Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
bermula harini dan esok, kempen #YOUCANDUIT sedang berjalan dengan pelbagai aktiviti. Ini merupakan program yang ketiga diadakan pada tahun ini untuk memberikan pendedahan kepada semua rakyat berbilang bangsa. Aktiviti-aktiviti yang akan memberikan pendedahan mengenai ekonomi digital dan penjanaan pendapatan menggunakan platform Digital.
Anda boleh hadirkan diri ke Stadium Hang Jebat, Melaka untuk menyertai program 2 hari ini. Terdapat juga pelbagai aktiviti sempena hari Belia yang turut diadakan di lokasi yang sama.
Kejayaan anak muda di negeri Melaka
Harini, kami berkesempatan untuk bertemu beberapa peserta program #eUsahawan yang telah melalui program latihan sejak tahun 2016 lagi. Alhamdulillah, mereka ini telah berjaya meningkatkan jualan mereka menggunakan platform digital. Jika sebelum ini mereka hanya fokus kepada pemasaran luar talian, melalui program eUsahawan mereka menambah kaedah mereka memasarkan produk mereka.
Nurul Ashikin – Usahawanita Kuih Kapit Crunchy
Anak muda bernama Nurul Ashikin ini mengusahakan perniagaan Kuih Kapit Crunchy yang membolehkan kita menikmati kuih kapit dengan perisa coklat dan kacang. Beliau sebelum ini menggunakan medium pemasaran luar talian sahaja. Alhamdulillah walaupun hanya menggunakan pemasaran luar talian, jualannya boleh mencecah RM3,000 sebulan.
Sejak menyertai kelas latihan pemasaran online melalui program #eUsahawan, Ashikin atau lebih digemari untuk dipanggil Ikin telah berjaya mengembangkan perniagaannya 3 kali ganda daripada sebelum ini. Jika sebelum ini, beliau hanya menguruskan perniagaan sendiri, kini beliau telah mempunyai agen yang membantu memasar dan mengedarkan produk beliau.
Menjelang bulan ramadan yang bakal kunjung tiba, Ikin telah menerima tempahan lebih 1000 balang untuk kuih kapitnya yang enak. Buat sementara waktu, tempahan terpaksa ditutup untuk membolehkan beliau dan tim operasi menyiapkan semua tempahan.
Syazlin Mansor – Usahawanita Produk Kosmetik
Anak muda kedua yang berkongsi pengalaman dan cerita beliau bagaimana sebeum ini beliau hanya memasarkan produk orang lain dan berjaya menjana pendapatan sekitar RM10,000 sebulan. Beliau telahpun menggunakan platform digital untuk memasarkan produk beliau sebelum menyertai program eUsahawan.
Namun ternyata, apabila beliau menyertai program dan latihan yang disediakan oleh pihak MDEC, perniagaan beliau berkembang maju. Hari ini, beliau telah mempunyai produk dengan jenama beliau sendiri, dan setakat hari ini, jualan purata sebulan produk beliau adalah lebih RM40,000.
Produk beliau juga telah dipasarkan ke negara seperti Brunei, Indonesia dan Singapura, selain pasaran dalam Malaysia. Mempunyai lebih 100 agen yang aktif, Syazlin merancang untuk meluaskan lagi pasaran produk beliau.
Kisah kejayaan yang memberi motivasi 
Semua kisah-kisah kejayaan ini memberikan kita semangat, bahawa kejayaan bukanlah terhad kepada yang berada di kota semata. Lokasi bukan penghalang apabila kita boleh menggunakan platform digital untuk membuat pemasaran.
Komitmen yang diberikan oleh pihak MDEC untuk meneruskan kempen #YOUCANDUIT yang telah masuk tahun ketiga ini, sangat memberikan manfaat kepada begitu ramai rakyat berbilang bangsa. Kempen #YOUCANDUIT ini juga tidak akan dapat dilaksanakan jika tidak mendapat sokongan secara langsung daripada Perdana Menterti kita, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
Tahniah diucapkan kepada penganjur dan para peserta yang mengambil tindakan selepas menjalani program latihan yang telah diadakan.
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- Bermula Usahawan mikro sehingga membuka 2 cawangan selepas menghadiri program eUsahawan MDEC
- Pengalaman menyertai program latihan eUsahawan anjuran MDEC
- Mirza Jana Pendapatan US Dollar dengan Alih Bahasa
- Karnival #YouCanDuit di Sabah Trade Centre
50 Comments
terima kasih udah di share artikel nya sangat lah menarik like ,salam indonesia
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Nice and informative website. I am often visiting your website. We too traveled from chennai to shirdi tour by http://chennaitoshirdi.in
Zaman sekarang dah berubah, memang nampak perubahannya apabila medium yang digunakan mengikut arus yang lanjut. Medium teknologi dan internet lebih dekat dengan orang muda, maka tidak harian masa depan usahawan bakal di dominasi oleh golongan muda pada sikit masa lagi.
