Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat satu kisah yang berlaku pada diri sendiri pada tahun 2007. Satu hari aku ke Bank CIMB Cawangan Balakong (tak pasti masa tu bank tu dah guna nama CIMB ke belum) tujuan mengeluarkan sejumlah wang untuk keperluan bisnis. Rancangan awal nak bawa teman tapi kawan-kawan sibuk jadi pergilah sendiri.
Bank tersebut terletak di tepi jalan utama jadi agak susah nak dapat parking depan pintu bank. Setelah tawaf dua tiga kali akhirnya dapat parkir di depan sebuah kedai yang jaraknya lebih kurang 80 meter dari bank. Memang tak ada rasa apa-apa pun melangkah terus masuk bank yang bukan kali pertama dah selalu sehingga kerani bank pun dah kenal.
Seperti biasa nak keluar duit kena isi borang. Tapi pelik pulak kali ini pak cik guard asyik menyibuk tepi aku nak mengajar aku isi borang. Tak de lah aku nak marah tapi selindung jugalah jumlah yang aku nak tulis sebab boleh tahan banyak juga. Selepas isi borang seperti biasa tunggu giliran.
Sampai giliran, aku ke kaunter dilayan kerani perempuan. Proses agak lama borang pengeluaran aku di bawa masuk ke dalam katanya untuk tanda tangan pegawai. Aku pernah keluarkan wang lebih banyak dari ini tetapi tidak lah selama ini. Sabar menanti selepas lebih 10 minit baru dapat duit yang diletakan dalam sampul surat putih besar.
Dengan gaya bersahaja aku pun keluar dari bank tersebut sambil mengepit sampul surat berisi wang di ketiak tapi sempat juga toleh kanan kiri sebelum keluar. Sedang aku melangkah di kaki lima kedai menuju ke kereta tiba-tiba sebuah kereta toyota camry baru berhenti secara mengejut di hadapan aku. Dengan pantas keluar dua lelaki India dan seorang lelaki Indonesia terus menerpa aku dengan dua bilah parang panjang dihunus ke perut aku dan seorang lagi menarik kuat sampul surat yang berisi wang.
Dalam beberapa saat aku sempat berfikir nyawa lebih penting dari duit jadi tidak melawan dan membiarkan perompak tersebut mengambil wang tersebut. Penyamun tersebut bergegas masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh seorang India dan berlalu dengan pantas tanpa sempat aku mengambil nombor plat kereta.
Bigung jugalah sehingga tak terfikir nak buat laporan polis. Yang terfikir mungkin kejadian ini salah satu cara ALLAH nak ambil duit aku kerana tak cukup bayar zakat atau mungkin cara ALLAH nak bersihkan harta yang ada.
Sebenarnya bukan aku je sorang yang kena pernah terbaca emak Redmummy pun pernah ditimpa nasib yang sama. Pelik macam mana perompak boleh tuju tepat pada aku yang sedang bawa duit banyak. Adakah ada spy dia dalam bank yang memerhati gerak geri aku teknik seperti dalam entri INI atau adakah pak cik guard punya angkara atau pegawai bank yang segaja melewat-lewatkan urusan pengeluaran duit yang bersubahat.
Sesungguhnya ALLAH SWT pasti tahu dan kepada yang terlibat ada ganjaran untuk mereka di dunia dan akhirat.
95 Comments
Bahaya tu..Alhamdulillah selamat..
Curahan rasa iOS Gear @ ..Ciri Tersembunyi Aplikasi Email iOS 6 Yang Anda Perlu Tahu
Pengalama menakutkan. Saya pernah keluar duit untuk deposit rumah agak rasa bimbang.
Curahan rasa akubiomed @ ..Makan makan @ Chicken Rice Shop
biasa hanif letak duit kat dlm poket bahagi dua tempat, sampul ada duit dgn yg isi kertas2 jer. incase kalau ada rompakan bg je dari poket yg xde isi sampulnya
Curahan rasa Hanif Menhad @ ..Cara-Cara Menyimpan Bukti Pendaftaran Tempat Mengundi Anda Dengan Print Screen
takut betul. saya yang keluar bank bawak duit RM50 pun ngeri sebenarnya.hahaha. tengok kawasan.
