Kena cuci ke telur ayam?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, semalam aku dengar komunikasi  antara anak aku dan ibunya yang sedang sibuk membasuh telur ayam yang baru dibeli di pasar malam “kena cuci ke telur ayam?”.  Jawapannya mestilah kena cuci sebab telur ayam biasa bercampur dengan najisnya. Kalau tak cuci tangan kita yang pegang telur ayam kemudian pegang pisau, sayur dan bahan masakan lain juga bernajis. Nak ke adik makan makanan bernajis?? Anak aku mengeleng-geleng kepala tanda menjawap soalan ibunya.

Adik tengok abang jual burger  kat simpang jalan tu tak basuh pun telur ayam yang diletak dalam bakul tu?? Kenapa adik cakap macam tu. Sebab adik tengok telurnya kotor macam ada najis je. Itulah sebabnya ibu tak bagi adik beli burger kat abang burger tu.

tak basuh telur ayam

Dulu masa pasar ramadhan pun adik nampak pak cik yang jual murtabak tu pun tak basuh telur ayam yang digunakan. Kedai mamak depan tu pun adik nampak tak basuh telur yang digunakan untuk buat roti telur.

Tulah adik … sebenarnya ramai yang tak cuci telur ayam sebelum digunakan termasuklah yang di rumah. Kebersihan sebahagian daripada iman tetapi ramai yang tak ambil kisah seperti buang sampah merata. Kebanyakan daripada mereka ini mungkin tiada ILMU bahagaimana pentingnya kebersihan. Jika kebersihan tidak dijaga ianya boleh menyebabkab ibadah kita tidak diterima oleh Allah s.w.t.

Jadi adik kena ingat dan mengingati orang lain telur ayam mesti dicuci dahulu sebelum digunakan.

Pernahkan anda nampak apa yang anak aku nampak??


Spread the love

117 Comments

      1. semuga entri ini memberi peringatan sebenarnya bukan hal kecil ni tapi biasa dipandang kecil. Kita kena faham bagaimana telur ayam keluar baru faham kenapa telur ayam perlu dibasuh sebelum digunakan.

  1. Salam,

    Biasanya saya akan cuci dulu telur ayam tu, dah terbiasa dari dulu, tp kalau kt kedai tu waulahuallam tak taulah sama ada diorang mengamalkan kebersihan macm tu atau tak, sbb kadang antara menu yg wajib di order kalau makan kt kedai salah satunya telur dadar 😛

  2. suka entry nih
    yups
    memang betul
    banyak kedai2 masih tak mencuci telur2 nih
    sebab kerja semua nak cepat dan mudah tetapi diorang mengabaikan aspek kebersihan
    moga ramai yang terbuka mata mereka tentang aspek ini
    thumbs up untuk entry nih
    Curahan rasa Hans @ ..Antara Pukul- Jam- Minit Dan WaktuMy Profile

    1. Haha.. saya nak juga cakap sebenarnya.. tapi malu pulak.. semua orang cuci, saya tak pernah terfikir sebelum ni.. Yer la, ingatkan dalam kotak cantik, telur2 tu dah bersih.

    1. Selalunya di kenduri kahwin, diaorg rebus telur banyak2 mesti malas nak cuci dulu. kalau saya ada kat situ saya katakan, jika kita cuci telur tu, nanti telur lebih senang dikupas cantik dan licin. Kemudian mereka kata, Biarlah diaorg susah nak kupas. Bukan banyak pun yang diaorg nak kupas. Saya katakan lagi, telur yang susah dikupas ibarat orang yang memberi telur itu seorang yang kedekut. nak bagi tapi tak ikhlas. Asalkan bagi sudah. Tak peduli tentang kualiti barang yang diberinya.
      Terus tuan rumah terhegeh2 kerahkan org kampung cuci semua telur yang nak direbus.
      Kesimpulannya diaorg ni lebih mementingkan nama dari kesihatan.
      Curahan rasa Norasikin @ ..Resepi Salad Buah-buahan Fruit SaladMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!