Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “cara perkenal blog baru kepada dunia“. Kali ini Abang nak berkongi ilmu berapa patah perkataan entri blog yang Google suka.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Dulu blogger US menulis 300 – 400 perkataan tapi kini mereka menulis 2000 – 3000 perkataan. Google lebih suka entri yang panjang daripada yang pendek. Budaya ini akan merebak ke Malaysia. Siapa yang mula dulu dia akan berjaya – kata Dr Wan Yusof Wan Jeffery.
Ini antara ilmu penting yang dikongsikan oleh blogger pakar SEO dan Content Marketing, Dr Wan Yusof ketika menjadi panel Sepetang Bersama Blogger 2017. Masa yang singkat tetapi pengisian sangat penting untuk mengubah kita menjadi blogger berbeza dan pasti boleh menjana pendapatan yang sangat besar. Semua itu perlukan pengorbanan tidak akan datang bergolek begitu sahaja.
Jadi yang pertama berubah
Sekarang mengiklanan di sosial media seperti FB ads, Google adwords dan IG ads sudah menjadi biasa kepada semua. Awal permulaan ianya sangat pelik kepada industri. Mereka yang pertama mula dahulu buat FB ads, Google adwords dan IG ads secara betul, sekarang mereka sangat berjaya.
Begitu juga dalam bisnis, pelaburan hartanah, pelaburan saham, emas, bitcoin dan lain-lain peluang, siapa yang berani mula dahulu dengan betul pasti akan meraih pulangan berganda sekarang. Yang kecut hati terus mencari alasan memiskinkan diri sendiri.
Sekarang peluang terbuka kepada blogger untuk memulakan budaya menulis lebih daripada 300 patah perkataan kepada 500 kemudian 1000 dan maksima 2000 – 3000 patah perkataan untuk setiap entri blog. Kepada blogger yang berani mencabar diri pasti akan meraih hasil yang lumayan.
Kenapa nak tulis 1000 patah perkataan
Kenapa perlu tulis entri dengan patah perkataan yang banyak? Sebab Dr Wan Yusof kata Google lebih suka kepada entri yang panjang seperti tulisan beliau bertajuk “Berapakah patah perkataan yang disukai oleh Google“. Kebanyakan entri yang mempunyai patah perkataan yang pendek berkedudukan ranking terkebelakang di Google.
Menyahut cabaran untuk menulis blogger perlu bermula 500 – 1000 patah perkataan dan berubah berperingkat kepada 1000 – 2000 patah perkataan sebelum maksima kepada 3000 patah perkataan. Perubahan perlukan latihan yang istiqomah tanpa jemu untuk hasil yang berbaloi.
Persoalan yang biasa, adakah pembaca sudi nak membaca entri yang panjang sehingga 3000 patah perkataan. Mungkin pembaca biasa kurang berminat tetapi pembaca setia pasti setia membaca walaupun berapa panjang dan lebih penting kepada pembaca organik yang datang kerana mencari informasi yang memang mereka cari jadi berapa ribu patah perkataan tidak menjadi masalah kepada mereka. Pastikan setiap entri yang kita tulis berkualiti dan padat dengan fakta-fakta semasa yang betul untuk rujukkan pembaca.
Pakar menulis bakal jadi jutawan
Menulis sehingga 3000 patah perkataan memang memerlukan kepakaran yang boleh dilatih. Teringat nasihat Dato Roslan Hamid katanya dalam era ekonomi digital sesiapa yang ada kepakaran menulis bakal menjadi jutawan. Jadi tidak mustahil kita pun boleh.
Kepakaran menulis yang kita asah bakat, bakal membuka peluang untuk kita menulis review produk yang berkualiti dan mahal sebagai salah satu sumber menjana pendapatan dari blog. Trend pemasaran memang sudah berubah lebih fokus kepada penulisan yang boleh menyentuh hati pengguna. Blogger adalah penulis dan peluang ini untuk kita jika berani rebut.
Adakah rakan blogger bersedia untuk menjadi antara blogger terawal menulis entri sehingga 3000 patah perkataan?
Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
78 Comments
bukan senang nak tulis sampai 3000 words. apatah lagi bagi blogger baru
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hero Seorang Cinderella di Astro Ria
Dulu, sewaktu awal mula menulis blog, saya suka menulis entri 1000 patah perkataan. Cuma sekarang, masa menulis semakin kurang, dapat 300 patah perkataan pun rasa syok dah.
Tapi bila baca entri ni, rasa berkobar-kobar pula nak menulis panjang-panjang macam tu. 🙂
Curahan rasa Mrejoy @ ..4 Sebab Kenapa diberikan nama Masjidil haram.
Kalau ada artikel blog saya yang dapat carian eksklusif, biasanya saya akan edit supaya jadi lebih panjang.
Ada yang kurang dari 200 perkataan, tapi dapat hits untuk carian bermusim.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Sebarkan Info Ini Untuk Dapat Komisyen
saya dah mencuba penulisan artikel 2000 patah perkataan..
