Assalamualikum dan Salam 1Dunia, siapa kata aku tidak menonton bola sepak Malaysia walaupun selalu bercerita kehebatan pasukan Arsenal. Tidak kurang hebatnya menonton bola sepak Malaysia dengan pertarungan setiap perlawanan yang hebat. Lihat sahaja kerancakan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2014 antara Pahang vs Kedah yang berakhir kemenangan kepada Pahang dengan agregat 6 – 3.
Setiap pasukan bola sepak di Malaysia sudah meningkat prestasi sehingga mampu menarik peminat setia memenuhi stadium. Semangat menonton bola sepak Malaysia sudah tiada beza dengan menonton kelab-kelab besar eropah. Sebagai anak Johor sudah pasti pilihan aku adalah pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Lagi pun kawan sekolah aku jadi doktor pasukan JDT.
JDT telah berubah setelah diambil alih kepimpinannya oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ). JDT lebih menarik apabila berani berbelanja besar membawa pemain superstar Malaysia. Alhamdulillah JDT berjaya menewaskan Felda United untuk layak ke final Piala Malaysia menentang Pahang. Kerancakan perlawanan seperuh akhir JDT vs Felda United dicemari beberapa perlakuan pemain JDT yang kurang profesional seperti tindakan Nazrin Nawi walaupun sudah mendahului dengan selesa ke final. Sebagai pemain profesional tidak wajar pemain bertindak mengikut emosi setelah diasak oleh pasukan kalah kerana akhirnya yang rugi adalah pasukan JDT apabila tiga pemain utama tidak dapat beraksi diperlawanan akhir gara-gara menerima kad kuning kedua dan juga kad merah.
Keputusan JDT vs Felda United : 3 – 1 (6 – 5)
Perlawanan final Piala Malaysia 2014 JDT vs Pahang pada 1 November ibarat buku bertemu ruas. Kedua-dua adalah pasukan terbaik di Malaysia dengan barisan pemain yang hebat. JDT atau Pahang mana satu yang bakal menjulang Piala Malaysia 2014. Semuanya akan ditentukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 8.45 pm. Siaran lansung final Piala Malaysia 2014 boleh ditonton di RTM1 dan Astro Arena 801.
Barisan pemain final JDT vs Pahang.
Johor Darul Takzim : Al-Hafiz, Jasuli, Antonio, Shas. Asra, Safiq, Shakir. Amri, Diaz, Norshahrul dan Figueroa.
Pahang : Azhan, Saifu, Stewart, Razman, Shahrizan, Akil, Faizal, Azidan, Gopi, Conti dan Nwakaeme.
Keputusan final Piala Malaysia JDT vs Pahang : 2 – 2 (Penalti : 3 – 5)
413 Comments
alhamdulillah pahang menang lagi. insyaallah akan kumpul lebih piala lagi di musim hadapan…amin
Curahan rasa mohd nazrol zainuddin @ ..Kembara Hutan Truckers Brotherhood Forever – part 2 – Hiking ke air terjun pelangi
sekali lagi tumpuan diberikan kepada mat yo. ingatkan dah habis kontroversi dia
Kerana kakimu mat yo, habis bising 1 Malaysia. Ada gembira ada sedih. Saya pun tengok malam tu. Tapi tak larat duk buka mata sebab ngantuk. Ingatkan boleh habis 90 minit je
Curahan rasa ainun @ ..Blogger Buat Duit Online
Kalau tuan.denaihati menyokong JDT, Saya pulak sebaliknya sebab sokongan penuh sy berikan pada Pahang hari tu… alhamdulillah tik gajah menang.. tahniah.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
saya pu menyokong pahang malam tu. memang happy gila tengok pahang kalahkan JDT
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
sekali penjaga gol pahang jadi teror , tergamam guia dan mat yo
Curahan rasa onlajer @ ..Penghawa Dingin Mudah Alih
tahun ni penjaga gol terbaik memang keeper pahang. apek dah turun sikit tahun ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
tak terlambat untuk mengucapkan tahniah PAHANG kerana memenangi piala mala tu
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
Hehhehe.. tak terlambat kot. Tapi kalau ucap kat pahang masa final tahun depan.. mungkin memang dah katagori lambat.. apapun gud job pahang.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
good job pahang ! walaupun saya tak tahu sangat pasal bola tapi teruja
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih
pasukan pahang memang bertuah musim ini..Piala Malaysia memang impian setiap pasukan di Malaysia..memilikinya adalah satu kepuasan bagi mereka
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Blogger Buat Duit Online
Betuk tu.. semua pasukan nak dan berebutkan Piala Malaysia.. tuah Pahang untuk tahun ni..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
sebenarnya piala malaysia tu tak bermakna apa2 kecuali sebagai piala tertua di malaysia. yg penting Liga Super dan piala fa. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
tahun ni memang nasib baik buat pahang. dapat 2 piala liga dan i piala sultan ahmad shah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
sayangnya JDT tak menang malam tu..hampa betul.harap tahun depan milik JDT
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
kadang-kadang sekuat mane team tersebut pun..nasib penentu segalanya..harap next year ada pasukan-pasukan baru yang meningkat naik pulak
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Blogger Buat Duit Online
3jangan sedih sedih kak.. tahun depan ada lagi.. hehehe. Apapun kita sebagai penyokong, bagi sokongan yang terbaik.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
Sebab sokongan penyokong yang bagi semangat pada pasukan.. harap2 lepas ni bola sepak malaysia terus maju..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
JDT masih ada banyak masa sebab mereka ada dana yang bnyak buat pasukan. apa apa boleh berlaku nanti
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Hehehhe.. samalah kita.. saya kalau tengok bola pun bila ada kelantan yang lawan.. baru semangat ada.. kalau tak.. malas nak tengok.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
sama lah. lepas kelantan tersingkir hari tu terus takde mood nak tengok bola
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
main elok elok , rajin rajin nanti boleh cuba masuk world cup , hehe
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih
tahniah pahang . teruskan usaha tingkatkan potensi untuk masa akan dtg
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih
Betul tu.. mana tahu tahun depan ada rezeki boleh menang lagi.. apa pun tingkatkan prestasi kurangkan kontrovesi.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
saya rasa tahun depan JDT akan tingkatkan prestasi. mungkin beli player pahang
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
tahniah pasukan pahang. walaupon kite sokong JDT tapi takpelah. tahun depan boleh cuba lagi kan. hehehe
dedua pon team yang kuat.
