Arwah Abam Bocey: Kematian Husnul Khatimah

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Banyak sangat berita arwah Abam Bocey dari kelmarin. Termasuk video yang dimuat naik oleh wartawan, rakan artis dan ustaz-ustaz. Ianya sangat menyentuh hati dan memberi inpirasi.

Ustaz Rahim Nasir dalam ceramahnya bertajuk ‘Kematian Sangat Dicemburui, Jom Ambil Iktibar’ semalam, turut berkongsi betapa bertuah individu yang meninggal dunia dan Allah naikkan darjatnya.

Dia bukan seorang ilmuan agama tetapi hanyalah seorang pelawak. Namun, di pengakhiran hidupnya Allah SWT anugerahkan nikmat kematian sangat dicemburui itu.

Kenapa begitu? Iktibar yang boleh diambil adalah kembali pada akhlak atau tingkah laku yang dilakukan sewaktu arwah masih hidup. Dia adalah seorang yang suka meraikan ulama dan ilmuan agama.

TOLONGLAH pakcik, saya nak masuk tengok kubur arwah Abam. Selama ini dia yang menampung persekolahan anak saya,” rayuan seorang wanita kepada En Khairuddin, penggali kubur, supaya membenarkan dia melawat pusara arwah Abam Bocey.

Penceramah bebas Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek turut menceritakan kebaikan arwah Abam yang ketika hayatnya suka bersedekah, mendekati ilmuan agama dan taat kepada ibunya.

Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia Muhammad Rafieudin Zainal Rasid berkata, sepanjang menguruskan jenazah arwah Abam, banyak kisah kebaikan yang didengari mengenai arwah. Arwah Abam anak yang cukup taat pada ibunya dan selalu bantu adik beradiknya.

Paling mengharukan di sebelah rumah arwah, ada sebuah madrasah tahfiz dan arwah dikatakan antara penyumbang tegar madrasah dan masjid di situ. Achey berkata, arwah Abam mempunyai pelbagai ciri-ciri positif antaranya pandai memasak serta bersedekah terhadap golongan yang memerlukan.

Dia seorang yang baik dan suka menaikkan perniagaan orang walaupun perniagaan itu hampir tutup. Dia tak berkira langsung dan selagi dia boleh buat kerja dengan lebih baik untuk keluarganya, dia pasti akan lakukan.

Kakak sulung arwah, Sharifah Norwahidah Binti Syed Mohd Ridzuan, sedih sangat dengan pemergian Abam kerana beliau ialah tonggak keluarga dan sudah tiada. Rasa kosong apabila jadi begini. Kami hidup berjiran dan selalu berbincang apabila nak buat apa sahaja perkara.

Dia sentiasa berusaha nak membahagiakan keluarga. Dia belikan tanah ini dan buat rumah untuk emak supaya emak hidup selesa dengannya. Rumah ini siap empat tahun lalu.

Banyak lagi kisah Arwah Abam yang kita tidak pernah tahu semasa hidupnya selain punchline jenaka yang power. Ustaz Rahim Nasir kata dalam kehidupan seorang manusia, apa yang penting adalah pengakhirannya.

Seperti arwah Abam, apa yang berlaku pada hari kematiannya, ribuan orang yang hadir untuk mendirikan solat jenazah dan mengiringinya ke kuburan. Itu adalah rezekinya. Terlalu banyak yang kita boleh pelajari dari kisah Arwah Abam untuk menjadikan inspirasi kepada kehidupan kita yang ada sekarang.

Kalau perlu berubah masih ada masa untuk berubah. Kalau belum cukup baik masih ada masa untuk menambah kebaikan. Kalau sudah baik masih ada masa untuk gandakan kebaikan itu.

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, “Ambillah iktibar daripada orang yang telah mati di kalangan kamu.”

Perkongsian daripada tuan Amir Hassan tentang kisah hayat seorang Abam. Banyak kebaikan yang kita boleh ambil dan aplikasikan dalam kehidupan kita.

Al Fatihah untuk Arwah Abam Bocey.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!