Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “cara perkenal blog baru kepada dunia“. Kali ini Abang nak berkongi ilmu berapa patah perkataan entri blog yang Google suka.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Dulu blogger US menulis 300 – 400 perkataan tapi kini mereka menulis 2000 – 3000 perkataan. Google lebih suka entri yang panjang daripada yang pendek. Budaya ini akan merebak ke Malaysia. Siapa yang mula dulu dia akan berjaya – kata Dr Wan Yusof Wan Jeffery.
Ini antara ilmu penting yang dikongsikan oleh blogger pakar SEO dan Content Marketing, Dr Wan Yusof ketika menjadi panel Sepetang Bersama Blogger 2017. Masa yang singkat tetapi pengisian sangat penting untuk mengubah kita menjadi blogger berbeza dan pasti boleh menjana pendapatan yang sangat besar. Semua itu perlukan pengorbanan tidak akan datang bergolek begitu sahaja.
Jadi yang pertama berubah
Sekarang mengiklanan di sosial media seperti FB ads, Google adwords dan IG ads sudah menjadi biasa kepada semua. Awal permulaan ianya sangat pelik kepada industri. Mereka yang pertama mula dahulu buat FB ads, Google adwords dan IG ads secara betul, sekarang mereka sangat berjaya.
Begitu juga dalam bisnis, pelaburan hartanah, pelaburan saham, emas, bitcoin dan lain-lain peluang, siapa yang berani mula dahulu dengan betul pasti akan meraih pulangan berganda sekarang. Yang kecut hati terus mencari alasan memiskinkan diri sendiri.
Sekarang peluang terbuka kepada blogger untuk memulakan budaya menulis lebih daripada 300 patah perkataan kepada 500 kemudian 1000 dan maksima 2000 – 3000 patah perkataan untuk setiap entri blog. Kepada blogger yang berani mencabar diri pasti akan meraih hasil yang lumayan.
Kenapa nak tulis 1000 patah perkataan
Kenapa perlu tulis entri dengan patah perkataan yang banyak? Sebab Dr Wan Yusof kata Google lebih suka kepada entri yang panjang seperti tulisan beliau bertajuk “Berapakah patah perkataan yang disukai oleh Google“. Kebanyakan entri yang mempunyai patah perkataan yang pendek berkedudukan ranking terkebelakang di Google.
Menyahut cabaran untuk menulis blogger perlu bermula 500 – 1000 patah perkataan dan berubah berperingkat kepada 1000 – 2000 patah perkataan sebelum maksima kepada 3000 patah perkataan. Perubahan perlukan latihan yang istiqomah tanpa jemu untuk hasil yang berbaloi.
Persoalan yang biasa, adakah pembaca sudi nak membaca entri yang panjang sehingga 3000 patah perkataan. Mungkin pembaca biasa kurang berminat tetapi pembaca setia pasti setia membaca walaupun berapa panjang dan lebih penting kepada pembaca organik yang datang kerana mencari informasi yang memang mereka cari jadi berapa ribu patah perkataan tidak menjadi masalah kepada mereka. Pastikan setiap entri yang kita tulis berkualiti dan padat dengan fakta-fakta semasa yang betul untuk rujukkan pembaca.
Pakar menulis bakal jadi jutawan
Menulis sehingga 3000 patah perkataan memang memerlukan kepakaran yang boleh dilatih. Teringat nasihat Dato Roslan Hamid katanya dalam era ekonomi digital sesiapa yang ada kepakaran menulis bakal menjadi jutawan. Jadi tidak mustahil kita pun boleh.
Kepakaran menulis yang kita asah bakat, bakal membuka peluang untuk kita menulis review produk yang berkualiti dan mahal sebagai salah satu sumber menjana pendapatan dari blog. Trend pemasaran memang sudah berubah lebih fokus kepada penulisan yang boleh menyentuh hati pengguna. Blogger adalah penulis dan peluang ini untuk kita jika berani rebut.
Adakah rakan blogger bersedia untuk menjadi antara blogger terawal menulis entri sehingga 3000 patah perkataan?
Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
78 Comments
Sejak saya membaca perkongsian Dr Wan Yusof di blog beliau… Keinginan untuk menulis 1000 patah perkataan semakin membuak-buak… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Cuma kadang menjadi kadang tidak… Ikut kepada kesesuaian masa semasa menulis sesuatu artikel….
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Huhuhu… banyaknya patah perkataan sampai ke 3000.
Boleh tu boleh tapi kena ambil masa yang lama la kot baru berjaya publish hahaha….
Kena derhaka kepada WW ler… jawabnya
Curahan rasa Mrs. A @ ..Perkongsian: Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan
Kalau 3 ribu patah perkataan, dah boleh buat ebook atau laporan percuma untuk dihadiahkan pada pembaca.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Niche Sulit
betul tu… Lebih baik convert terus artikel tersebut menjadi sebuah ebook… Boleh terus dijual… hehehe
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
alaah. DT tak suka menulis memanjang ni.
kalau masuk SPM, boleh terpesong dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
he he he
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Tiada Lagi Blogger Zorro
Nak menulis kadang tak ada idea, tapi bila dah tulis idea datang mencurah curah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Daftarkan Uber Driver Dapat Komisyen
Itu memang lumrah dalam kehidupan seorang penulis blog…. Bila nak mula menulis rasa macam malas-malas jer… Tapi, bila dah start menuli… Mulalah naik syekh… hehehe
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Penulisan saya masih 300-500 patah perkataan. Saya mahu mula menulis 500-700 perkataan. Insyaallah
Tidak mustahil untuk menulis secara panjang, asalkan ada kesungguhan dalam penulisan 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Strategi Tingkatkan Jualan Lepas Raya
Takper… Slow-slow puan… Baguslah tu dah ada peningkatan… Lepas ni boleh cuma daripada 700 ke 1000 patah perkataan pula..