Curahan rasa Lizz @ ..Al-Quran Pelangi Medina Sudah Dibuka Untuk Pre-Order
Tapi kalau tak berani lawan takpelah, tapi kalau perompak tu “berdepan” dengan saya, saya akan lawan, sebabnya kalau kita mati pun, dikira “syahid kecil” kerana mempertahankan harta. Satu lagi, kita juga mungkin berjaya menangkap penjahat itu daripada melakukan cubaan samun seterusnya.
lagi satu, ni tips diri sendiri je.. kalau nak p bank, selalu bawak buku yasin kecil.. yang bole muat masuk dalam sampul… da lepas keluarkan duit, masukkan buku yasin tersebut. kadang2 bole jadi pelindung. tapi jangan lah mengharap sebagai pelindung, baca la juga yasin tu.. “kalau kena rompak pon” , pencuri tengok ada buku yasin, harap-harap insaf la.. heeeee
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Terlalu Sensitif
seperti ada spy.. tapi fikir positif… mungkin Allah nak bersihkan harta kita. betul tu.
masa praktikal di MBSA, satu pakcik ni pon cakap. Pakcik kena saman ni mesti pakcik ada buat salah dalam rukun Islam.. fuh… selalunya orang kena saman campak kertas la..ataupon mereka akan pergi dari kaunter dengan meninggalkan kata-kata kesat..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Terlalu Sensitif
apa yang terjadi antara Qada dan Qadar. Tengok sekarang, tuan makin berjaya kan..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Terlalu Sensitif
psttt.. tak sempat den nak jdi supersonic… pergi penamaan calon.. heeee
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Terlalu Sensitif
Salam,
Lama rasanya tak buat urusan kat kaunter bank ni, biasanya guna mesin atm/online aje
Curahan rasa yanmie @ ..Keputusan Penamaan Calon PRU13 – Lokasi Kawasan Penamaan Calon Seluruh Negeri
kak yan, kalau keluar rm10k kena p kaunter bank.. heeeee
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Terlalu Sensitif
nie yang takut bila ada cash banyak
Curahan rasa faizalPj @ ..TravelEurope London Part 3 : Bicester Village Dalam Kenangan
hal macam ni la menyebabkan takut nak ke bank..huhu…apa-apa pun pasti ada ‘ganjaran’ mereka di alam nanti kelak..
Curahan rasa dzuandiey @ ..Kata-Kata Lawak Samy Vellu
Hrm bahaya betul. Banyak kes macam ni sebenarnya, kat stesyen minyak, keluar dari bank, waktu berhenti kat traffic light.. memang nak kena hati-hati.
Curahan rasa Zuls @ ..Kelebihan Maybank2u Pay Untuk Blogshop dan Internet Marketer
Hal serupa juga pernah terjadi menimpa sahabat saya, dan terungkap bahwa umumnya perompak seperti ini punya kaki tangan yang ada di dalam bank
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Nominasi SCTV Music Awards 2013
Sangat banyak caranya Alloh memperingatkan dan menyayangi kita, namun kadang kita suka berburuk sangka
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Persib vs Arema ISL 2012-2013
Skenario Alloh sangat hebat dan kadang tak dimengerti oleh akal kita
Itulah kang…. dan kita hanya bisa belajar dari setiap kejadian yang ada.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Nominasi SCTV Music Awards 2013
Setiap peristiwa, pasti ada hikmah didalamnya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Nominasi SCTV Music Awards 2013
pengalaman membuatkan kita lebih berhati-hati, amalkan doa sebelum kelaur rumah
Curahan rasa MindaKini @ ..Madu Apa Terbaik Untuk Dibeli
Comments are closed.