Ketahuilah Betapa Hebatnya Kuasa Doa

Spread the love

Assalamualaikum wbt dan Salam 1Dunia, Kita sebagai umat islam sudah mengetahui bahawa senjata kita ialah Doa. Doa merupakan pendinding kita dalam kehidupan seharian. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang kuasa doa, kita baca perkongsian dari Ustaz Noehas di bawah.

Manusia dicipta oleh ALLAH bersifat bermasyarakat iaitu manusia tidak mampu  hidup sendiri untuk meneruskan hidupnya dengan baik. Semua manusia saling  perlu memerlukan untuk memenuhi keperluan hidup. Hal ini bermakna bahawa  manusia amatlah lemah dan perlu kepada sesuatu untuk membantu mereka. Salah  satu kuasa yang boleh membantu manusia ialah doa. Ya, KUASA DOA!!!

Doa adalah ibadat. Doa bermaksud meminta dari Tuhan Yang Maha Esa. Amalan  berdoa amat disukai oleh Allah SWT. Perkara ini dengan jelasnya disebut  dalam Al-Quran bahawa ALLAH telah berfirman yang bermaksud “berdoalah  kepadaKU pasti AKU sentiasa menerima doa kamu“.

Begitu juga firman ALLAH  ta’ala yang bermaksud “AKU memustajabkan doa orang yang meminta dariKU  ketika dia meminta dariKU“. Allah amat suka hamba-hambaNYA meminta-minta  dariNYA, tidak seperti manusia yang tidak suka jika diminta berkali-kali.

Hebatnya Kuasa Doa

Apa lagi!? Allah raja sekelian alam dah ofer nak minta apa sahaja sila  minta pasti dia akan beri. Tapi ada syarat-syarat, cara dan pantang  larangnya tak? Memang ada dan kita akan kupasnya di entri akan datang.  Tetapi rahmat Allah melebihi dan lebih luar dari syarat-syarat dan pantang  larang doa. Jika Allah hendak terima pasti dia terima. Jika kita nampak  macam belum diterima doa kita itu tidak bermakna ALLAH tidak terima  langsung doa kita tetapi belum sampai masa untuk kita terima permohonan kita. Semuanya itu ada hikmah dan kebaikan yang ALLAH sahaja yang tahu.

Ibaratnya seperti anak kecil yang menangis-nangis minta pisau yang tajam  dari ibu dia untuk dia bermain atau memotong sesuatu. Sebagai ibu pasti dia  akan beri apa yang anak dia minta jika benda itu baik tetapi jika tidak  baik bahkan membahayakan pastilah si ibu tadi tidak menunaikan permintaan  si anak tadi. Adakah ibu tadi tidak sayang pada anak dia? Tidak begitu,  bahkan sebab sayangkan anak dialah si ibu telah menyekat permintaan si anak  tadi.

Nah! Sekarang kita sudah faham kenapa ALLAH ofer kita supaya minta dari dia  dan dia pasti akan beri tetapi kadang-kadang kita dapati ada permintaan  kita yang belum kita dapat. Rupanya sebab ALLAH maha mengetahui  sebab-sebabnya. Jadi tidak rugi kalau kita banyakkan doa kerana kalau dapat  seronoklah dan kalau belum dapat kita tetap dapat kebaikan dari doa kerana  kalau apa yang kita doa tapi tak dapat di dunia ini doa tersebut akan  disimpan untuk kebaikan akhirat.

Beruntunglah kita kerana ALLAH sebagai Tuhan dan Raja kita tidak pernah  menghampakan kita. Disamping kita selalu berdoa kita kena juga bersyukur  kalau dapat nikmat, bersabar kalau dapat ujian, beristighfar kalau ada buat  salah dan beristiqamah dalam berbuat kebaikan.

Pesanan entri ini, amalkan betul DUIT untuk berjaya dalam sesuatu  pekerjaan. Apa maksud DUIT? Ni maksudnya: Doa Usaha Idea Tawakkal.


Spread the love

194 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!