Kenaikan tol membebankan rakyat

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu dengan kadar ringgit berbanding US dollar yang semakin meningkat sehingga mencecah RM4.40 masa paling tidak sesuai untuk kenaikan kadar tol untuk semua lebuh raya di Malaysia. Bayangkan akibat daripada nilai ringgit yang semakin tinggi eQurban Resources kehilangan beratus ribu ringgit yang sepatutnya diinfaqkan kepada saudara Islam miskin tetapi lesap kepada money changer.

Lebuhraya-Utara-Selatan-PLUS-Hari-Raya-Aidilfitri-2015

Alasan kerajaan untuk menggunakan kenaikan kadar tol untuk menampung pembangunan negara tidak sesuai kerana ketika rakyat sedang semput ekonomi bukan pembangunan yang diharapkan. Rakyat mengharapkan belas kasihan kerajaan untuk mengurangkan kos kehidupan bukan menambah kesengsaraan kehidupan.

Kadar tol baru lebuh raya Malaysia

Kadar asal – kadar baru. (% kenaikan)
SILK: RM1 – RM1.80 (+80%)
DUKE: RM2 – RM2.50 (+25%)
MEX (Salak): RM1.50 – RM2 (+33%)
MEX (Putrajaya): RM2.50 – RM3 (+20%)
KLK (Gombak): RM5 – RM6 (+20%)
KLK (Bentong): RM3 – RM3.50 (+17%)
LATAR (Ijok): RM2 – RM2.50 (+25%)
NPE (Pantai Dalam & PJS 5): RM1.60 – RM2.30 (+44%)
BESRAYA: RM1.30 – RM 2 (+54%)
AKLEH: RM1.50 – RM 2.50 (+67%)
GUTHRIE: RM1.40 – RM1.90 (+36%)
LKSA (S.Muda): RM1.20 – RM1.70 (+42%)
LKSA (A.Impian): RM0.60 – RM0.90 (+33%)
SMART: RM2 – RM3 (+50%)

Kesengsaraan pengguna lebuh raya di rumah tol yang selalu tersangkut dengan menggunakan smartTag baru bermasalah tiada siapa yang ambil kisah. Adakah dengan kenaikan kadar tol akan dapat menyelesaikan masalah smartTag baru yang bermasalah tetapi aku rasa tidak akan ada siapa yang kisah.


Spread the love

382 Comments

  1. YB jarang guna tol, selalunya keluar daerah naik kenderaan jabatan, jadi tidak terasa secara langsung mengenai kesan ini. Tetapi kesan secara tidak langsung mungkin dari kenaikan harga barang dan sesekali pastinya terdengar rungutan saudara-mara dan sahabat handai yang menggunakan tol.
    Curahan rasa yangbaik @ ..Mengapa menunda perbuatan baikMy Profile

  2. Ya. Memang membebankan.

    Tahun yg cukup susah. Dari GST, minyak naik, ringgit jatuh sekarang tol pulak.

    Barang makin mahal tahun ni. Sekarang kalau di tempat macam Ipoh pun, keluar makan berdua dah lebih kurang RM20. Tu di kedai biasa.

    Dua tiga tahun dulu, separuh harga tu.
    Curahan rasa Suri @ ..Ibu Hamil, Makanlah Kurma!My Profile

  3. Mujurlah Mrs. A pergi kerja tak perlu bayar tol.
    Kesian kepada mereka yang setiap hari perlu membayar tol, dah lerr,,, gaji tak naik kalau naik pun tak seiring dengan kos sara hidup tinggi sekarang ini.
    Curahan rasa Mrs. A @ ..Falsafah Buah-BuahanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!