Pesakit kanser limfoma meninggal dunia, Allahyarham Izzudin ambil tempahan nametag khat

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terkini, Budin atau nama penuhnya Mohd Izzudin Zainal disahkan telah meninggal akibat jangkitan pada paru-paru pada 14 November pukul 8.05 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Menurut isterinya, Suzana Muhamad Tab, sebelum itu arwah Budin masih berusaha menyiapkan beberapa tempahan tag nama meskipun dalam keadaan sesak nafas.

Disebabkan penyakit itu juga, Budin yang sebelum ini merupakan seorang guru sekolah kini tidak lagi mampu untuk bekerja ekoran bergantung kepada mesin oksigen 24 jam.

Image from Facebook Mira Jamal JayKay
Image via Facebook Mira Jamal JayKay

“Pagi itu tahap oksigen arwah semakin menurun dan semua bacaan lain pada mesin mulai menurun.

“Sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, doktor tetap berusaha memberi bantuan pernafasan di depan saya,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Tambah Suzana lagi, dia meminta maaf suaminya tidak dapat mennyelesaikan tempahan nametag khat yang diterima mereka

Ekoran daripada itu, dia berjanji akan memulangkan semula wang tersebut pada mereka yang telah membuat tempahan.

“Saya minta maaf. Sesiapa yang sudah membuat bayaran untuk tempahan tag nama, saya akan pulangkan semula wang mereka.

“Mereka yang sudah mendapat tag nama, itulah kenangan ditinggalkan,” luah Suzana.

Allahyarham telah meninggalkan dua cahaya mata lelaki, Sulaiman, 5, dan Isa, 3. Budin disahkan menghidap kanser limfoma sejak September tahun lalu dan terpaksa bergantung kepada mesin oksigen 24 jam.

Image via Facebook Mira Jamal JayKay

Meskipun begitu, dia tetap gigih dalam mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan untuk membeli tong oksigen itu serta menanggung keperluan keluarganya dengan mengambil tempahan membuat nametag tulisan khat dari atas katil hospital.

Dia yang sebelum itu bekerja sebagai seorang guru terpaksa berhenti kerja disebabkan penyakit yang dihidapinya dan mula mengambil tempahan nametag khat dari atas katil hospital demi membayar kos rawatan di samping menanggung keluarganya.

Semoga seluruh keluarga arwah diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Al Fatihah…


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!