Assalamualikum dan Salam 1Dunia, siapa kata aku tidak menonton bola sepak Malaysia walaupun selalu bercerita kehebatan pasukan Arsenal. Tidak kurang hebatnya menonton bola sepak Malaysia dengan pertarungan setiap perlawanan yang hebat. Lihat sahaja kerancakan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2014 antara Pahang vs Kedah yang berakhir kemenangan kepada Pahang dengan agregat 6 – 3.
Setiap pasukan bola sepak di Malaysia sudah meningkat prestasi sehingga mampu menarik peminat setia memenuhi stadium. Semangat menonton bola sepak Malaysia sudah tiada beza dengan menonton kelab-kelab besar eropah. Sebagai anak Johor sudah pasti pilihan aku adalah pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Lagi pun kawan sekolah aku jadi doktor pasukan JDT.
JDT telah berubah setelah diambil alih kepimpinannya oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ). JDT lebih menarik apabila berani berbelanja besar membawa pemain superstar Malaysia. Alhamdulillah JDT berjaya menewaskan Felda United untuk layak ke final Piala Malaysia menentang Pahang. Kerancakan perlawanan seperuh akhir JDT vs Felda United dicemari beberapa perlakuan pemain JDT yang kurang profesional seperti tindakan Nazrin Nawi walaupun sudah mendahului dengan selesa ke final. Sebagai pemain profesional tidak wajar pemain bertindak mengikut emosi setelah diasak oleh pasukan kalah kerana akhirnya yang rugi adalah pasukan JDT apabila tiga pemain utama tidak dapat beraksi diperlawanan akhir gara-gara menerima kad kuning kedua dan juga kad merah.
Keputusan JDT vs Felda United : 3 – 1 (6 – 5)
Perlawanan final Piala Malaysia 2014 JDT vs Pahang pada 1 November ibarat buku bertemu ruas. Kedua-dua adalah pasukan terbaik di Malaysia dengan barisan pemain yang hebat. JDT atau Pahang mana satu yang bakal menjulang Piala Malaysia 2014. Semuanya akan ditentukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 8.45 pm. Siaran lansung final Piala Malaysia 2014 boleh ditonton di RTM1 dan Astro Arena 801.
Barisan pemain final JDT vs Pahang.
Johor Darul Takzim : Al-Hafiz, Jasuli, Antonio, Shas. Asra, Safiq, Shakir. Amri, Diaz, Norshahrul dan Figueroa.
Pahang : Azhan, Saifu, Stewart, Razman, Shahrizan, Akil, Faizal, Azidan, Gopi, Conti dan Nwakaeme.
Keputusan final Piala Malaysia JDT vs Pahang : 2 – 2 (Penalti : 3 – 5)
413 Comments
Tahniah kepada pasukan Pahang. Tahniah juga kepada pasukan Johor. kalah bukan bermaksud gagal. mereka harus berbangga kerana dapat sampai ke final.
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Tahniah kepada team TOK GAJAH! Hogoh Tok Gajah Hogoh.. Kepada team JDT, tahniah juga kerana ke final. Kalah menang adat permainan. Cuba lagi tahun depan.
Curahan rasa Azhar @ ..Choosing The Right Beat Maker Software Program
perlawanan agak menarik malam tadi walaupun dicemari sedikit oleh mercun dan balingan suar
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Memang mencemarkan sedikit perlawanan. Sepatutnya benda seperti mercun tidak boleh dibawa ke dalam stadium.
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
takpe JDT next year boleh cube lagi ye tapi tidak dilupakan tahniah buat Pahang
Curahan rasa hafizi @ ..Percutian Untuk Kanak-Kanak Tadika
sudah pasti JDT akan membeli ramai lagi bintang bintang untuk mendapat lebih piala musim depan
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Tidak apa mungkin tahun ni bukan tahun mereka. Musim akan datang pasti lebih banyak star yang akan mereka bawa masuk.
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Tahniah buat pasukan Pahang kerana menang dalam perlawanan semalam. Hebat betul Pahang!
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
itulah..ketinggalan kemudian bermain 10 orang masing memberi tentangan yang sangat hebat malam semalam
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Tahniah pasukan Pahang. Memang hebat keuda-dua pasukan sehingga membawa mereka ke sepakan penalti.
