlu tahu!
Seronok makcik tu. Pandai dia ajar budak bank tu. Hehe …
Pernah juga berpengalaman dilayan sebegitu. Curahan rasa fiuzzhafiz @ ..Kedai Handphone Subang Jaya Sesak
147 Comments
Setakat ni PG tak pernah mendengar atau mengalami peristiwa seperti cerita diatas. Moga tiadalah keadaan seperti ini kan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5S Giveaway by Syafiqspecki
Teruk juga kalau layan mcm tu. Ada ke berlaku mcm tu bro? Setahu kawe bank2 kat Malaysia ni agak OK dan amat pentingkan customer service. Kalau ada satu dua yang kurang bagus pun, tetap juga rasanya akan sekasar mcm tu.
Then again, cerita ini bagus juga sebagai panduan hidup agar tidak mudah melenting atau pilih kasih.
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Panduan Perniagaan Cupcake Buat Usahawan Alaf Baru
As PG tahu, mereka yang berkhidmat di kaunter, kenalah mesra alam dekat semua orang. Bukan sahaja di kaunter bank, malah, dimana-mana sahaja sebenarnya.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5S Giveaway by Syafiqspecki
mak saya pun salah seorang yang sama pattern dengan makcik ni. ada orang..especially warga emas memang tak selesa nak berurusan di mesin ATM. Mak saya lagi senang hati pergi kaunter walaupun kena tunggu lama. Tapi boleh kata semua bank ada polisi macam ni kan. Nak keluarkan duit kat kaunter kena dalam jumlah yang besar.
Curahan rasa Nuha @ ..Bagaimana Untuk Berkata “TIDAK”
Ah’ah awak. Betul tu. Mak PG pun jenis yang berurusan dekat kaunter sahaja. Bukan apa. Lagi selamat kan. Kalau dekat mesin atm ni, takut dan risau menjadi sasaran perompak ke apa. Sebab tengok mak-mak kita jenis yang macam lemah longai gitu kan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5S Giveaway by Syafiqspecki
Tak kishalah berapa jumplah sekalipun.. yang penting budi bahasa dan amanah yang harus digalas pd pelanggan.
saya juga jika terlalu ramai di atm.. saya minta kaunter keluarkan..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Doa pulih Koma
dalam hal ni saya ada 2 pandangan. Iaitu pekerja bank sepatutnya layan semua pelanggan sama adil. Bukankah memang itu tugas mereka? Yang kedua pula, ada benarnya juga kenapa makcik x mahu guna mesin atm lagi mudah jika waktu itu ramai sangat pelanggan di bank itu. Lain cerita lah kalau makcik itu x pandai guna atm mesin, kena tgk juga 2 situasi. TAPI salah tetap salah apabila perbuatan kata kata lagak dan kurang ajar itu dilakukan
Curahan rasa eBook Bisnes Online @ ..Pemborong Baju Kurung Siap Termurah Hari Raya
Org skrg byk masalah kewangan….Semoga pekerja kaunter bank tu mendapat pengajaran & ikhtibar dr pengalaman ni..
Curahan rasa haris @ ..Tips On Optimizing Job Listings
mana satu cerita yang betul,ada versi lain jumlah duit makcik 800k bukan juta juta.
harap admin denaihati dapat tapis cerita dulu sebelum post.
Seperti di maklumkan diawal entri kisah ini tidak diketahui kebenarannya mungkin hanya rekaan tetapi yg penting tauladan dari kisah ini untuk dijadikan pengajaran kepada pengusaha bank, mereka yg bekerja di kaunter dan masyarakat.
saya pun pernah kena marah tapi bukan dengan kerani dengan guard kat bank…dah la orang ramai masa tu..kita pulak masa tu baru kerja dan pertama kali buka akaun maybank.. kerani yang kat kaunter tu pulak layan kita macam nak tak nak je….ish..nak buka akaun pun susah ..masa tu kalau tak pikir pasal duit gaji,memang malas nak buka akaun bank.
Curahan rasa diana @ ..INI INSTANT SHAWL PALING MUDAH NAK PAKAI
Saya sokong. Di local banks especially cimb atau maybank masih lagi ada staff macam ni.
saya pernah kena marah dgn kerani bank sebab masih guna ic lama. cara dia marah mcm ia satu masalah dunia yg tak boleh diselesaikan. padahal boleh je scan ic tu.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Malaysia Best Blog 2015
Baru ada akal sikit bila kena macam ni. Kalau pakai seluar katok & selipar ngan baju pagoda, memang majoriti mereka bo-layan.
Curahan rasa SN #ARSENALTEGAR @ ..FA Cup 5th Round Video & Highlights: Arsenal 2-0 Middlesbrough
hahaha.. Kisah makcik ni dah jadi Viral.. Bukan setakat di facebook.. Dekat blog pun dah ramai orang mula berkongsi tentang cerita ini… Glamour betul makcik tu lepas ni.. 😉
Curahan rasa Anuar @ ..7 kelebihan menyertai Contest SEO yang anda perlu tahu!
Makcik makcik sanggup ambik nombor dan tunggu giliran semata-mata nak withdraw duit di kaunter …
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2015
Zaman sekarang ni macam-macam perkara diluar jangkaan boleh terjadi. Sesiapa sahaja boleh berurusan dengan kita pada setiap hari.. Jadi kena sentiasa jaga adab sopan dan tingkah laku bila berurusan dengan sesiapa sahaja..
Curahan rasa Anuar @ ..7 kelebihan menyertai Contest SEO yang anda perlu tahu!
Seronok makcik tu. Pandai dia ajar budak bank tu. Hehe …
Pernah juga berpengalaman dilayan sebegitu.
Curahan rasa fiuzzhafiz @ ..Kedai Handphone Subang Jaya Sesak
Semoga pekerja kaunter bank tu mendapat pengajaran dan ikhtibar melalui pengalaman ini..
Curahan rasa Anuar @ ..7 kelebihan menyertai Contest SEO yang anda perlu tahu!
nak kena ada 1 juta baru dilayan macam raja, kalau tiada sebelah mata sajalah.
Curahan rasa ikhwan @ ..Tersontot Dengan Pelaburan Minyak
Kalau tuan Ikhwan Fahmi pergi sana tentu boleh mendapat layanan First Class dengan menggunakan tiket Tim Infokerjaya.. Siapa tahu kan?
Curahan rasa Anuar @ ..7 kelebihan menyertai Contest SEO yang anda perlu tahu!
Comments are closed.