80 peratus adalah salin dan tampal dengan kredit penulisan asal..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Lelaki Berduit Versus Lelaki Kacak
Saya baru bisa bikin tulisan sampai 500 – 750 kata belum bisa sampai 1000 ke atas. Gimana agar bisa banyak ide untuk menulis ? Terima kasih untuk informasinya.
Curahan rasa ade sunandar @ ..Tasly Margarita Plus Capsule Tasly
banyak menulis dan membaca..
buat latihan selalu dan lama-lama jadi biasa untuk menulis panjang ..
betul tak..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Lelaki Berduit Versus Lelaki Kacak
satu cabaran jugak menulis sehingga 3000 patah perkataan. Cuma penulisan kena attractive untuk menarik orang lain menghabiskan entri 3000 patah perkataan tu..
Curahan rasa Suria lekatlekit @ ..PETUA TIDAK LAPAR & DAHAGA SEHINGGA WAKTU BERBUKA PUASA, SALAH SATU ELAK MAKAN TELUR ASIN
penulisan yang panjang sangat bergantung kepada topik juga..
kalau topik yang serius dan berinformasi..1000 patah perkataan tak cukup..
kalau tulisan santai dan hiburan 150 patah pun ok..dari SEO tak tahu bertahan lama atau tidak
Curahan rasa mrhanafi @ ..SGshop RM1000 FREE Shopping Credit Giveaway
bagi aku tu bukan satu benda wajib.
Yang penting, mesti menarik untuk capai tujuan kita.
Kalau panjang atau pendek, tapi mengarut. Takde info bagus, takde kepentingan, takde bantu dapat duit, takde bantu dapat sales atau leads,
So, its useless articles even ada 3000 patah perkataan sekalipun.
Lagi ngeri, tak masuk ke 1-3 page kat search engine.
1000 atau 3000 patah perkataan untuk SEO, bukan satu janji yang artikel kita boleh ramai orang jumpa kat search engine. SEO ni rangkuman pelbagai aspek. Majoriti aspek kena, baru trafik meletup.
So, buat artikel menarik.
MEnarik means, artikel padu, nak viral pun senang, tak viral kat facebook atau social media, tapi senang orang jumpa kat search engine.
Itu lebih penting.
Bukan sekadar memenuhi satu sahaja keperluan SEO.
3 ribu sangat mengarut bagi aku untuk blogger baru.
Blogger lama, blogger teknikal, blogger bijak, itu normal.
Curahan rasa titan @ ..Melancong Jadi Lebih Mudah dengan Traveloka.
Panjang kalau tak ada isi pun pun tak guna juga kan
Sama sama kita beri manfaat pada pembaca
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Betul ke Pakai Krim Siang Malam Bagus Untuk Kulit Cantik?
setuju.. panjang sangat tapi kalau meleret leret, mcm pointless. rakyat malaysia ni dah la malas membaca. hmmm
Curahan rasa nikkhazami @ ..Minyak Kelapa Dara Terbaik – D’Fera
Letih juga nak perah kepala tulis sampai 3000 perkataan. 1000 perkataan pun masih tak terbuat sebab takut meleret dan mengulang benda yang sama. Kena banyakkan membaca nak tulis panjang panjang ni.
Curahan rasa rahimah majid @ ..Aksesori Percutian Musim Sejuk Penting Atau Boleh Di Lupakan
Sebenarnya boleh jer kalau nak tulis 1000 atau 3000 patah perkataan.. yang penting perlukan latihan..
Curahan rasa anuar @ ..Bisnes Paling Sesuai Untuk Orang Yang Kreatif
Kena menulis cara buat karangan dalam kertas bahasa Melayu SPM..
Curahan rasa anuar @ ..Bisnes Paling Sesuai Untuk Orang Yang Kreatif
Pertama sekali, kena senaraikan isi bergantung kepada tajuk artikel yang ingin kita tulis..
Curahan rasa anuar @ ..Bisnes Paling Sesuai Untuk Orang Yang Kreatif
Contohnya kita ada 10 isi.. satu isi satu perenggan.. bermaksud kita sudah ada 10 perenggan..
Curahan rasa anuar @ ..Bisnes Paling Sesuai Untuk Orang Yang Kreatif
Campur dengan perenggan pengenalan dan perenggan kesimpulan.. kita sudah ada 12 perenggan..
Curahan rasa anuar @ ..Bisnes Paling Sesuai Untuk Orang Yang Kreatif
Setiap isi perlu disertakan dengan huraian, gambarajah dan contoh.. olah ayat sehingga boleh dapat 100 patah perkataan untuk setiap perenggan..
Curahan rasa anuar @ ..Bisnes Paling Sesuai Untuk Orang Yang Kreatif
Dekat sini kita dah boleh dapat 1000 patah perkataan.. itu belum masuk lagi bilangan patah perkataan dalam pengenalan dan kesimpulan..
