Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sebagai bekas manager di KFC hampir 9 tahun yang lepas setiap perkembangan KFC menjadi perhatian aku bak kata orang tua tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat mencari rezeki. KFC Malaysia adalah syarikat terakhir aku bekerja sebelum menjadi usahawan kecil-kecilan hingga sekarang. Secara peribadi prestasi pekerja KFC menurun berbanding pentadbiran yang dahulu kerana beberapa kali aku melalui pengalaman yang kurang enak sehingga terpaksa menasihatkan staff KFC ni.
Sebelum ini kecoh tukang masak di salah sebuah stor KFC telah menyapu ayam di tapak kaki sebelum digoreng. Kejadian ini mendapat liputan hangat sehingga KFC terpaksa membuat kenyataan akhbar.
Terbaru heboh pulak staff KFC kurang ajar menumbuk salah seorang pelanggan. Mungkin pelanggan tersebut kurang ajar tetapi sebagai pekerja tidak sepatutnya bertindak seganas ini. Mengikut cerita di blog Alantanblog.com kejadian ini berlaku KFC i-City, Shah Alam.
Kita tunggu apa pulak respond KFC. Malulah KFC Malaysia sebuah syarikat kepunyaan perushaan Melayu tetapi prestasi kurang baik sepertinya pentadbiran sudah hilang kawalan dengan apa yang berlaku di peringkat bawahan. Mungkin staff ini kurang latihan atau Outlet Manager tidur atau Area Manager kurang buat kerja??
Baru-baru ni aku dan famili makan di sebuah restauran makanan segera. Mamat yang ambil pesanan tu cakap aku kena tunggu 15 minit. Selepas 15 minit kami dapat semua makanan kecuali satu selepas menunggu beberapa minit anak-anak dah bising bertanyakan pesanan yang belum dapat. Aku ke kaunter bertanyakan makanan yang tak sampai lagi. Mamat kaunter tu kata tersilap hantar dan minta aku tunggu lagi 15 minit. Apalagi naik angin satu badanlah aku terus minta duit balik. Supervisor dia kata tak boleh kena tunggu juga. Memang kena ceramah panjang dengan aku dan akhirnya aku dapat duit balik dan terus keluar dari restauran tu.
Nak jadi supervisor atau manager restauran kena ada skill kawal keadaan diluar dugaan kalau tidak macam-macam boleh jadi. Pelanggan lapar dah letih tunggu lama boleh jadi sangat pemarah tetapi kalau pekerja pun nak marah siapa yang rugi. Pasti nama baik restauran terjejas terutama apabila tersebar di blog dan facebook. Bukan mudah nak membina jenama tapi boleh jatuh dalam masa yang singkat.
Video penjelasan mangsa tumbuk staff KFC i-City
Feedback dari Pengurusan KFC Malaysia :
1. A KFC staff who was seen assaulting a customer in a YouTube video that has gone viral has been suspended, said KFC Malaysia.
2. 18/2/12 : KFC mohon maaf kepada mangsa tumbuk – Malaysiakini.
191 Comments
huish…memang teruklah cam ni…tak patut betullah…
Curahan rasa Mohd Isa @ ..Aktiviti Pelacuran di Twitter
disiplinnya kurang. mmg tak patut blaku hal mcm tu…
Curahan rasa Nana @ ..Esok cabut, sayang…
sangat disayangkan ini terjadi
Curahan rasa obat herbal xamthone plus @ ..Obat jantung koroner
aku cukup sedih atas apa yang berlaku.. macam-macam masalah berlaku.
Curahan rasa sukacuka @ ..Ulasan Mengenai Pentempuran Hebat Perkerja KFC dengan Pelanggannya
Rasanya diorang nie kena hantar staf ke ANGER MANAGEMENT course la pulak…. ;-p
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..Jom layan lagu BE MINE – Tasha Manshahar
Haha.. KFC KFC.. ok la ni.. kadang kadang management yang bermasalah..kadang kadang customer yang bermasalah.. harituh ada satu kes, dah tengah malam kot, ada sorang couple ni, order twister, kawan order after dia sebelah kaunter.. tapi pekerja bahagian kawan tuh amik dulu twister yang hanya tinggal satu.. pekerja kat couple tuh lamba ambil, so xde dah la.. last2 awex tuh maki hamun marah pekerja..sbb lambat ambil.. tengok pakwe dia diam je, awex dia maki menjerit jerit.. wat malu je.. huhuhu
Curahan rasa norfa @ ..Yeah! Its snowing at Daejin University!!!.. – Day 2
customer pun harus bsabar jugak…
Curahan rasa Nana @ ..Esok cabut, sayang…
Ni kes hilang sabar ,kalau berunding dengan cara elok takkan terjadi perkara amcam ni
Curahan rasa wazy @ ..Dapatkan ALFA Long-Range Wireless USB Dari ALFA Network (Malaysia)
betul tu…fikir dulu sebelum btindak…
Curahan rasa Nana @ ..Esok cabut, sayang…
kurang profesional betul.. kalau nak gaduh, gaduh la luar kedai..
Curahan rasa mie sembang-automobil @ ..Panduan membeli dan memilih kereta terpakai.
rempit at its best.. hadoi
Curahan rasa Faris Al-Muhandisu @ ..Kerinduan Rasulullah Pada Umat Akhir Zaman
Dah macam-macam kes kfc ni. Tapi rasanya pekerja itu tidak akan bertindak ganas kalau tidak diprovoke
Curahan rasa Fazreen @ ..Statigram
mmg melampau pekerja KFC ni….buat tak tahu ja la…buat keja sendiri…yang nak bergaduh tu apesal…
Curahan rasa asraff @ ..PB Untuk Wanita Pemikat Hati Sang Lelaki
bagus DH!
kasi ajar sket
Curahan rasa noriz @ ..Maulidurrasul 1434H di MSAB lagi…
garangnya.. buleh mintak balik duit ker?
Curahan rasa MediaCapture @ ..Drama Dingin Lavenda Slot Zehra (2011) SDTV Episod 09
Seperti kurang pendidikan tuh pegawai,.
Mestinya harus sabar menghadapi pelanggan,
Curahan rasa Wawan @ ..Apa Itu RSS Feed?
Jangan main tonjok2 aja nanti yang malu kan perusahaan,
Curahan rasa Wawan @ ..Apa Itu RSS Feed?
Cepat sekali berita ini sampai yg datang dari mana2
Curahan rasa Wawan @ ..Apa Itu RSS Feed?
Wah sadis sekali tuh pegawai kfc,..
Harusnya kfc harus bekerja lebih professional,..
Pasti kecewa lah kalau pelanggan sudah disuruh mengunggu lama.
akay ..
kenapa KFC jadi kek gitu
haduh gaduh sekali
Curahan rasa Sumber Berita Cerita Inspirasi Motivasi Dunia Terbaru – Beritama.com @ ..Sumber Berita Cerita Inspirasi Motivasi Dunia Terbaru – Beritama.com
Comments are closed.