Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah tamat juga akhirnya PRK DUN N25 Kajang yang tidak sepatutnya ada. Itulah kuasa demokrasi yang boleh digunakan oleh pemimpin politik untuk menaikan rating di mata dunia apabila populariti semakin menurun. Tahniah kepada Datuk Seri Wan Azizah yang telah berjaya menjadi YB baru untuk kawasan Kajang mengantikan bekas YB Lee Chin Cheh menewaskan Datin Paduka Chew Mei Fun. Sekarang masa menepati janji yang sudah dimeterai.
[box type=”shadow”]Keputusan Rasmi PRK DUN Kajang
Datuk Seri Wan Azizah (PKR) – 16,741
Datin Paduka Chew Mei Fun (BN) – 11,362
Majoriti – 5,379 – sumber [/box]
Bagi aku ada banyak sebab tidak sepatutnya ada pilihan raya kecil dun Kajang melainkan pemimpin politik menggunakan penyokong setia untuk kepentingan peribadi bukan untuk kepentingan nasional.
1. YB Lee Chin Cheh masih sihat walafiat dan tidak ada pulak kes dengan perempuan simpanan sehingga terpaksa perlu berhenti jadi YB.
2. Prestasi Menteri Besar Selangor sangat cemerlang dengan statistik ekonomi Selangor yang sangat bagus dan berani bertindak kepada pihak yang menggunakan kalimah ALLAH di tempat yang tidak dibenarkan jadi kenapa perlu diganti. Yang paling penting kehebatan MB Khalid Ibrahim berjaya membawa Pakatan Rakyat menyapu hampir semua kerusi DUN Selangor pada PRU ke 13.
3. DUN Kajang adalah kawasan selamat Pakatan Rakyat yang tidak perlu diganti YB nya yang sudah dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi PRU 13 dengan majoriti yang banyak iaitu 6,824. Bukankah seandainya PR menang dengan majoriti yang berkurangan akan memberi gambaran negatif kepada PKR.
Mungkinkah tujuan DS Anwar Ibrahim ingin menjadi calon DUN Kajang ada udang sebalik mee yang sebenarnya bukan bertujuan untuk mengantikan Menteri Besar Khalid Ibrahim. Kalau betul Anwar nak ganti Khalid Ibrahim kenapa tidak dia bertanding di DUN N46 Pelabuhan Klang yang merupakan kawasan Khalid Ibrahim. Mungkinkah PRK DUN Kajang sengaja dicipta kerana Anwar sudah nampak pada tarikh tersebut sebutan rayuan kes Anwar – Saiful. Beliau mungkin sudah menjangka keputusan selepas gagal mengeluarkan Peguam Shafee Abdullah dari pasukan pendawa raya. Kalau betul itu sebabnya memang menjadi strategi tersebut apabila rasa simpati pengundi meningkat kepada Dr Wan Azizah yang mengantikan Anwar Ibrahim setelah keputusan rayuan kes Anwar tidak memihak kepadanya.
Kesan dari PRK DUN Kajang lebih banyak buruk daripada baiknya. Jurang antara orang Melayu semakin jauh dan jauh apabila kedua-dua pihak saling menuduh dan mengutuk tanpa ada batasnya. Kekadang bila baca komen-komen fanatik politik terfikir aku adakah mereka tak takut dengan ALLAH. Dalam suasana negara sedang bersedih dengan kehilangan pesawat MAS penerbangan MH370 yang masih tiada berita terkini tetapi tanpa malu dan segan fanatik politik menggunakan tragedi ini sebagai umpan politik. Di mana letak hati mereka tetapi itulah politik memang tiada hati dan perasaan. Sekarang siapa yang nak tanggung dosa kutuk mengutuk hina mengina yang berlaku ketika PRK DUN Kajang? Apa sebenarnya faedah PRK DUN Kajang kepada rakyat selain terus berpecah.
[box type=”shadow”]Kongsikan doa anda kepada MH370 berulang-ulang kali pun tak pe semuga ALLAH melihat doa kita @ Denaihati.com/mh370 (sedikit sumbangan dari kami Blogger Malaysia). [/box]
Orang ketiga memang menunggu sahaja kehancuran Malaysia dengan mengeluarkan berbagai dakwaan dan tuduhan sehingga kebanyakan dakwaan dan tuduhan sudah meresap dalam hati rakyat. Perpecahan sudah tidak boleh diperbaiki lagi cuma menunggu satu jarum halus untuk dijujuk dalam memecahkan dan menghancurkan kebahagian yang sudah lama kita nikmati di Malaysia. Lihat sahaja seluruh dunia adakah dunai semakin aman dan Malaysia pasti tidak akan terlepas melainkan kita semua bersatu.
47 Comments
Selangor telahpun mendapat MB baru. . Semoga tidak ada sesuatu yang buruk melanda Malaysia. Semoga rakyat Malaysia sentiasa dalam keadaan aman walaupun berbeza fahaman politik. Dan yang pasti politik tetap politik .
kita tengok jer lah permainan dari PKR ni apa yang akan diorang nak lakukan..pikir2 lah hihii 🙂
Curahan rasa adna2029 @ ..Baju Menutup Aurat Di SweetMuslimah
Selangor telahpun mendapat MB baru. . Semoga tidak ada sesuatu yang buruk melanda Malaysia. Semoga rakyat Malaysia sentiasa dalam keadaan aman walaupun berbeza fahaman politik. Dan yang pasti politik tetap politik .
Apa sebenarnya permainan politik dari PRK ini… kini telah terbukti, sememangnya utk menukar MB Selangor. Adakah ianya satu tindakan yg betul atau tidak…hanya PRU14 akan menentukannya apabila semuanya kembali kpd tangan rakyat utk memutuskannya semula…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rate
Comments are closed.