Curahan rasa anuar @ ..Bisnes Paling Sesuai Untuk Orang Yang Kreatif
Hihi .. betul tu kak Rahimah. Bunyi mcm senang. Tapi isi nak mantop yg susah. Xmo meleret, buang masa pembaca hanya sbb nk kejar jumlah perkataan. Adohaila Google ni …
Curahan rasa Suri @ ..Kurung Moden Raya 2017
Alhamdullilah dapat menyiapkan entri lebih dari 1000 patah perkataan. Semoga lepas ini dapat menarik pembaca untuk terus membaca.
Curahan rasa cikpinz @ ..Misi Al Quran Braille – Kembara 3000km Bermula
Tahniah tuan!
Bukan mudah nak menulis entri yang mengandungi lebih 1000 patah perkataan..
Curahan rasa anuar @ ..Bisnes Paling Sesuai Untuk Orang Yang Kreatif
Bila tuan berjaya melakukannya.. ini menunjukkan tak mustahil sesiapa sahaja boleh melakukannya
Curahan rasa anuar @ ..Bisnes Paling Sesuai Untuk Orang Yang Kreatif
Memang mencabar nak menulis sehongga 3000 patah perkataan.. biasanya saya tulis antara 500 hingga 1000 patah perkataan pun orang dah kata panjang..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Guru dan Rezeki Hari Guru 2017
Inikan pula nak tulis hingga 3,000 patah perkataan.. ada kemungkinan orang baca tajuk dan sub tajuk shj..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
kalau tulisan panjang dan bermanfaat maka pembaca akan suka kerana memenuhi perasaan ingin tahu…
saya pun terfikir..
adakah orang yang mahu membaca artikel yang panjang-panjang..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Orang Kaya Kota Samarahan Sarawak
Persoalan yang sana juga bermain di minda saya..
Tapi kalau artikel yang kita tulis mengandungi contest yang berkualiti, tak mustahil ada orang sanggup baca..
Curahan rasa anuar @ ..Selamat Hari Guru dan Rezeki Hari Guru 2017
In Shaa Allah, boleh dilakukan. Cuma kena rajinkan membaca untuk tambah info. Nanti bila dah ada banyak info nak dikongsikan, maka secara automatik akan jadi panjang jugak lah entri blog
Curahan rasa sabree hussin @ ..Majlis Pra Pelancaran Samsung Galaxy S8 oleh SENHENG Malaysia
Betul tu… setuju!!
Melalui pembacaan, In Shaa Allah, minda kita akan cepat berkembang… dan idea akan datang mencurah-curah untuk menulis artikel yang berkuLiti..
Curahan rasa anuar @ ..Bisnes Paling Sesuai Untuk Orang Yang Kreatif
waktu lalu katanya 1000 kata,, kok kini jadi 3000 ya?? sedihnya sudah lelah nulis panjang tapi nggak ter baca,,
Curahan rasa Ananda @ ..12 Hal Penting Ini Dapat Membuat Hubungan Jarak Jauh Lebih Tahan Lama
Sebenarnya lagi panjang artikel lagi google suka.. sebab pembaca akan mengambil masa yang lama untuk membaca artikel kita..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Setuju, penulisan perlukan latihan untuk menjadi pakar. Bergantung topik apa yang diutarakan, ilmiah ataupun santai. Ada pembaca yang memang akan baca bila berminat walaupun panjang. Bergantung kepada kebijakan penulis untuk menarik perhatian pembaca. Namun ada juga yang hanya suka tips santai dan ringkas sahaja.
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..Website Cop Baju Printing Mesra Pengguna Mobile
Ya.. untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang agak memakan masa.. melainkan penulis artikel sememangnya seorang yang pakar dalam bidang tersebut..
Curahan rasa anuar @ ..Bisnes Paling Sesuai Untuk Orang Yang Kreatif
nak tulis panjang, tapi nanti tak ada yg sudi baca dan terus klik pangkah..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Minyak Kelapa Dara Terbaik – D’Fera
Saya pun baru je terfikir macam nie. :p Tapi kalau maklumat tu berkualiti dan bermanfaat, ditambah dengan gaya penulisan yang menarik, tak mustahil juga ada yang sudi membaca. Hehe.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Muda-muda Dah Osteopenia? Cegah Osteoporosis (Tulang Rapuh) Sebelum Terlambat!
betul.. tapi itulah, majoriti rakyat malaysia ni malas membaca… baca sikit, scroll, tengok gambar dan terus pangkah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hero Seorang Cinderella di Astro Ria
Rasanya kena banyak bermain dengan kreativiti semasa menulis.. kena diselangi dengan gambar2 yang berkaitan dengan info yang kita tulis..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Barulah pembaca tak rasa bosan.. dan sanggup membaca artikel yang kita tulis sehingga selesai..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Betul.. Takut begitu, namun bila kena pada audiennya, mereka akan baca sampai habis.. Cuma letih ler nak perah otak..
Curahan rasa Nor hazmira @ ..Sebab Vitalea Shaklee Dalam dalam senarai Top Ten
Comments are closed.