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Tahniah buat pasukan Pahang , buat JDT boleh tambah usaha lagi pada tahun hadapan , apa-apa pun permainan dan persembahan JDT memang terbaik
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
tapi sayangnya tak mengambil kesempatan sepenuhnya walaupun pihak lawan kurang seorang
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Kedua-dua pasukan telah memberikan persembahan yang terbaik pada final kali ni cuma nasib berpihak kepada pasukan Pahang dalam sepakan penalti.
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Baca tajuk berita hari ni kesian pulak…
‘mat yo menjadi dalang’
Tak agak agak tajuk yang dibuat
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Ya, kesian juga dengan mat yo. Dalam laman sosial pun ramai yang bercakap kurang enak tentang pemain tersebut.
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
seperti yang diduga..
akhirnya, pahang menang lagi.
Yehh..
Yap. Mat Yo tak salah. Keeper pahang je terterrror sikit malam tadi.
Curahan rasa titan @ ..Macam BIASA.
Hebat betul pahang, main 10 orang dan ketinggalan masih boleh melawan dengan begitu hebat sekai
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
hahaha…keeper pahang memang terbaik. Jika slip sedikit pasti keadaan keputusan akan berubah….
Curahan rasa Vander Good @ ..Dream Trip to Macau
Tahniah Pahang. Walaupun suami saya orang Pahang tapi beliau tak excited pun malam tadi. Katanya menang denga panalti macam tak best je.. hihii… Itu pendapat dia lah..
Curahan rasa Nursimatun @ ..Gambar Baby Che Ta Dan Zain Saidin
Ya, betul tu…kepuasan tu kurang jika sesebuah pasukan menang just melalui sepakan penalti…apapun gelaran juara tu yang penting…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Tahniah kepada Pahang yang menang Piala Malaysia. JDT tak kurang hebat sebb ia asalnya sebuah kelab, berjaya dalam piala FA dan masuk final Piala Malaysia kira hebatlah.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Blogger Buat Duit Online
Ya, JDT memang sentiasa mempamerkan persembahan yang bagus tapi mungkin final kali ni nasib tidak menyebelahi mereka…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Dah tahu siapa pemenangnya. Takper jdt, cuba lagi ya tahun depan.
Curahan rasa Norazizah @ ..Blogger buat duit online
Menang kalah adat permainan..kalau kalah bangkit lagi untuk menang di kemudian hari
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Pasti tahun depan mereka akan buat persiapan yang lebih rapi untuk merampas balik piala Malaysia ke tangan mereka….
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Pahang menjadi terbaik kerana berjaya merangkul Piala Malayia..tahniah dan syabas!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kenali Dua Etnik Misteri Di Dunia
Hoho … dapat cuti peristiwa sehari. Memang layak pun dapat cuti tu sbb pasukan Pahang ada sokongan kuat rakyat dan peminat.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Blogger Buat Duit Online
tengok bos besar FAM tu dari mana..hehe
mau tak cuti bila Pahang menang
Curahan rasa cikgu naman @ ..Download Teks Ucapan Bajet 2015
Wah, bestnya dapat cuti sehari…yalah, presiden kelabnya tu orang kuat negeri pahang…apapun, tahniah pahang. Keep the good work…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
haa…yang ni pun sama jugak..komen double..adakah blog denaihati tengah slow?
tengok anak buka youtube ok je
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
nampaknya Mat Yo hlang keyakinan, akibat selalu memanaskan bangku simpanan
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
mat yo nampaknya hilang keyakinan, mungkin akibat daripada selalu duduk di bangku simpanan sahaja
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Mungkin aksinya kali ni kurang menyengat atas sebab itu…tapi, Mat Yo tetap hebat terutamanya ketika zaman awalnya…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Sekali lagi,tahniah buat pasukan Tok Gajah.Nik bukanlah peminat tegar sukan bolasepak tapi sentiasa menyokong pasukan-pasukan bolasepak tanahair.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Jeruk Mangga Asam Boi Menjadi Viral
itulah yang sepatutnya..sokong bola sepak tempatan, walaupun jauh beza kualitinya dengan bola sepak luar seperti EPL dan sebagainya
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Ya, jika bukan kita yang menyokong, siapa lagi kan….apapun, perkembangan bola sepak di negara ini memang sangat berkembang baik dan rancak…hehe…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Comments are closed.