Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Perancis melalui jalan sukar untuk layak ke Piala Dunia 2014 tetapi nasib berubah menjadi satu pasukan pilihan setelah menang bergaya peringkat kumpulan dan pusingan kalah mati. German melangkah ke Piala Dunia dengan penuh bergaya dan menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia 2014. German dan Perancis adalah dua pasukan pilihan aku yang terpaksa bertemu diperingkat suku akhir. Apa nak buat salah satu terpaksa keluar seawal ini.
KEPUTUSAN PENUH PIALA DUNIA 2014
Satu sahaja sebab aku sokong German dan Perancis kerana kedua-dua pasukan mempunyai pemain dari Arsenal yang merupakan pemain utama kedua-dua pasukan iaitu Mesut Ozil, Podolski, Per Metersacker, Oliver Giroud dan Koscilleny. Mesut Ozil dan Giroud telah menjaringkan satu gol masing-masing.
Agaknya apa keputusan perlawanan suku akhir Piala Dunia 2014 antara Perancis vs German, Brazil vs Colombia, Argentina vs Belgium dan Holland vs Costa Rica. Mampukah Belgium dan Costa Rica memecah dominasi untuk menjadi upset kepada Piala Dunia 2014. Apa agaknya pasukan pilihan kawan-kawan?
Perlawanan suku akhir Perancis vs German memang sengit, tahniah kepada German yang dapat menewaskan Perancis 1 – 0 dan pastikan anda menjadi Juara Piala Dunia 2014. Peluang sudah terbuka besar apabila Neymar di sahkan cedera ketika Brazil menewaskan Colombia 2 – 1 dan Thiago Silva mendapat kad kuning kedua yang menyebabkan digantung satu perlawanan.
Keputusan Suku Akhir Piala Dunia 2014
Keputusan Perancis vs German : 0 – 1
Keputusan Brazil vs Colombia : 2 – 1
Keputusan Argentina vs Belgium : 1 – 0
Keputusan Belanda vs Costa Rica : 0 – 0 (Penalti 4 – 3)
Keputusan Separuh Akhir Piala Dunia 2014
Keputusan Brazil vs German : 1 – 7
Keputusan Argentina vs Belanda : 0 – 0 (Penalti : 4 – 2)
Hasil daripada keputusan penuh perlawan separuh akhir Piala Dunia 2014 pasukan yang akan bertemu final adalah German vs Argentina pada 3.00 am, 13/7/2014. Pasti sengit perlawanan akhir Piala Dunia 2014.
Penjaring Gol Terbanyak Piala Dunia FIFA 2014
6 : James Rodriguez (Colombia)
4 : Neymar (Brazil)
4 : Lional Messi (Argentina)
4 : Thomas Mueller (German)
3 : Arjen Robben (Belanda)
3 : Robin Van Persie (Belanda)
3 : Karim Benzema (Perancis)
3 : Enner Valencia (Ecuador)
3 : Xherdan Shaqiri (Switzerland)
2 : Luis suarez (Uruguay)
119 Comments
saya sokong German
Curahan rasa myrujukan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik
kemenangan yang tidak disangkakan.. kesian nyemar dah sakit..
Curahan rasa hafizi @ ..Ciri-Ciri Laman Web Yang Terbaik
World Cup makin mendebarkan….Brazil vs Jerman dan Belanda vs Argentina….team-team kuat ni….team yang ambli peluang akan menuju ke final….
Curahan rasa asraff @ ..Robot Buaya Tarikan Terbaru di Manila Filipina
bro, sama la kita. den sokong germany sebab ada pemain arsenal.. dengar2 sami kadhera pun wenger nak pancing masuk ^^
Curahan rasa Zuan @ ..Pengalaman Buat Popcorn Dengan Periuk Tekanan
Harap Argentina boleh menjulang trofi World cup tahun ini. ..
Curahan rasa anuar @ ..Program EZ Math di Institut Perakaunan Negara (IPN), Sabak Bernam
Argentina harapkan Messi jer..rantai Messi habis ler semua..hehe..Good Luck Argentina! 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
Sempat la tengok netherlands makan croatia pagi tadi. Good match, sama-sama hebat. Tak tau mana yang boleh menang tahun ni.
Go German … go3x
Nasib France la kena jumpa German kat suku akhir..tapi kira ok la dapat lepas peringkat kalah mati 16 pasukan daripada team Spain yg kecundang peringkat awal lagi..huhu
tahniah argentina….menang dan Berjaya ke separuh akhir
Curahan rasa hafizi @ ..Ciri-Ciri Laman Web Yang Terbaik
Ok. Argentina dah lepas…belanda belum tahu lagi…penalti sekrang….oooooooh
Curahan rasa hafizmd @ ..Keputusan Terkini Belanda vs Costa Rica Suku Akhir Piala Dunia 2014
Saya pilih Germany. Agak-agak sapa ye menang? Hahaha..
Curahan rasa Mr Bukit Besi @ ..Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2014
Germany macam nak juara je…. go go go Germany.
Curahan rasa Denaihati @ ..Doa Munajat Ramadhan
Jangan terlalu konfiden bro DH..German kena lepaskan Semi Final dulu..mana tahu tersangkut di situ..hehe
Sekarang lebih yakin bila 2 pemain utama Brazil dah tak boleh main semi final.
Kita tengok nanti German boleh makan Brazil ke tak? hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
go go go Germany!
Curahan rasa Ahmad Kali Akbar @ ..Tips Meningkatkan Kinerja Hp Android
german maju ke babak perempat final setelah mengalahkan perancis tadi malam
Tetap dengan Belgium.. Huhu 😀
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Scha pun tempah t-shirt dengan Aniq Bukhary?
Comments are closed.