Assalamualaikum dan salam 1Dunia, di bumi Europe kami sudah memandu lebih daripada 800km dari Frankfurt ke Prague singgah di Cesky Krumlov dan kini menuju ke sebuah bandar terkenal meninggalkan Republik Czech di Austria. Semasa menyeberang sempadan Austria tidak perlu pemeriksaan imigresen kerana kedua-dua negara termasuk dalam Kesatuan Eropah seperti juga German.
Daripada kota sejarah Cesky Krumlov kami melalui jalan biasa menempuh beberapa kampung dan bandar kecil dengan pemandangan yang menghijau sedap mata memandang. Sebelum menyeberang sempadan Austria terdapat banyak mini casino mungkin kerana Austria tidak membenarkan casino.
Sepanjang perjalanan tidak ada satu signboard yang tertulis perkataan Vienna tetapi banyak tertulis Wien. Kami menyangkakan bahawa Wien adalah sebuah bandar kecil sebelum Vienna. Yang paling tak best Mak Cik Tom Tom GPS kami tidak dapat mengesan alamat Flex Apartment yang telah kami booking secara online. Alhamdulillah dengan roaming Malaysia kami dapat mengesan dengan menggunakan Google Maps.
Rupanya Wien itu adalah Vienna dalam bahasa Austria. Vienna atau Wien adalah ibu negara kepada Austria. Kami sampai di Flex Apartment lebih kurang jam 3.30pm disambut oleh Mak Cik tuan rumah yang boleh tahan cerewetnya. Banyak syaratnya antaranya tak boleh pakai kasut dalam rumah, mesti pakai sandal dalam rumah, mesti pakai sandal dalam bilik air, bilik tidak boleh basah dan sebagainya. Yang kelakar dia cakap dalam bahasa Austria dan kami cakap dalam bahasa English dahlah macam itik bercakap dengan ayam tetapi saling memahami.
Setelah berehat sebentar kami keluar berjalan kaki mencari restauran halal di Vienna. Mengikut aplikasi iPhone 4S Zabihah terdapat lebih 29 restauran halal, 3 mini market halal dan sebuah Pusat Islam di Vienna. Kami berjalan ke Restauran Kent yang hanya 300 meter daripada apartment. Rupanya tempat kami menyinap ini berhampiran dengan komuniti Islam Turki bukan sahaja Restauran Halal Kent tetapi ada mini market, kedai pizza, kedai kebab, kedai roti, kedai aiskrim dan pasar malam yang menjual berbagai barang-barang makanan halal. Ini antara bukti Umat Islam boleh bersatu apabila tinggal di negara yang bukan Negara Islam. Ramai kawan-kawan yang suka mengembara kata kalau nak tengok kehidupan sebenar Islam kena tengok umat Islam yang tinggal di negara bukan islam seperti di China, Jepun dan sebagainya. Umat Islam yang tinggal dalam negara Islam seperti Malaysia dan Indonesia selalu ambil mudah dengan kebebasan yang ada.
Setelah makan tengahari dan menikmati aiskrim yogurt kami bergerak ke City Center Vienna dengan menaiki MRT dengan bantuan penjelasan owner gerai ais krim. Pengangkutan di Vienna sama seperti di Prague iaitu gabungan Teksi, MRT dan Tram yang menyebabkan trafik tidak begitu sesak. Setelah bertukar dua laluan MRT akhirnya kami sampai di tengah-tengah kota Vienna. Tidak pernah termimpi untuk sampai ke kota terkenal Vienna yang merupakan UNESCO World Heritage Site dan juga terkenal sebagai City of Music. Pengemar musik klasik pasti kenal dengan Mozart dan Beethoven yang berasal dari Vienna.
Kota Vienna tidak jauh berbeza dengan kota Prague yang dipenuhi bangunan klasik ratusan tahun. Vienna telah beberapa kali menerima anugerah utama “Quality of Living” mengalahkan beratus bandar utama lain yang menyertai. Bandarnya bersih dan teratur sibuk dengan berbagai aktiviti. Malangnya kami sampai hari Sabtu petang dimana kebanyakan kedai sudah tutup atau akan tutup jam 6.00 pm. Semua kedai tutup pada hari Ahad jadi memang tidak banyak yang dapat kami beli melainkan sedikit cederahati dan berjalan-jalan melihat keindahan bandar Vienna.
Perjalanan kami terhenti apabila hujan turun sangat lebat bersama angin memanglah sejuk sehingga ke tulang. Kami melarikan diri ke dalam Starbucks Cafe pekena kopi panas sambil berbual dan update Facebook. Dalam Kembara Musafir Europe berbagai perkara kami berkongsi cerita dengan janji semuanya akan tutup buku setelah melepasi imigresen Malaysia.
