Assalamualaikun dan Salam 1Dunia, sejak dua bulan lepas kata kunci “Dunia Akhir Zaman” menjadi salah satu kata kunci yang memberi banyak trafik organik kepada blog Denaihati. Kalau nak dikira kata kunci “Dunia Akhir Zaman” bukanlah antara kata kunci panas tetapi sejak kebelakangan ini menjadi antara carian ramai pembaca.
Sejak bertahun-tahun ramai yang mengaitkan 2012 dengan akhir zaman sehingga lahirnya filem bertajuk 2012 yang mengambarkan bumi akan dilanda Badai Matahari.
Mengikut kalendar kaum Maya seperti yang telah dijelaslan di blog INI tarikh 21/12/12 adalah tarikh keramat dimana dunia akan kiamat. 21/12/12 yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat seperti banyak tertulis dalam kitab bawah kiamat akan berlaku pada hari Jumaat. Mungkin inilah sebabnya mengapa kata kunci “Dunia Akhir Zaman” menjadi carian ramai pembaca. Ramai ulama dan cendiakawan Islam telah menyangkal ramalan yang dibuat oleh kalendar kaum Maya.
Tak abis lagi kisah kiamat pada 21/12/12 kini heboh pula kisah bumi akan bergelap pada 23, 24 dan 25 Disember 2012 kerana Bumi dan semua planet akan berada satu baris seperti yang telah ditulis di blog INI. Kisah Bumi akan bergelap selama tiga hari telah kedengaran sejak beberapa tahun lepas dan telah dinafikan oleh NASA dan ANGKASA.
Dunia ini memang sudah di akhir zaman seperti yang disabdakan oleh Rasulullah. Banyak sudah tanda-tanda akhir zaman boleh kita lihat di sekeliling kita. Kita sendiri menuju akhir zaman pada setiap detik yang berlalu. Soalnya apa yang kita lakukan sebagai persediaan menuju akhir zaman.
Seandainya benar 21/12/12 itu kiamat sudahkah kita bersedia? Seandainya 23, 24 dan 25/12/12 itu bumi akan bergelap dimanakah kita ketika itu?
Allah berfirman yang maksudnya : “Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah.’ Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? – boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.” (Surah al-Ahzab, ayat 63)
“Ia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” (Jawabnya) “Maka apabila pemandangan menjadi berpendar-pendar. Dan BULAN HILANG CAHAYANYA (kerana cahaya matahari yang terlalu terang ketika itu membuatkan bulan tidak kelihatan- seperti pada waktu tengah hari). Dan matahari serta bulan DIHIMPUNKAN BERSAMA (apabila matahari mula menelannya).”- (Al-Qiaamah: 6-9)
“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.” (Surah Luqman, ayat 34)
Kiamat memang semakin dekat kalau tidak kiamat besar pasti kiamat kecil dimana kita akan dipanggil mengadap yang MAHA ESA. Sudahkah kita bersedia?
144 Comments
post yang anda pajang sangat menyentuh sekali
Curahan rasa choky @ ..Obat Herbal Penyakit Kencing Nanah
Assalam..
Usah ditanya bila datangnya hari kiamat tetapi persoalkan dalam diri, cukupkah amalan untuk hadapi hari pembalasan…
Curahan rasa iza @ ..Penanda Buku
Banyak andaian-andaian tentang Hari Kiamat. Entah apa motif mereka disebalik andaian-andaian tersebut.
Curahan rasa Arrazi @ ..Usia Muda Amal Banyak
Sama-sama kita menambah persediaan untuk menyahut panggilan untuk menghadap Yang Maha Esa
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #43
Terima kasih backlink .. ye kita dalam islam telah di ajar bagaimana nak percaya kejadian kiamat ni .. kena belajar dan jumpa ustaz2 untuk dalami ilmu islam baru lah hati senang nak terima kiamat besar dan kecil ..
Curahan rasa puanbee @ ..Drama hanya padamu (sinopsis) dalam slot zehra tv3
Tapi makin ramai yg membangangkan diri
Curahan rasa Carlos Santiago @ ..BANkami ~ Perkenalan Untuk Semua
semua telah ditentukan oleh Allah SWT, dan saya berkeyakinan itu, ,
dan kiamat itu pasti datang, jadi selagi masih ada nafas yang berhembus, rajin beribadah dan berbuat baik sebagai bekal nanti
Curahan rasa Usaha Kecil @ ..Gulai Itik (Aceh)
Tiada siapa yang tahu akan tentang kiamat. Tapi tetap
Takotttttttt… 🙁
Curahan rasa Mummy Akmar @ ..iPhone 5 Gadget Impian
wallohu a’lam…
hanya Alloh yang tau….
Curahan rasa OBAT TRADISIONAL PENYAKIT ARTRITIS REUMATOID @ ..OBAT TRADISIONAL PENYAKIT ARTRITIS REUMATOID
kiamat memang dah makin dekat tapi kita tak tau bila. banyak sangat andaian. tapi yang penting kesiapsiagaan kita menuju hari kiamat tu. bekal kita dah cukup ke? itu lebih penting.
Curahan rasa arelan @ ..WoRDLess WeDNesDaY : MaTLe 24
Kiamat kubro akan berlaku dgn kemunculan Imam Mahadi diikuti Dajjal dan Nabi Isa A.s. Kemudian matahari akan terbit dari barat ke timur dan seraya itu pintu pengampuan akan ditutup. Sebelum semua ini berlaku, mohon keampunan Allah dan banyakkan amalan.. mungkin esok, mungkin mggu depan, mungkin tahun depan. tiada siapa yg tahu…hanya Allah
Curahan rasa MK Kimi @ ..Tahniah Kerana Gagal PMR
ramalan ini membuktikan bahawa manusia dahulu amat maju tamadunnya …tetapi disebabkan kemaksiatan kepada Allah lalu dimusnahkan ..seperti yg dapat kita baca di Al-Quran …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Misteri Kehebatan Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Disorok
terlalu byk rahsia Allah di alam ini …hanya Allah yg Maha Mengetahui
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Misteri Kehebatan Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Disorok
Bila tu tak penting. Yg penting, macam yg tuan DH katakan, persediaan kita. Sama2 kita bersedia…
terima kasih tuan DH atas entri ni. best!
Curahan rasa hafizmd @ ..Segmen Review Sesama Blogger
semoga kita selalu berada di dalam ridhonya,.
Curahan rasa Jelly Gamat Luxor @ ..Obat Kencing Manis
memang benar mas,soalnya kiamat gk mungkin semakin jauh,, orang waktu aja terus berjalan,, hehe
Curahan rasa Jelly Gamat Luxor @ ..Obat Wasir
Comments are closed.