Kesian orang kampung

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Pasangan Melayu bercerai sebab remeh temeh”. Kali ini nak kongsi isu panas yang sedang menguji orang kampung apabila harga getah dan kelapa sawit terus merudum..

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Bila balik kampung kat Segamat memang kesian dengan orang-orang kampung. Harga getah dan kelapa sawit memang rendah sangat. Macam-macam benda orang kampung buat untuk teruskan hidup.

Paling sedih tengok tanah beratus ekar terbiar. Sebelum PRU14 kebun-kebun getah ditolak untuk tanam semula. Lepas PRU14 Risda tak ada bajet nak bagi anak benihgetah dan orang kampung tak ada duit nak buat sendiri maka naik berhutanlah kebun-kebun getah ni.

Nasib majoriti orang kampung yang penyokong pembangkang. Tak boleh nak salahkan Kerajaan sebab penyokong Kerajaan sekarang majoriti di bandar jadi mereka mesti diutamakan. Sebab tu belanjawan 2019 mengutamakan pengundi di bandar

Kampung kawan-kawan ok ke?

Ahmad Khariri Al-Hadi : Mertua di Felda juga merasa kesan yang sangat teruk. Mujurlah masih ada wang sara hidup setiap bulan dari Felda. Tidak tahu bagaimana nasib peneroka yang membuat tanaman sendiri kerana sebelum ini hasil mereka sangat baik dengan harga yang tinggi.. Semoga Allah merahmati dan permudahkan urusan kita semua dunia wal akhirah.. Amin Ya Rabbal alamin!

Zuhairy Shaari : memang teruk harga sawit sekarang. harga kat kilang felda rm360 jer semalam. kalau kat peraih luar, lagi lah murah.

Kamisan BMail : betul tu, sekarang rm280 setan

Zuhairy Shaarikesian orang kampung kalau itu jer mata pencarian diorg.

Afiffuddin Bin Mohamad SukriTak boleh salahkan orang kampung juga kalau tak bayar cukai tanah.

Md Miesetuju. menteri pun yang berkaitan pun tak mesra orang kampung, waktu kempen je buat wayang sikit

Kamisan BMail : Terpaksa jual juga walaupun jatuh teruk dari rosak tak dipunggut. Upah tetap bayar sama.

Nordin Ab RApa boleh buat! Mudah-mudahan rezeki peneroka sentiasa ada walaupun Harga sawitnya jatuh

Mahadi Mohamed Arifin : Terasa sebab saya orang kampung yang ada ladang kelapa sawit mereka harap duit dari anak-anak untuk membantu. Tapi anak-anak kerja dipaksa lak bayar PTPTN sedangkan gaji kecik jer sian.

Semuga Kerajaan Pakatan Harapan simpati dengan nasib orang kampung, petani, nelayan bukan hanya sekadar memberi Bantuan Sara Hidup tetapi memikirkan mekanisma jangka masa panjang yang boleh menampung penurunan harga kelapa sawit dan herga getah dunia.


Spread the love

48 Comments

  1. Memang kesian dekat orang kampung. Orang bandar yang kebanyakan sokong PH ni duk bandar. Jadi mereka tak rasa kehidupan orang kampung. Macam CN ni duk Kampung Jenjarom, dulu aktif je banyak aktiviti orang kampung sebab dapat sponsor dari wakil rakyat. Sekarang, tak nampak langsung muka wakil rakyat lepas jadi menteri. Bz kottttt

  2. Memang kesan kat orang kampung. Tapi bagi saya doranglah yang rajin keje. Biasa orang kampung ni bangun awal utk cari rezeki kerja kol 6bdah ada yang toreh getah bagi bila jual harga getah kadang murah

  3. Kalau keadaan ini berterusan, nampak gayanya orang orang kampung ini kenalah mencarik kerja yang lain. Semoga nasib mereka ini dapat di bela

  4. Memang kesianlah kat orang orang kampung yg di biarkan je… sekarang n mereka terpaksa berusaha dengan sendiri untuk memajukan balik kebun kebun mereka. Kerajaan sepatutnya paling tidak bantu lah serba sedikit.. kebanyakkan mereka n bukannya orang senangg…

  5. Peneroka yang anak-anak sudah bekerja…dapat juga hidup dengan pemberian anak. Jika harap hasil sawit atau getah semata-mata, memang perit. Peneroka yang masih muda bolehlah buat kerja lain. Yang sudah tua? Sudahlah ladang kena upah orang buat. hasil dibahagi dua. Berapa je yang dapat.

    Ya Allah, kurniakan rezeki kepada pekebun sawit dan getah ini. Permudahkan urusan hidup mereka.
    Curahan rasa Penjual Makanan @ ..Panduan Lengkap Bisnes Aiskrim Yang Boleh Menjana RM5,000 Sebulan Secara Part-Time Di Hujung MingguMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!