Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pagi ni sarapan simple je roti bakar dan cereal. Chef sediakan juga bekalan makan tengahari sandwich dan lemang berserta serunding daging.
Awal pagi kami meninggalkan Frankfurt dengan kereta sewa menuju ke Prague lebih kurang 525km dengan bantuan GPS. Dalam perjalanan kami terjumpa Wertheim Village pusat jualan barang berjenama jadi apalagi kami singgahlah. Harga memang ada diskaun dan jauh lebih murah daripada Malaysia tapi tak boleh nak shopping sangat sebab perjalanan masih jauh lagi.
Di pertengahan perjalanan kami singgah di RnR untuk makan bekalan makan tengahari. Pemandangan di kiri kanan jalan memang cantik hijau menguning warna bunga liar yang baru mengembang.
Kira-kira jam 4.00pm waktu tempatan yang lewat 6 jam daripada Malaysia kami mulai memasuki bandar Prague ibu negara Republik Czhech. Memang berbeza bagunan lama tetapi terurus dengan baik. Suhu lebih kurang 23 darjah celcius sebab tulah agaknya ramai yang dah berpakaian nipis dan ada yang buka baju (lelaki ya).
Homestay yang kami booking secara online terletak di dalam bandar Prague. Apartmentnya lebih besar daripada apartment di Frankfurt. Masalah di sini adalah parking kereta kerana kalau salah parking terutama di parking penduduk memang kena angkutlah kereta dengan polis. Alhamdulillah tak sampai 10 minit menunggu akhirnya kami dapat parking yang sesuai.
Selepas berehat sebentar kami keluar berjalan menuju ke pusat bandar Prague. Memang benar seperti sms yang diterima daripada seorang teman yang katanya Prague atau Praha ini memang bandar klasik. Senibina bagunan memang unik dan cantik. Ini mengambarkan bandar Prague ini sudah lama maju sejak beratus tahun dahulu. Sistem pengangkutan agak teratur gabungan Tram, MRT dan Teksi mungkin sebab Prague tidak terlalu sesak seperti Kuala Lumpur.
Seorang sahabat twitter Mohamad Ismail beritahu di Prague ni ada banyak kedai makan halal, pasar halal dan ada juga surau. Informasi lokasi halal dan masjid terdekat juga kami perolehi dari aplikasi Zabihah di iPhone 4s. Alhamdulillah jumpa juga kami dengan gerai kebab di pusat bandar Prague jadi tak perlulah masak malam ini. Selain tu dengan bantuan Zabihah dan GPS kami jumpa juga dua mini market halal Chez Amis dan Farah Oriental Food. Lebih kurang 5 minit perjalanan dari Chez Amis ada pusat Islam tempat umat Islam yang sangat minoriti berjumpa dan solat.
Ada yang tweet tanya cantik ke cawek di Prague sebab katanya ramai yang beritahu dia cawek Prague ini cantik-cantik dan ada yang minta ambilkan gambar.
Hari kedua di Prague selepas sarapan pagi kami pusing-pusing bandar mengantikan semalam yang tersekat akibat hujan lebat. Lupa nak cerita semalam sedang kami sibuk mencari restauran halal di Prague tiba-tiba kami terserempak dengan seorang gadis bertudung dengan pantas hero Malaya pergi bertanya. “Are you Muslim. Do you know where is halal food”. Nak tahu apa gadis bertudung tu jawab. “Saya pun tengah cari hotel saya. Saya terpisah dengan kawan-kawan”. Melayu Malaysia lah rupanya. Muka panik tapi sayang kami pun tak dapat nak tolong dan gadis itu berlalu pergi. Nak snap gambar pun tak sampai hati.
Dengan bantuan GPS kami sampai ke Old Town Square tempat sejarah punyalah ramai manusia dan bangunannya memang klasik. Selepas bergambar kami menyelusuri kedai-kedai berjenama disebelah square tersebut. Macam-macam jenama ada yang terkenal seperti LV, Gucci, Dior, Hermes dan sebagainya sehingga lah produk yang tak pernah dengan nama. Setelah survey harga di Prague lebih mahal daripada Frankfurt. Sempatlah tangkat cap satu sebagai kenangan.
Setelah makan tengah hari di Chez Amis dan beli barang halal di Farah Oriental Food kami pun bergerak ke sebuah bandar sejarah sejauh 170km melalui jalan biasa. Pasti lebih mencabar.
126 Comments
Kesian dgn gadis bertudung tu, harap dpt dia brjumpa dgn kwn2nya.
Dah le merantau negara org.
mesti kelam kabut kalau terpisah kat negara orang..
Curahan rasa KiD @ ..Nasi Beriani Ayam Pakistan di RASA Alamanda
Semakin lama semakin menarik membaca pengalaman pengembaraan / pelancongan ini.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Tema Hari Pekerja 2012 | Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi.
kupasan menarik dari kisah pengembaraan DH
Curahan rasa KiD @ ..Nasi Beriani Ayam Pakistan di RASA Alamanda
Wertheim Village pusat jualan Harga memang ada diskon dan jauh lebih murah…….wih jadi ngiler tuh gan…
pernah ke sana ke bro?
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 5
Saya malah seperti pernah kesana setelah membaca laporan kembara disini
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Howard Carter, Egyptolog Penemu Makam Firaun di Logo Google Hari Ini
yea lah kan bang iwan.. seperti kita yang berada di sana..
