Kesan tsunami Aceh pasti mengusik jiwa manusia tentang kebesaran ALLAH

“Inilah bagunan yang telah selamatkan saya dari terkorban dalam tsunami pada 2004. Bagunan ini runtuh semuanya apabila Banda Aceh di gegarkan gempa sekuat 9.1 pada skala richter.”

“Saya dan teman saya datang ke mari untuk melihat bagunan ini. Ketika itulah berlakunya tsunami yang maha dahsyat. Saya melihat air laut yang sangat hitam melanggar Banda Aceh tanpa belas kasihan. Air yang sangat deras itu lalu di hadapan bagunan ini. Manusia bertempiaran lari ke berbagai arah cuba menyelamatkan diri sendiri.”

kapal-pltd-apung-aceh

Abang Denai dapat membayangkan apa yang sahabat Aceh itu ceritakan apabila teringat video tsunami Aceh. Hancur luluh hati apabila melihat di berita TV, Banda Aceh menjadi padang jarak padang terkukur yang tinggal berdiri hanya beberapa masjid putih.

Dalam tempoh antara 15 dan 20 minit selepas gempa bumi berlaku amukan ombak raksasa setinggi ±30 meter yang dicetuskan oleh gegaran itu membadai seluruh kawasan pesisir pantai Aceh, Indonesia.

kapal-apung-lampulo

Pada tahun 2015 selepas 10 tahun kejadian yang menyedihkan itu barulah Abang Denai dapat menjejaki kesan-kesan tsunami Aceh yang sangat menyentuh hati.

Perjalanan dari Lapangan terbang antarabangsa Iskandar Muda ke Banda Aceh pasti kita akan bertemu dengan Perkuburan Massal Banda Aceh. Perkuburan ratusan ribu mangsa tsunami Aceh tanpa batu nisan.

kubah-masjid-tsunami-aceh

Kapal PLTD Apung seberat 2,600 tan menjadi saksi tragedi tsunami. Kapal yang berada di Pelabuhan Ulee Lheue kala itu dipukul gelombang laut yang kuat sejauh kira-kira 10 kilometer(km) ke daratan ke kawasan penduduk di kampong Punge Blang Cut, Kota Banda Aceh. Berdiri melihat sebuah kapal sebesar ini terdampar ditengah daratan memberi keinsafan bahawa ALLAH boleh apa sahaja atas kehendak Nya.

Banyak lagi kesan-kesan tsunami yang dipaparkan dalam video kesan tsunami aceh

26 Disember 2019 ulang tahun ke 15 Tsunami Aceh semua menjadi pengajaran kepada kita.

Ada kelapangan pergilah ziarah kesan-kesan tsunami Aceh untuk mencuci kolam jiwa kita seperti kata Abe Meor Zaidee.

Kalian yang teringin roger je.

Amir Hassan
Telegram @ t.me/DenaihatiNetwork
Video @ youtube.com/c/denaihatinetwork
Hashtag Musafir #kembaraDH

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!