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Banyak tuuuu. Kering idea dulu. Tapi takpe insyallah akan slow slow baiki. Hehe
Curahan rasa Ainun Kalisah @ ..Cara Suruh Suami Berhenti Merokok Tanpa Perlu Gunakan Suara
Kering tu sekejap je, bila dah mula menulis adakalanya dah tak boleh berhenti 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Nampak Terdesak Nak Menjual
Saya masih berusaha untuk capai 1,000 patah perkataan, tapi baru sampai 500 pun sudah kekeringan idea.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Saham IPO
Takper tuan Ikhwan Fahmi… kayuh slow-slow… Tuan Ikhwan Fahmi dah biasa tulis ebook… Tentu tak ada msalah nak tulis artikel 1000 patah perkataan..
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Saya pun sekarang tulis satu entry mesti lebih 500 patah perkataan. Ada yang lebih 1000 patah perkataan. Cuma nak consistent tu memang kena ada kesungguhan dan pengorbanan. Sekarang ni senang-senang je dapat tulis 500 patah perkataan tu untuk satu entry cuma content dan language masih dalam improvement la…hehe
Curahan rasa Qiya Saad @ ..EXA Global SetiaWalk Outpost – Let’s Explore into the Dimension 12 of Hyper-Reality Entertainment!
Saya biasanya 300 patah perkataan, bila dah sampai setakat tu susah nak tulis bagi panjang lagi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beli Rumah Dan Kereta Guna Wang Dividen
saya pernah tulis entry 1000 words. tak dinafikan memang mendapat tempat di seo. tapi saya tak yakin pembaca keseluruhan entry
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Beli Barang di Shopee
Ada sesetengah pembaca lihat sekali imbas, cari poin penting baru mereka baca keseluruhan artikel.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Rahsia Pemasaran Emel Dan Blog
Sebelum ni saya banyak letak gambar. From now on kena tambah perkataanlah tetapi gambar maintain sebab saya rasa orang datang ke blog saya kerana gambar travel yang banyak selain tips.
Betul, adakalanya visual lebih jelas kalau nak dibandingkan dengan perkataan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Rahsia Pemasaran Emel Dan Blog
Nak tulis 300 patah perkataan pun cabaran, inikan pula 3000 patah perkataan..Memang hebat dugaan tu
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Diusia Muda Pun Dah Osteopenia!Bagaimana Nak Kurangkan Risiko Tulang Rapuh?
Kalau dapat 3 ribu patah perkataan, artikel blog mungkin sikit tapi berkualiti.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Daftarkan Uber Driver Dapat Komisyen
Terbaik ..kalau hasilnya menakjubkan apa salahnya bermula dari sekarang cuba melatih diri untuk menulis sebanyak 1000 patah perkataan
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Selamat Menyambut Ramadan 2017 1438 Hijrah
Hasilnya pasti menakjubkan.
Tetapi perlukan latihan dan kesungguhan yang mendalam untuk capai matlamat tu
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Diusia Muda Pun Dah Osteopenia!Bagaimana Nak Kurangkan Risiko Tulang Rapuh?
Dalam bahagian komen komen ni ada banyak tips, kalau terlepas mungkin tak jumpa di lain hari.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Apa Erti Sebenar Bersara?
kepakaran menulis..
perkara ini lah yang nak buat..
menulis yang menyentuh kalbu…
sekarang dah boleh menulis 1000 patah perkataan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tulis Blog Storytelling Kini Bermula
Kalau dibuat setiap hari dengan istiqamah pastinya mendatangkan hasil yang bagus.
Menulis perlukan latihan setiap hari dengan bahan bacaan yang bagus
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Diusia Muda Pun Dah Osteopenia!Bagaimana Nak Kurangkan Risiko Tulang Rapuh?
Ada satu artikel blog saya 2,000 patah perkataan dapat pelawat 100 ke 200 orang sehari secara konsisten.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Apa Erti Sebenar Bersara?
Wah, bagusnya tuan Ikhwan.
Saya pun nak menarik viewers macam tu juga.
Kena banyak belajar lagi ni
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Diusia Muda Pun Dah Osteopenia!Bagaimana Nak Kurangkan Risiko Tulang Rapuh?
wow banyak juga info ni. nak kena juga baca komen – komen blogger yang lain
Curahan rasa onlajer @ ..Panduan mudah idea untuk hadiah di bulan Ramadhan ini
betul bro…tak baca komen blogger yang lain rugilah jawapnya…
sebab idea dan pendapat kita berbeza-beza..
Curahan rasa mrhanafi @ ..2 Kaedah Jana Pendapatan Sampingan
Setuju.
Lagi banyak pendapat yang dilontarkan lagi bertambah idea dan ilmu baru untuk dipraktikkan
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Diusia Muda Pun Dah Osteopenia!Bagaimana Nak Kurangkan Risiko Tulang Rapuh?
Blogger lain pun mesti banyak tips yang berguna yang dah mereka pakai untuk sukses menghasilkan artikel yang bagus
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Diusia Muda Pun Dah Osteopenia!Bagaimana Nak Kurangkan Risiko Tulang Rapuh?
Ada waktunya di bahagian komen terkandung tips tips blogging yang tak bisa dijumpai di tempat lain.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2017
Comments are closed.