Curahan rasa KiD @ ..Nasi Beriani Ayam Pakistan di RASA Alamanda
Bandar Prague ni mmg best dah nostalgik.. baguslah dapat jumpa restoran halal kat sana. Banyak sebenarnya orang arab dan pakistani buka restoran. Actually, kat Prague ni barang yang hot ialah Bohemia kristal sgt cantik dan murah. Currency pun bagus, mcm Singapore je. (2 x duit kita) x mcm Euro. Sbb diorang pakai Koruna.
Rindunya, Koprivnice..
alamak…untung lah dah dpt kesana..teringin!..
Curahan rasa dzuandiey @ ..Lancar Samsung Galaxy S3 Pada Harga Berpatutan
waahhhh… dah ke sana yea?
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 3
wahh..serius..sini memang best..dah lama nak kesini..tak kesampaian lagi..huhu.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..Lancar Samsung Galaxy S3 Pada Harga Berpatutan
suasana situ pun macam best aje
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 3
He3x!! Terjumpa juga ngan awek melayu sesat disana yer bro…hehehe
Curahan rasa yas @ ..[GAMBAR] YATT HAMZAH -Imej Baru Yang Ayu
kesian kat dia sesat, DH tak try ker nak tolong dier…hehehe…
Curahan rasa Nana @ ..Senyum, tak perlu kata apa2…
mesti tolong punya tu…ekeke..
Curahan rasa dzuandiey @ ..Lancar Samsung Galaxy S3 Pada Harga Berpatutan
kelam kabut kut masa tu..
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 5
jauh jugak perjalanan naik prague tu…
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
jom kita pula g Prague..haha
Curahan rasa dzuandiey @ ..Lancar Samsung Galaxy S3 Pada Harga Berpatutan
saper nak sponsor nih?? heheheehe
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 5
Seronok betul merantau nie… 😀
Curahan rasa Izzuddin Fauzi @ ..Musafir Ke Ipoh
macam dendang merantau dah.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
tentulah seronok coz dapat tgok2 tempat org…
Curahan rasa Nana @ ..Senyum, tak perlu kata apa2…
bila laaa saya nak merasa macam ni
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 3
alamak, lagi mahal lah pula barang2 branded tu, ek.
Curahan rasa Sya Isya @ ..GAMBAR KAHWIN SCHA AL-YAHYA DAN AWAL ASHAARI (MAJLIS PERNIKAHAN SCHAWAL)
barang2 branded tu.. fuuhhhhh. yang suka brand tu leh laaa terjah
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
haha..sini beli kat pasar malam jer la.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..Lancar Samsung Galaxy S3 Pada Harga Berpatutan
siap boleh tawar menawar lagi.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 3
wow….bestnya bang..bila lah agaknya saya pula yang dapat berkunjung ke negara orang ni
Curahan rasa boni @ ..Sesi Temubual Bersama Kartunis Komik M
bila turn boni..? bila turn KiD? hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
saya pun nak juga…hehehe…
Curahan rasa Nana @ ..Senyum, tak perlu kata apa2…
jom….suruh DH sponsor..yeayy!!… 😉
Curahan rasa dzuandiey @ ..Lancar Samsung Galaxy S3 Pada Harga Berpatutan
hurraayyy!!! hehehehe… ramai laa nak ikut camtu
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 3
teruskan perjuangan untuk mengembara di tempat orang.semoga selamat hendaknya.
Curahan rasa Ahmad Tarmizi @ ..Nora Danish Seksi Dalam Majalah GLAM
selamat dalam perjalanan dan kembali..
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
mengembara memang best.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..Lancar Samsung Galaxy S3 Pada Harga Berpatutan
mengembara dengan poket yang tebal.. memang best!
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 5
hmm…tak dapat pergi pun takpe..hayati je post dari denaihati
Curahan rasa syamila @ ..Breast Cancer
post dari DH macam ‘LIVE”
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
betul tu…tak pat pergi pun tak pe lah. tgok gambar pun cukupller…
Curahan rasa Nana @ ..Senyum, tak perlu kata apa2…
gambar2 dari gajet2 yang hebat
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 3
alamak..sedih jer bunyi tu..hehe
Curahan rasa dzuandiey @ ..Lancar Samsung Galaxy S3 Pada Harga Berpatutan
sedih2 manja macam kita ni laa dzuandiey.. tgk gambar je.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 5
wah, kesiannya gadis Malaysia tuh.
Curahan rasa rozuan @ ..GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN AWAL ASHAARI DAN SCHA AL YAHYA
hope yang sesat tu dapat jumpa rakan2nya
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
yalah…dapat ker dia cari hotel dan bjumpa kwn2nya semula…
Curahan rasa Nana @ ..Senyum, tak perlu kata apa2…
kalau tak jumpa, kena jumpa polis lah
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 3
nak cari menu maggi kat cam best je heheh
Curahan rasa auc @ ..Arsenal vs Norwich City | Barclays Premier League 2011/2012 | Live and Results
maggie campur sayur.. dan lain2 bahan. mesti sedap!
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
menanam niat nak ke sana suatu hari nanti…
cemburu tengok Geng Tuan Hj. ni….. hihihi
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Bercuti Di Negeri Serambi Mekah #TravelogKlate
ramai yang cemburu tgk team ni… hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Gossip Day
saya salah seorang yg jelez ni…
Curahan rasa Nana @ ..Senyum, tak perlu kata apa2…
nana jeles?? kid pun nak jeles lah.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 3
Comments are closed.