Assalamualikum dan Salam 1Dunia, siapa kata aku tidak menonton bola sepak Malaysia walaupun selalu bercerita kehebatan pasukan Arsenal. Tidak kurang hebatnya menonton bola sepak Malaysia dengan pertarungan setiap perlawanan yang hebat. Lihat sahaja kerancakan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2014 antara Pahang vs Kedah yang berakhir kemenangan kepada Pahang dengan agregat 6 – 3.
Setiap pasukan bola sepak di Malaysia sudah meningkat prestasi sehingga mampu menarik peminat setia memenuhi stadium. Semangat menonton bola sepak Malaysia sudah tiada beza dengan menonton kelab-kelab besar eropah. Sebagai anak Johor sudah pasti pilihan aku adalah pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Lagi pun kawan sekolah aku jadi doktor pasukan JDT.
JDT telah berubah setelah diambil alih kepimpinannya oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ). JDT lebih menarik apabila berani berbelanja besar membawa pemain superstar Malaysia. Alhamdulillah JDT berjaya menewaskan Felda United untuk layak ke final Piala Malaysia menentang Pahang. Kerancakan perlawanan seperuh akhir JDT vs Felda United dicemari beberapa perlakuan pemain JDT yang kurang profesional seperti tindakan Nazrin Nawi walaupun sudah mendahului dengan selesa ke final. Sebagai pemain profesional tidak wajar pemain bertindak mengikut emosi setelah diasak oleh pasukan kalah kerana akhirnya yang rugi adalah pasukan JDT apabila tiga pemain utama tidak dapat beraksi diperlawanan akhir gara-gara menerima kad kuning kedua dan juga kad merah.
Keputusan JDT vs Felda United : 3 – 1 (6 – 5)
Perlawanan final Piala Malaysia 2014 JDT vs Pahang pada 1 November ibarat buku bertemu ruas. Kedua-dua adalah pasukan terbaik di Malaysia dengan barisan pemain yang hebat. JDT atau Pahang mana satu yang bakal menjulang Piala Malaysia 2014. Semuanya akan ditentukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 8.45 pm. Siaran lansung final Piala Malaysia 2014 boleh ditonton di RTM1 dan Astro Arena 801.
Barisan pemain final JDT vs Pahang.
Johor Darul Takzim : Al-Hafiz, Jasuli, Antonio, Shas. Asra, Safiq, Shakir. Amri, Diaz, Norshahrul dan Figueroa.
Pahang : Azhan, Saifu, Stewart, Razman, Shahrizan, Akil, Faizal, Azidan, Gopi, Conti dan Nwakaeme.
Keputusan final Piala Malaysia JDT vs Pahang : 2 – 2 (Penalti : 3 – 5)
413 Comments
Saya sokong JDT, tp harap permainan JDT akan lebih baik, xmau ada isu isu negatif lepas ni
Curahan rasa myrujukan @ ..Mohon Kerja di Petronas Oil And Gas Company
Mereka pasti akan melakukan penambah baikan pada musim akan datang. Nantikan kemunculan mereka…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Pemainan semakin nampak menarik dan penuh ketegangan dengan bentesan yang keras untuk mencari gol kemenangan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Terkini Final Piala Malaysia Pahang vs Johor DT 1 November
2014
Keputusan telah berubah Pahang menyamai kedudukan dengan jaringan 2-2. Tetapi Pahang bermain dengan sepuluh pemain kerana dapat kad merah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Terkini Final Piala Malaysia Pahang vs Johor DT 1 November
2014
Kerancakan perlawanan Piala Malaysia peringkat Akhir masih berjalan, samasama berbalas serangan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Terkini Final Piala Malaysia Pahang vs Johor DT 1 November
2014
Separuh masa kedua bersambung kembali dengan keputusan masih 2-1 berpihak kepada Johor DT.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Terkini Final Piala Malaysia Pahang vs Johor DT 1 November
2014
Perlawanan cukup menarik, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Moga separuh masa kedua lebih menarik lagi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Perlawanan penuh debaran dan dramatik antara kedua-dua pasukan. Ramai peminat kedua-dua pasukan berdebar dengan situasi ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Ayuh Pahang jangan biarkan Harimau Selatan menguasai perlawanan pada malam ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Johor Dari Takzim 2-1 Pahang. Terkini Luciano mencatat satu jaringan melalui penalti pada minit ke-35.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Nampaknya pasukan bintang sudah mendahului satu kosong dalam perlawanan akhir ini
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Pahang dan Johor seri 1-1 terkini. Pahang dijaringkan oleh Dickson dan Johor DT dijaringkan oleh Diaz.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Pasti ada senjata rahsia akan di persembahkan oleh Bojan Hodak dan Zainal Abidin.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Jadual Perlawanan Akhir Johor DT vs Pahang
Malam ni saya sokong Pahang. Harap-harap Pahang menang dengan gol 3-0 malam ni. Bagi lauk JDT. Hehehe
Curahan rasa Ammar @ ..KEPUTUSAN FINAL PIALA MALAYSIA JDT VS PAHANG 1 NOVEMBER 2014
Ammar sokong Pahang. saya pun sokong Pahang jugak. Saya ramal 2-1 pahang mengatasi Johor DT.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Pahang kuat di bahagian serangan, senang nak gobek brnteng pasuksn Johor DT setelsh ketiadaan Aidil.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Saya pilih Pahang menjuarai Piala Malaysia pada malam ini di final.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Jadual Perlawanan Akhir Johor DT vs Pahang
Dan pahang pun muncul juara pada musin ini…tahniah pasukan Pahang…hehe
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Comments are closed.