Kembara kasih sayang dari Segamat ke Batam

Spread the love

Salam 1Malaysia, kesibukan bersama keluarga dalam acara kembara cuti sekolah menyebabkan kurangnya masa untuk bersama Denaihati.com. Dari kejauhan masih ada masa sesekali sekala melihat komen teman-teman melalui iPhone tetapi tak mampu nak reply kesemuanya.

Selama 2 minggu ini kami sekeluarga bergerak dari ke Segamat, Kuala Lumpur, Sabak Bernam, Tanjung Piandang, Lumut, Klang, Shah Alam, Bukit Mahkota dan sekarang berada di Batam. Kam ziarah ibubapa, ibubapa mertua, pak cik, mak cik, abang ipar, adik ipar dan keluarga angkat. Alhamdulillah anak-anak gembira apabila aku lapangkan sepenuh masa bersama mereka. Orang bijak pandai berkata berapa lama dengan keluarga tidak penting tetapi kualiti ketika bersama itu yang paling utama.

keluarga Denaihati 2014

Manusia hanya menghargai SIHAT apabila sudah ditimpa SAKIT begitu juga manusia hanya menghargai KASIH SAYANG apabila sudah tiada keluarga atau orang kita sayangi. Berapa ramai ibubapa tiada masa untuk bersama anak-anak hanya kerana terlalu fokus kepada kerjaya. Masa terus berlalu anak kian membesar dan ibubapa kian tua. Tiada apa yang boleh ibubapa lakukan apabila nasi sudah jadi bubur kerana anak yang sudah dewasa tidak boleh lagi ditegur atau dimarahi.

Dalam keadaan dunia yang sangat mencabar menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menyediakan lebih masa yang berkualiti bersama anak-anak yang merupakan pelaburan bukan sahaja di dunia tetapi yang paling utama di akhirat.


Spread the love

88 Comments

    1. Jangan! Dan sekali lagi, jangan! Karena cinta dan kasih sayang dalam kehidupan keluarga, itu bagaikan magnet yang memiliki daya tarik kuat untuk senantiasa menyatukan jiwa, dan mengikat raga.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!