Kempen BMF terus konsisten, promosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan halal

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Trend terhadap Kempen Beli Produk Muslim atau Buy Muslim First (BMF) semakin mendapat tempat di hati pengguna dan perkara berkenaan jelas terbukti apabila netizen bukan sahaja konsisten menyokongnya malah saling bantu-membantu mempromosi serta membeli barangan keluaran muslim.

Tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata netizen mendoakan supaya kempen BMF yang bertujuan membantu pengusaha Islam dapat mendatangkan kejayaan sekali gus menaikkan ekonomi umat Islam di negara ini.

Terdahulu, kempen BMF dilancarkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain bertujuan memberi galakan kepada ekonomi orang Islam selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan halal di seluruh negara.

Kempen beli produk muslim juga memfokuskan kepada peniaga yang tidak diberi ruang oleh pasaraya-pasaraya besar untuk memasarkan produk mereka.

Konsep dan takrif halal dalam Islam

Sebenarnya kita perlu mula daripada satu perspektif lain iaitu perspektif halal. Pengguna muslim resah kerana melihat konsep halal ini ditafsirkan berbeza-beza kerana lebih 90 peratus pengeluar barangan halal adalah kumpulan bukan Islam. Maknanya kepada pengeluar barang halal, apa yang ditakrifkan sebagai halal bagi mereka kerana mereka bukan Islam adalah asalkan tidak ada khinzir, alkohol.

Ini meresahkan pengguna Islam kerana kepada kita semua takrif halal itu lebih luas daripada itu. Contohnya halal untuk makanan yang berasal daripada haiwan adalah haiwan yang halal disembelih dan diproses secara Islam. Konsep khinzir itu pun banyak disalahtafsirkan di mana kepada pengeluar bukan Islam, khinzir itu daging babi tetapi kepada kita, khinzir itu meliputi apa-apa juga elemen dan komponen daripada haiwan itu termasuk gelatin, kulit dan pelbagai lagi.

Resahan ini menyebabkan selalu kita dengar dan baca di dalam internet mengatakan setengah barang adalah tidak halal walaupun sudah mendapat pengesahan jenama halal kerana kandungan-kandungan ini yang tidak disengajakan mungkin oleh pengeluar, peniaga bukan muslim. Atas sebab itu pengguna-pengguna muslim sentiasa menunggu dan mencari apakah pilihan lain untuk penggunaan bagi barang-barang yang benar-benar halal.

Bergabung dalam menjayakan kempen yang meberi manfaat

Perspektif halalan toyyiban

Kempen Buy Muslim First merupakan satu jawapan kepada keresahan mereka kerana ini memberikan satu potensi ataupun harapan kepada mereka untuk benar-benar mendapatkan barang-barang halal khususnya makanan.

Kemudian kalau kita lihat definisi halal itu, mengikut JAKIM konsep halal itu berasas pada nas dlm al-Quran, halalan toyyiban, maksudnya halal dan bersih. Tapi kalau di negara seperti di Brunei, konsep halal itu diluaskan meliputi konsep halalan kamilan, iaitu halal yang sempurna.

Di Brunei, jika kita pergi ke hotel yang besar pun restorannya akan tertulis di situ, ini bukan makanan untuk orang Islam. Kenapa? Kerana restoran itu dimiliki oleh orang bukan Islam, pekerjanya bukan Islam, tukang masaknya bukan Islam dan pembekalnya pun bukan Islam. Brunei hari ni mengemukakan satu perspektif halal, khusus untuk barang makanan, untuk menjadikan sesuatu makanan halal pengusahanya mestilah muslim, tukang masaknya mestilah muslim, pembekalnya mestilah muslim, dan pekerja-pekerja lain pun mesti muslim.

Lebih luas jika boleh, pembiayaannya pun mengggunakan kaedah halal. Jika ini boleh dilaksanakan, kita boleh pastikan barang-barang yang dikeluarkan itu makanan yang dihidangkan adalah benar-benar halal. Dan konsep halal ini sebenarnya mempunyai banyak perspektif dan kehalusannya.

Kempen yang baik perlu diteruskan

Beri manfaat kepada pengguna-pengguna Islam

Kempen BMF ini mewujudkan satu harapan untuk mewujudkan satu peluang kepada pengguna-pengguna Islam mendapatkan barang-barang yang halal khususnya barang-barang makanan sebagai asas. Kemudian jika kita lihat daripada aspek peluang pula kepada peniaga-peniaga muslim, mereka cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan barang yang benar-benar halal.

Ini kerana mereka sebagai seorang muslim yang bertanggungjawab ingin memastikan semua pelanggannya mendapat barangan yang benar-benar halal. Ini boleh menyebabkan kos pengeluarannya agak sedikit mahal dan mereka mengalami masalah untuk memasarkan barang-barang keluarannya kerana mungkin skop perniagaannya kecil, saiznya kecil, oleh itu pengeluarannya juga kecil.

Mereka tidak dapat masuk ke supermarket dan hypermarket juga kerana kaedah-kaedah atau syarat-syarat pembelian dikenakan agak ketat oleh peruncit-peruncit hypermarket dan supermarket. Disebabkan ini, banyak barang-barang keluaran peniaga muslim tidak sampai ke pasaran maknanya ia tersorok di kawasan-kawasan yang dekat dengan kilang saja.

Dengan wujudnya kempen BMF ini, ia memberi harapan kepada peniaga-peniaga muslim ini dalam anggaran lebih lima ribu peniaga yang mengeluarkan barang makanan yang halal. Setengah daripada mereka tidak ada logo halal pun kerana untuk mendapatkan logo halal bukanlah satu usaha yang mudah. Tetapi mereka yakin sebagai peniaga muslim mereka mengeluarkan barang yang halal.

Produk Muslim perlu diperkasakan

Promosi Malaysia sebagai hab Halal

Kita mempunyai lebih daripada 1.5 bilion penduduk beragama Islam di seluruh dunia dan mereka melancong ke seluruh dunia. Mereka melihat Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menarik kerana negara ini bukan sahaja sebuah negara Islam tetapi sebuah negara yang sedang membangun dan akan menjadi sebuah negara maju tidak lama lagi.

Oleh itu, kita sebenarnya melihat BMF ini sebagai satu promosi Malaysia sebagai satu destinasi pelancongan halal. Kepada bukan muslim, sebenarnya orang bukan muslim pun datang ke Malaysia untuk merasa masakan orang muslim di Malaysia yang berbeza dengan masakan yang biasa mereka makan dan masakan muslim di negara-negara lain di dunia.

Boleh jadi mereka datang ke Malaysia kerana tertarik dan ingin belajar cara hidup, cita rasa, dan cara pemakanan dan orang Islam.

Produk kunyit hitam Black G Nutrima by MARDI semakin dapat sambutan

Jadi kempen BMF ini sebenarnya menemukan kedua-dua pihak, pelanggan yang sangat memerlukan barang-barang halal, pengguna atau peniaga-peniaga muslim yang perlu memasarkan barang-barang keluaran halal. Barang-barang keluaran halal ini memang diperlukan oleh pengguna muslim.

Jadi ia adalah satu usaha untuk menemukan pelanggan dan pengeluar yang mempunyai minat yang sama.


Spread the love

4 Comments

  1. pada saya kempen sebegini boleh menambahkan lagi api perkauman. dari dulu lagi banyak syarikat bukan islam mengeluarkan produk halal dan sering dipantau jakim.

    selagi halal, saya beli apa sahaja produk yang saya rasakan bagus dan berkualiti. masing2 mencari rezeki.
    Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Jual Barang Dropship di ShopeeMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!