KFC apa nak jadi ni

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sebagai bekas manager di KFC hampir 9 tahun yang lepas setiap perkembangan KFC menjadi perhatian aku bak kata orang tua tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat mencari rezeki. KFC Malaysia adalah syarikat terakhir aku bekerja sebelum menjadi usahawan kecil-kecilan hingga sekarang. Secara peribadi prestasi pekerja KFC menurun berbanding pentadbiran yang dahulu kerana beberapa kali aku melalui pengalaman yang kurang enak sehingga terpaksa menasihatkan staff KFC ni.

Sebelum ini kecoh tukang masak di salah sebuah stor KFC telah menyapu ayam di tapak kaki sebelum digoreng. Kejadian ini mendapat liputan hangat sehingga KFC terpaksa membuat kenyataan akhbar.

Terbaru heboh pulak staff KFC kurang ajar menumbuk salah seorang pelanggan. Mungkin pelanggan tersebut kurang ajar tetapi sebagai pekerja tidak sepatutnya bertindak seganas ini. Mengikut cerita di blog Alantanblog.com kejadian ini berlaku KFC i-City, Shah Alam.

Kita tunggu apa pulak respond KFC. Malulah KFC Malaysia sebuah syarikat kepunyaan perushaan Melayu tetapi prestasi kurang baik sepertinya pentadbiran sudah hilang kawalan dengan apa yang berlaku di peringkat bawahan. Mungkin staff ini kurang latihan atau Outlet Manager tidur atau Area Manager kurang buat kerja??

Baru-baru ni aku dan famili makan di sebuah restauran makanan segera. Mamat yang ambil pesanan tu cakap aku kena tunggu 15 minit. Selepas 15 minit kami dapat semua makanan kecuali satu selepas menunggu beberapa minit anak-anak dah bising bertanyakan pesanan yang belum dapat. Aku ke kaunter bertanyakan makanan yang tak sampai lagi. Mamat kaunter tu kata tersilap hantar dan minta aku tunggu lagi 15 minit. Apalagi naik angin satu badanlah aku terus minta duit balik. Supervisor dia kata tak boleh kena tunggu juga. Memang kena ceramah panjang dengan aku dan akhirnya aku dapat duit balik dan terus keluar dari restauran tu.

Nak jadi supervisor atau manager restauran kena ada skill kawal keadaan diluar dugaan kalau tidak macam-macam boleh jadi. Pelanggan lapar dah letih tunggu lama boleh jadi sangat pemarah tetapi kalau pekerja pun nak marah siapa yang rugi. Pasti nama baik restauran terjejas terutama apabila tersebar di blog dan facebook. Bukan mudah nak membina jenama tapi boleh jatuh dalam masa yang singkat.

Video penjelasan mangsa tumbuk staff KFC i-City

Feedback dari Pengurusan KFC Malaysia :

1. A KFC staff who was seen assaulting a customer in a YouTube video that has gone viral has been suspended, said KFC Malaysia.

2. 18/2/12 : KFC mohon maaf kepada mangsa tumbuk – Malaysiakini.


Spread the love

191 Comments

  1. Rasa nya Mamat Cina ni shj nak provoke aje kt Staff melayu tu bikin hati panas.. dah x boleh tggu patut belah restoran lain le. Wat apa nak provoke pada org yg dah PENAT kerja…klu aq pun HATI PANAS…!!

  2. Erm , boikot tak boikot KFC tu Kodet tetap makan. Rasanya buat masa ni KFC masih restoran yang terbaik. Diuruskan dengan baik , bersih , cepat dan selesa. Lagipun ini restoran sapa yang kerja , sapa board of directors dia. Sebab tu mereka nak boikot. Dulu Gardenia , sekarang KFC. Lepas ni agak2nya beras…

  3. memalukan..sush nk ckp..ptutnya staf tu kena bersabar..wlpun customer tu agak ksr m’geluarkn kata2x xsepatutnya..perkara dh jd..xtaw nk ckp pe..

  4. dlm situasi ni, bagi saya, dua-dua ada silapnya, pelanggan ada silap. pekerja serta pengurusan pun ada silap. kalau betul terjadi, pelanggan tak perlullah provok hingga sentuh sensitiviti manakala pekerja jgnlah bermain emosi.

    pada pendapat saya, kalau saya sbg mangsa terajang tu, dah tunggu lama sgt, waima 20 minit sekalipun, saya angkat kaki, belah. pergi je KFC lain. berlambak lagi. dan kalau nak marah pun, jgnlah maki pekerja tu. jgnlah sentuh sensitiviti. cuba bincang dgn pengurusan KFC berkenaan. pekerja hanya bekerja. pengurusan yg menguruskan. dan kita semua ada perasaan. pekerja tu pun ada perasaan.
    diorang sedaya upaya beri servis terbaik dgn bayaran tak seberapa.

    dan pekerja pula, jgnlah bertindak ikut emosi diri. dlm hal ni, pengurusan KFC berkenaan kena main peranan, dah tahu tak blh beri servis mlm tu, cuba nyatakan awal-awal. biar rugi sikit drpd masalah berpanjangan mcm ni.

    so, dua-dua ada salahnya. pelanggan jgn ingat ‘customer is always right’ dan duit anda tu bernilai sgt. dan pekerja juga jgnlah ikut emosi.itulah dugaan anda dlm dunia memberikan servis.
    Curahan rasa riffzam @ ..ISU : Kisah KFC, Rasis & EmosiMy Profile

  5. sama ada pelanggan tuh salah atau pun tidak
    sebagai pekerja di pean rkhidmatan pelanggan harus punyai ke sabar yang tinggi dan tahu macam mana nak handle keadaan yang berlaku if kesalahan tuh perpunca dari pihak pengurusan..

    saya sendiri pernah di sindir oleh staff kfc dekat satu oulet sekitar shah alam … bila fikir balik mereka ini memang patut di hantar pergi kursus baru lah profesional sikit …
    Curahan rasa namia @ ..“Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog”My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!