Keputusan Separuh Akhir Piala Dunia 2014

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Perancis melalui jalan sukar untuk layak ke Piala Dunia 2014 tetapi nasib berubah menjadi satu pasukan pilihan setelah menang bergaya peringkat kumpulan dan pusingan kalah mati. German melangkah ke Piala Dunia dengan penuh bergaya dan menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia 2014. German dan Perancis adalah dua pasukan pilihan aku yang terpaksa bertemu diperingkat suku akhir. Apa nak buat salah satu terpaksa keluar seawal ini.

KEPUTUSAN PENUH PIALA DUNIA 2014

Satu sahaja sebab aku sokong German dan Perancis kerana kedua-dua pasukan mempunyai pemain dari Arsenal yang merupakan pemain utama kedua-dua pasukan iaitu Mesut Ozil, Podolski, Per Metersacker, Oliver Giroud dan Koscilleny. Mesut Ozil dan Giroud telah menjaringkan satu gol masing-masing.

keputusan Jerman vs Perancis

Agaknya apa keputusan perlawanan suku akhir Piala Dunia 2014 antara Perancis vs German, Brazil vs Colombia, Argentina vs Belgium dan Holland vs Costa Rica. Mampukah Belgium dan Costa Rica memecah dominasi untuk menjadi upset kepada Piala Dunia 2014. Apa agaknya pasukan pilihan kawan-kawan?

keputusan perancis vs german

Perlawanan suku akhir Perancis vs German memang sengit, tahniah kepada German yang dapat menewaskan Perancis 1 – 0 dan pastikan anda menjadi Juara Piala Dunia 2014. Peluang sudah terbuka besar apabila Neymar di sahkan cedera ketika Brazil menewaskan Colombia 2 – 1 dan Thiago Silva mendapat kad kuning kedua yang menyebabkan digantung satu perlawanan.

Keputusan Suku Akhir Piala Dunia 2014

Keputusan Perancis vs German : 0 – 1
Keputusan Brazil vs Colombia : 2 – 1
Keputusan Argentina vs Belgium : 1 – 0
Keputusan Belanda vs Costa Rica : 0 – 0 (Penalti 4 – 3)

Keputusan Separuh Akhir Piala Dunia 2014

Keputusan Brazil vs German : 1 – 7

Keputusan Argentina vs Belanda : 0 – 0 (Penalti : 4 – 2)

Hasil daripada keputusan penuh perlawan separuh akhir Piala Dunia 2014 pasukan yang akan bertemu final adalah German vs Argentina pada 3.00 am, 13/7/2014. Pasti sengit perlawanan akhir Piala Dunia 2014.

Penjaring Gol Terbanyak Piala Dunia FIFA 2014

6 : James Rodriguez (Colombia)
4 : Neymar (Brazil)
4 : Lional Messi (Argentina)
4 : Thomas Mueller (German)
3 : Arjen Robben (Belanda)
3 : Robin Van Persie (Belanda)
3 : Karim Benzema (Perancis)
3 : Enner Valencia (Ecuador)
3 : Xherdan Shaqiri (Switzerland)
2 : Luis suarez (Uruguay)


Spread the love

119 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!