Curahan rasa Leyha @ ..Promosi #2 November : Twin Pack Omega Guard Shaklee
tulah leya,walaupun sedih JDT tak menang,tapi takpe,kalah menang tu kan adat pertandingan
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
Tahun depan ada lagi.. jangan risau. Hehehe..
Namanya pun bertanding. Ada yang memang ada yang kalah..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
tak sabar pulak nak tunggu musim depan. nak tengok line up baru setiap pasukan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
tahniah pada pahang kerana telah mempertahankan kejuaraan tahun lalu. tahun depan mungkin giliran TRW pulak. oopss
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Minyak Ikan Terbaik Dunia Untuk Anak Pintar
Hahaha. Betul tu betul.. tapi sayang TRW nampak makin merosot tahun ni. Sedih..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
trw kehilangan ramai player. lebih separuh daripada pasukan berhijrah. termasuk coach sekali. haha
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Pemain johor dan pahang dah bertungkus lumus untuk memenangi piala malaysia.tahniah untuk pahang dan johor.hope tahun depan buat yang lagi baik punya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Majlis Pelancaran Vemma Renew Dan Verve Remix Di Malaysia
memang terbaik la permainan malam tu,dua² pasukan beraksi dengan hebat,cuma bukan tuah JDT nak menang malam tu
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
antara perlawanan terbaik sepanjang musim ni. memang tepat dua2 pasukan tu masuk final
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Iyaaa.. mana ada pasukan tak nak memang kan.. semua dah buat yang terbaik.. kalah nak buat macam mana.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
Semua pemain johor dan pahang dah bermain dengan baik dalam negeri masing-masing.tahniah juga diucapkan oleh negeri pahang yang memenangi piala malaysia ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Majlis Pelancaran Vemma Renew Dan Verve Remix Di Malaysia
pasukan yang bermain lebih baik wajib menang..dan kemenangan itu wajar sekali diraih oleh mereka yang telah bertungkus lumus..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Blogger Buat Duit Online
tahniah pahang..takziah johor…boleh cuba lagi tahun depan..dua2 team main best masa final..
Iyaa.. ada lagi tahun depan.. yang memang kena teruskan semangat dan pertingkatkan lagi preatasi.. yang kalah jangan risau.. insyallah rezeki tahun depan ada lagi.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
Agaknya berapalah bonus diterima oleh pemain-pemain Pahang selepas berjaya tewaskan JDT dalam Piala Malaysia ini ehhh …
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Buat Duit di iLancee.com
kurang-kurang tanah sebidang dua kot ni..hehe tapi memang berbaloi la kan dengan usaha diorang kan
memang berbaloi baloi jadi pemain bolasepak profesional ni kan..gajinya perhh
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takwim dan Kalendar Persekolahan 2015
dengar khabar pasukan Pahang dapat habuan sebanyak 2 juta..sungguh lumayan sebagai pemain bola sepak
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Blogger Buat Duit Online
gaji emain bola ni dah tak macam dulu. sekarang ni kalah bisnes man!
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
wah…kalau tanah sebidang dua,dah boleh bersara lebih awal la nanti
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
pemain bola memang confirm akan bersara awal. tapi untung lah duit berkepok2 dalam bank hihi
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Perghhhh.. memang masyuk lah ni kann… terbaiklah.. tahniah la.. janhan lupa berbagi pada yang tak mampu.. insyaallah berkat rezekinya.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
dengar berita tadi 2 kali ganda berbanding tahun lepas..banyak tu
penyokong je lah sekadar dapat cuti..xde bonus..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takwim dan Kalendar Persekolahan 2015
yelah…tak dapat apa pun,tapi seronok tengok permainan mereka malam tu
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
2 kali ganda?? Banyak tu. Humm boleh buat pergi haji.. pergi melancong.. ubtungnya mereka.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
Mungkin puluhan ribu seorang.. wallahua’lam. Tahniahlah pada mereka kan.. seronok pulak.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
mungkin juga. tapi itu dah dikira sikit kalau nak dibandingkan dengan negara eropah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
tak terkira banyaknye kot. sebab PBNP dah janji ada bonus tambahan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Comments are closed.