Selepas minum kopi memanaskan badan kami berjalan-jalan di kota Vienna dalam suasana malam yang terang benderang disinari lampu. Austria terkenal satu dunia dengan minuman bertenaga Red Bull yang merupakan salah satu penaja pasukan Formula 1 yang berjaya. Banyak lagi tempat sejarah di Vienna yang tidak dapat kami jejaki kerana kesuntukan masa. Kami pulang ke apartment menaiki MRT agak lewat untuk berehat kerana esok kami akan menempuh perjalanan yang paling jauh melebihi 600km.
166 Comments
Perjalanan demi perjalanan dilakukan DH, tentun banyak pengalaman2 yang menarik untuk dibagi bersama kami disni.
Curahan rasa Mas Gie @ ..Pengumuman Pemenang Kontes Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012
Kami hanya mendengar cerita, karena belum bisa nak berangkat kesana.
Curahan rasa Mas Gie @ ..Pengumuman Pemenang Kontes Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012
masyaAllah.. jauhnya perjalanan… seronok 😉
maaf bertanya (mungkin sy terlepas pndg)… ada urusan kerja mungkin?
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Menu ringkas dan cepat: Spaghetti Bolognaise dengan Sos Keju
mungkin kembara bersama rakan2..
Curahan rasa KiD @ ..Nasi Beriani Ayam Pakistan di RASA Alamanda
kebersihan sesebuah negara juga menjadi daya tarikkan bgi pelancong…
Curahan rasa Nana @ ..Senyum, tak perlu kata apa2…
kalau tak bersih, macam mana nak tarik pelancong.. yea tak?
Curahan rasa KiD @ ..Nasi Beriani Ayam Pakistan di RASA Alamanda
Ha betul3x…setujulah kalo macem tu
Curahan rasa Mas Gie @ ..Pengumuman Pemenang Kontes Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012
kebanyak kota2 di Eropa bersih nan rapi ya…
jadi pengen ke sana 🙂
salam dari toko Obat Kuat
semoga hasrat OK untuk kesana tercapai….
Curahan rasa Nana @ ..Senyum, tak perlu kata apa2…
Perjalanan sudah semakin jauh…sudah beribu km
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Howard Carter, Egyptolog Penemu Makam Firaun di Logo Google Hari Ini
Tentunya semakin banyak pengalaman dan kesan yang tidak akan pernah terlupakan sepanjang hayat
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Howard Carter, Egyptolog Penemu Makam Firaun di Logo Google Hari Ini
tentu trasa juga kepenatan walaupun hati teruja dgn keindahan di sana…
Curahan rasa Nana @ ..Senyum, tak perlu kata apa2…
jauh perjalanan luas pandangan….
Curahan rasa Nana @ ..Senyum, tak perlu kata apa2…
Waduh Beruntung Sekali Ya, Bisa Jalan Jalan Kesana. Mimpi Kali Ya Kesana Kalau Aku..
Apalagi Saat Selepas minum kopi memanaskan badan kami berjalan-jalan di kota Vienna dalam suasana malam yang terang benderang disinari lampu.
Template Blog SEO
Curahan rasa Oidre @ ..Template Blog SEO
Kita harus tetap berharap suatu saat bisa kesana Mas…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Howard Carter, Egyptolog Penemu Makam Firaun di Logo Google Hari Ini
Mimipi adalah harapan bro, teruslah berusaha mewujudkan mimipi2 itu agar menjadi kenyataan.
Curahan rasa Mas Gie @ ..Pengumuman Pemenang Kontes Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012
best giler…
hari tu italy..ni austria pulak!
Curahan rasa Din @ ..Trollface @ DenaiHati
Austria terkenal kota yang indah dan pemandangan menakjubkan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Howard Carter, Egyptolog Penemu Makam Firaun di Logo Google Hari Ini
Banyak sekali obyek wisata yang ada di Austria, mulai dari alam, pendidikan, sejarah, seni budaya, arsitektur, fashion, sampai kuliner.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Howard Carter, Egyptolog Penemu Makam Firaun di Logo Google Hari Ini
eropah telah sepakat untuk membuka pintu sepadan.. kepercayaan antara satu sama lain sangat penting. Tapi tidak diasia tenggara..
Curahan rasa sukacuka @ ..WW# 13 – Siapa Punya
wah…kalian beruntung sekali dapat melawat tempat-tempat tersebut.bila kami boleh “join” kalian buat lawatan kembara ni?
Comments are closed.