Assalamualikum dan Salam 1Dunia, siapa kata aku tidak menonton bola sepak Malaysia walaupun selalu bercerita kehebatan pasukan Arsenal. Tidak kurang hebatnya menonton bola sepak Malaysia dengan pertarungan setiap perlawanan yang hebat. Lihat sahaja kerancakan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2014 antara Pahang vs Kedah yang berakhir kemenangan kepada Pahang dengan agregat 6 – 3.
Setiap pasukan bola sepak di Malaysia sudah meningkat prestasi sehingga mampu menarik peminat setia memenuhi stadium. Semangat menonton bola sepak Malaysia sudah tiada beza dengan menonton kelab-kelab besar eropah. Sebagai anak Johor sudah pasti pilihan aku adalah pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Lagi pun kawan sekolah aku jadi doktor pasukan JDT.
JDT telah berubah setelah diambil alih kepimpinannya oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ). JDT lebih menarik apabila berani berbelanja besar membawa pemain superstar Malaysia. Alhamdulillah JDT berjaya menewaskan Felda United untuk layak ke final Piala Malaysia menentang Pahang. Kerancakan perlawanan seperuh akhir JDT vs Felda United dicemari beberapa perlakuan pemain JDT yang kurang profesional seperti tindakan Nazrin Nawi walaupun sudah mendahului dengan selesa ke final. Sebagai pemain profesional tidak wajar pemain bertindak mengikut emosi setelah diasak oleh pasukan kalah kerana akhirnya yang rugi adalah pasukan JDT apabila tiga pemain utama tidak dapat beraksi diperlawanan akhir gara-gara menerima kad kuning kedua dan juga kad merah.
Keputusan JDT vs Felda United : 3 – 1 (6 – 5)
Perlawanan final Piala Malaysia 2014 JDT vs Pahang pada 1 November ibarat buku bertemu ruas. Kedua-dua adalah pasukan terbaik di Malaysia dengan barisan pemain yang hebat. JDT atau Pahang mana satu yang bakal menjulang Piala Malaysia 2014. Semuanya akan ditentukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 8.45 pm. Siaran lansung final Piala Malaysia 2014 boleh ditonton di RTM1 dan Astro Arena 801.
Barisan pemain final JDT vs Pahang.
Johor Darul Takzim : Al-Hafiz, Jasuli, Antonio, Shas. Asra, Safiq, Shakir. Amri, Diaz, Norshahrul dan Figueroa.
Pahang : Azhan, Saifu, Stewart, Razman, Shahrizan, Akil, Faizal, Azidan, Gopi, Conti dan Nwakaeme.
Keputusan final Piala Malaysia JDT vs Pahang : 2 – 2 (Penalti : 3 – 5)
413 Comments
tahniah untuk pasukan Pahang kerana berjaya merangkul Piala Malaysia..ramai penyokong suka dan ada juga yang kecewa..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kenali Dua Etnik Misteri Di Dunia
Memang ramai yang suka dan ramai juga yang berduka. Jika tidak berjaya boleh cuba next season.
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
pak guard skypark mungkin gelak sakan tengok mat yo tak score penalty
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blog Bakal Dikenakan GST?
mungkin prestasi belum pada tahap optimum..biasalah manusia ada masa turun dan naiknya!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kenali Dua Etnik Misteri Di Dunia
Betul tu bro Hero Borneo,sedangkan air laut pun ada pasang surutnya inikan pula manusia biasa.Apapun,saya percaya semua pemain ingin melakukan yang terbaik cuma nasib tidak menyebelahi Mat Yo.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Jeruk Mangga Asam Boi Menjadi Viral
Ya, setuju tu. Tidak semua orang akan kekal bagus. Sebab hidup ini ibarat roda. Kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah.
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
saya dari awal sokong pahang sebab kelantan dah tersingkir. saya gelak je tengok mat yo
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW BUKU – More Than This
mat yo pernah ada sejarah gagal score penalty. pelik knp pengurusan bagi dia tendang
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW BUKU – More Than This
hebat pahang walaupun 10 pemain stil lagi bertahan dan jadi juara
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Perlu Beli iPhone 6
tahniah untuk pasukan pahang dan JDT cuba lagi pada masa akan datang..kepada para penyokong pasukan masing.masing terimalah keputusan dengan tenang..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kenali Dua Etnik Misteri Di Dunia
tahniah pahang sebab menang malaysia cup dua kali berturut2. hogoh!
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW BUKU – More Than This
tahniah negeri Pahang sebab menjuarai Piala Malaysia musim in… adat bertanding,ada kalah ada menang…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
satu kenyataan apabila ada pertandingan..ada kalah dan ada yang menang
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kenali Dua Etnik Misteri Di Dunia
Ya, dan pihak yang kalah tu pun kena berbangga sebab bukan senang sampai ke final tu….
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Pahang layak menjuarai Piala Malaysia untuk tahun 2014 tahun ini, walaupun bermain dengan 10 pemain.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
pahang antara team yg paling konsisten tahun ni. mrk memang layak
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW BUKU – More Than This
Memang mantap persembahan mereka walaupun dengan hanya 10 pemain. Usaha dan semangat mereka tu harus di contohi oleh pasukan lain…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Johor Darul Takzim perlu menyalahkan diri sendiri kerana walaupun JDT bermain dgn 11 pemain sementara Pahang 10 pemain.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Terkini Final Piala Malaysia Pahang vs Johor DT 1 November
2014
mohon JDT cuba lagi tahun depan. tak pun beli semua player pahang
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW BUKU – More Than This
Mungkin nasib tidak menyebelahi mereka pada final kali ni..mungkin musim akan datang mereka akan bangkit…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Tahniah Pahang menjuarai Piala Mslaysia 2014 tahun ini. Dua tahun berturut-turut buat Pahang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Terkini Final Piala Malaysia Pahang vs Johor DT 1 November
2014
Perlawanan dah tamat dalam masa tambahan masa 120 minit. Maka tenangan penalti terpaksa dijalankan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Terkini Final Piala Malaysia Pahang vs Johor DT 1 November
2014
Permainan masuk ke minit 110, namun keputusan masih kekal 2-2. Adakah perlawanan akan ditentukan oleh sepakan penalti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Terkini Final Piala Malaysia Pahang vs Johor DT 1 November
2014
Permainan sekarang ini dalam masa kecederaan kerana penambahan 4 minit masa. Namun keputusan masih 2-2 setelah tamat perlawanan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Terkini Final Piala Malaysia Pahang vs Johor DT 1 November
2014
Sungguh mendebarkan..bakal berlanjutan ke masa tambahn ni…dup dup dup
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Nampak gaya Cikgu pun sokong pasukan Pahang, maybe kerana Pahang wakil pantai timur.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Terkini Final Piala Malaysia Pahang vs Johor DT 1 November
2014
Memang mendebarkan terutamanya time penalti tu…pasti pemain yang menyempurnakan tendangan tu sangat nervous…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Permainan akan ditamatkan dalam masa 5 minit lagi, keputusan masih 2-2. Adakah ada masa tambahan pada final Piala Malaysia kali ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Terkini Final Piala Malaysia Pahang vs Johor DT 1 November
2014
Comments are closed.