Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat satu kisah yang berlaku pada diri sendiri pada tahun 2007. Satu hari aku ke Bank CIMB Cawangan Balakong (tak pasti masa tu bank tu dah guna nama CIMB ke belum) tujuan mengeluarkan sejumlah wang untuk keperluan bisnis. Rancangan awal nak bawa teman tapi kawan-kawan sibuk jadi pergilah sendiri.
Bank tersebut terletak di tepi jalan utama jadi agak susah nak dapat parking depan pintu bank. Setelah tawaf dua tiga kali akhirnya dapat parkir di depan sebuah kedai yang jaraknya lebih kurang 80 meter dari bank. Memang tak ada rasa apa-apa pun melangkah terus masuk bank yang bukan kali pertama dah selalu sehingga kerani bank pun dah kenal.
Seperti biasa nak keluar duit kena isi borang. Tapi pelik pulak kali ini pak cik guard asyik menyibuk tepi aku nak mengajar aku isi borang. Tak de lah aku nak marah tapi selindung jugalah jumlah yang aku nak tulis sebab boleh tahan banyak juga. Selepas isi borang seperti biasa tunggu giliran.
Sampai giliran, aku ke kaunter dilayan kerani perempuan. Proses agak lama borang pengeluaran aku di bawa masuk ke dalam katanya untuk tanda tangan pegawai. Aku pernah keluarkan wang lebih banyak dari ini tetapi tidak lah selama ini. Sabar menanti selepas lebih 10 minit baru dapat duit yang diletakan dalam sampul surat putih besar.
Dengan gaya bersahaja aku pun keluar dari bank tersebut sambil mengepit sampul surat berisi wang di ketiak tapi sempat juga toleh kanan kiri sebelum keluar. Sedang aku melangkah di kaki lima kedai menuju ke kereta tiba-tiba sebuah kereta toyota camry baru berhenti secara mengejut di hadapan aku. Dengan pantas keluar dua lelaki India dan seorang lelaki Indonesia terus menerpa aku dengan dua bilah parang panjang dihunus ke perut aku dan seorang lagi menarik kuat sampul surat yang berisi wang.
Dalam beberapa saat aku sempat berfikir nyawa lebih penting dari duit jadi tidak melawan dan membiarkan perompak tersebut mengambil wang tersebut. Penyamun tersebut bergegas masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh seorang India dan berlalu dengan pantas tanpa sempat aku mengambil nombor plat kereta.
Bigung jugalah sehingga tak terfikir nak buat laporan polis. Yang terfikir mungkin kejadian ini salah satu cara ALLAH nak ambil duit aku kerana tak cukup bayar zakat atau mungkin cara ALLAH nak bersihkan harta yang ada.
Sebenarnya bukan aku je sorang yang kena pernah terbaca emak Redmummy pun pernah ditimpa nasib yang sama. Pelik macam mana perompak boleh tuju tepat pada aku yang sedang bawa duit banyak. Adakah ada spy dia dalam bank yang memerhati gerak geri aku teknik seperti dalam entri INI atau adakah pak cik guard punya angkara atau pegawai bank yang segaja melewat-lewatkan urusan pengeluaran duit yang bersubahat.
Sesungguhnya ALLAH SWT pasti tahu dan kepada yang terlibat ada ganjaran untuk mereka di dunia dan akhirat.
95 Comments
kenapa x buat laporan polis cepat dan tiadakah orang disekeliling datang membantu?
Curahan rasa Juan @ ..JomNiaga Membuka Pendaftaran Baru
Semoga dijauhkan dari ini semua
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Menjaga Kesehatan Ginjal
abang, tu bukan citer my mom tu. tu citer dari reader RM, yang diposting dalam RM untuk slot Guest Writer. My mom alhamdulillah, tak pernah lagi kena rompak , mintak dijauhkan.
maap faham lah tu ingatkan mom remummy yg kena …
hati hati aja,,apalagi kalau kita ambil uang banyak,,,ajak polisi untuk mendampingi
Curahan rasa cara diet aman @ ..Agen Herbalife Batam
Tak mustahil ad orang dalam. Tapi, tak boleh tuduh sebarang. Mungkin kebetulan je kot.
Curahan rasa Joe @ ..Buat Duit Jual Domain
Berhati-hati dan waspada bila datang ke bank untuk mengambil uang apalagi dalam jumlah yang banyak
Curahan rasa safiyhati @ ..Kebutuhan Gizi Ibu Hamil
Karena banyak penjahat perompak selalu mengintai calon mangsa yang akan dirompaknya
Curahan rasa safiyhati @ ..Kebutuhan Gizi Ibu Hamil
kena waspada nie..
kwn sy pnh bg nasihat jngn keluar duit di cawangan bank sama dngn jmlh yg besar. Ada spy yg memerhati..(-_-)
Curahan rasa syamsul @ ..Smowtion Alternatif Selain Google Adsense
Salam, bila difikirkan mmg pelik mcm mana terus ada org rompak dan tuju kpd org yg bawa keluar duit yg banyak melainkan ada spy…bnyk juga kejadian tayar dipancitkan juga…dan berhenti ditepi jalan terus dirompak duit.
Curahan rasa em @ ..Breakfast yang mengemukkan!!!!
bahaya juga kalau betul ada orang bank bersubahat
Curahan rasa beckhrooy @ ..Trend Jual Beli Online Di Malaysia
Memang sekarang perompak banyak mengincar para nasabah bank yang baru mengambil wang
Curahan rasa Ferry @ ..Harga BBM Naik
Jadi memang harus berhati-hati dan selalu waspada bila kita mengambil banyak wang di Bank
Curahan rasa Ferry @ ..Harga BBM Naik
Jadikan pengalaman yang berharga dan semoga Allah mengganti dengan yang lebih baik lagi aamiin…aamin
Curahan rasa Ferry @ ..Harga BBM Naik
Di bank kota kecil seperti tempat saya MAs Fery mesti ada orang mereka di BAnk yang kerjanya stand by menghubungi jika ada yang baru mengambil uang banyak
Curahan rasa metrolisa @ ..Counter KH. Hasyim Muzadi untuk PBB
lepas ni kene bawa teman untuk keluarkan duit dalam kuantiti yang banyak…
bahaya… cegah dulu sebelum kene.. kene beringat ni…
Curahan rasa Norfanil @ ..Panduan Menyimpan Duit Untuk Perempuan..
sebagai panduan dan pengalaman dimasa hadapan untuk lenih berhati – hati
Curahan rasa onlajer @ ..Mereka Perlukan Undi Anda
Kena lebih berwaspada lain kali walaupun dah lama berlaku.
Curahan rasa hatiputera @ ..Harga Emas Hari Ini
Bunyi macam ada orang dalam yang terlibat..kalau tak, takkan perompak boleh tahu..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Terkini Mengenai Seminar Buat Duit Dengan Blog
takut plak dibuatnya la
Curahan rasa Cik Lily Putih @ ..Surat kepada PENCINTA KUCING Yang di Sayangi.
Comments are closed.