Curahan rasa Hadi @ ..Pakej Honeymoon Langkawi: [Pekan Kuah]
Orang tua boleh mencontohi orang mudah jika nak ilmu yang baru untuk bisnes mereka.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41
Setiap hari akan ada orang muda berjaya yang bakal dilahirkan untuk menjadi jutawan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bisnes Produk Digital Ebook Dan Video
Betul tu.. saya setuju.. dengan bantuan mentor yang berpengalaman dalam perniagaan online segalanya menjadi semakin mudah..
Curahan rasa anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Walaupun tiada jalan short cut untuk berjaya.. tapi saya yakin mentor-mentor dah sediakan jalan short cut berbanding apa yang telah mereka lalui sebelum ini..
Curahan rasa anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
dengan banyak kursus dan program ilm yang dianjurkan segalanya tak mustahil
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Andainya Takdir di Tv3
Banyak kursus mampu bayar sekarang, bermula dengan RM0 sampailah RM50,000 pun ada, pilih yang mampu dengan bajet masing masing.
Curahan rasa Ikhwan @ ..9 Cara Dapatkan Deposit Rumah
Seronoknya tengok orang lain berjaya. Harap-harap sampai la plak turn saya nanti. Amin…
Curahan rasa Qiya Saad @ ..EXA Global SetiaWalk Outpost – Let’s Explore into the Dimension 12 of Hyper-Reality Entertainment!
Semua orang ada hak untuk berjaya, puan juga akan berjaya suatu hari nanti, kena gandakan usaha supaya berjaya dengan cepat 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beli Rumah Atau Kereta Dahulu
Seronok tengok anak muda dah mula berniaga. Meriah rasanya dunia perniagaan sekarang ni. Lebih banyak pilihan yang ada. Semoga kita sentiasa di laluan yang betul. Berniaga demi nak bantu orang dan kerana Allah SWT semestinya!
Curahan rasa Faezah @ ..Mengapa Shaklee Patut Menjadi Perniagaan Pilihan Anda?
Jika anak muda boleh, kita yang tidak berapa muda ini pun mampu melakukannya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Berniaga Dengan Modal RM100 Ribu
Alhamdulillah,
tak rugi kalau pergi kelas anjuran mdec.. banyak manfaat yang diperolehi. Dan kita dapat teknik yang betul dalam pasaran online
MDEC sentiasa ada program program yang membantu masyarakat untuk menjana pendapatan sebagai usahawan, sama ada sepenuh masa atau sambilan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Rahsia Pemasaran Emel Dan Blog
Usaha tangga kejayaan…
Selagi mampu , kita terus berusaha untuk mencapai matlamat terutamanya di dalam bidang perniagaan yang banyak dugaan dan cabarannya . Apa yang penting hati perlu kering dan kental..In Shaa Allah kejayaan akan menyusl kemudian
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Selamat Menyambut Ramadan 2017 1438 Hijrah
Betul, usaha sampai berjaya, belum terlambat lagi untuk bersaing dan berlumba secara sihat dengan orang muda.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Soalan Temuduga Pegawai Arkib
mereka adalah insan yang bertuah dan boleh befrjaya dengan cukup hebat sekali..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Minyak Wangi Paling Wangi Siapa Punya
Kita juga boleh pilih untuk jadi insan bertuah seperti mereka, hanya perlu tiru dan lakukan seperti yang mereka usahakan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Daftarkan Uber Driver Dapat Komisyen
Semua boleh berjaya tidak kira muda atau tua. Yang penting kita berusaha kearah kejayaan sejak dari zaman muda lagi
Curahan rasa SAPS Ibu Bapa @ ..SAPS Ibu Bapa 2017 Semak Keputusan Peperiksaan
lagi muda lagi bagus…
lebih masa untuk nikmati kehidupan ini..
betul kan.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Minyak Wangi Paling Wangi Siapa Punya
Bila yang muda berjaya di awal usia, mereka boleh manfaatkan masa depan dengan mengajar orang lain untuk berjaya seperti mereka.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Niche Sulit
Tidak mustahil..kena dengan cara dan produk dgn dibantu online marketing, order dr luar negara pun kita boleh perolehi.. Chaiyok chaiyok
Curahan rasa Nor hazmira @ ..Sebab Vitalea Shaklee Dalam dalam senarai Top Ten
kalau dapat order dari negara luar tu la yang paling bagus…
dapat pertukaran wang dari luar..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Minyak Wangi Paling Wangi Siapa Punya
Kalau pasaran luar negara lebih lumayan, maklumlah USD pun tinggi jika ditukar kepada RM.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Niche Sulit
wah hebat sekali masih muda sudah bisa sukses, Gimana tipsnya ? saya juga tertarik ingin seperti mereka sukses di usia muda
Curahan rasa ade sunandar @ ..Agen Danshen plus icp capsule serang
tip orang berjaya..
berkerja keras,sungguh-sungguh dan tiada kenal putus asa
Curahan rasa mrhanafi @ ..Minyak Wangi Paling Wangi Siapa Punya
Comments are closed.