Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Kemboja dalah satunya negara yang ingin dilawati. Kali ini aku mengikuti Kembara Jejak Rehlah Dakwah dan Mujahadah dengan tema ‘Bloggers Mengemban Tanggungjawab Sosial‘ ke Phnom Penh, Siem Reap dan Ho Chi Minh City (Saigon). Aku memulakan catatan perjalanan, pengalaman dan pelbagai kisah menarik serta terkesan di hati untuk dikongsi bersama pembaca. Terima kasih kepada Denaihati, Darul Maghfiroh, Cambodian Muslim Cooperatives dan eQurban selaku penaja kembara kali ini. Kembara ini telah berlangsung pada 18 Disember 2013 sehingga 23 Disember 2013.
Kembara ini disertai oleh Kujie, suami dan anaknya Intan, Deqnoor, Azlina serta aku dan isteri. Selain itu, turut serta adalah Haji Masrukhin dari Darul Maghfiroh, Jefri dari Inspen, Haji Khanafi dari Al-Ansar. Kami ke Phnom Penh dengan syarikat penerbangan MAS jam 9.25 pagi di mana aku sempat bersolat subuh dan bersarapan dengan Denaihati yang kebetulan ke Kembara Palestin pada pagi yang sama. Penerbangan ke Phnom Penh tidak terasa lama, mungkin dek melayan IFE yang mempunyai pelbagai cerita dan lagu. “Late Breakfast” juga disediakan kepada kami dalam penerbangan MAS ini.
Dua jam penerbangan, kami mendarat di Phnom Penh International Airport. Perbezaan waktu di Kuala Lumpur, Malaysia dengan Phnom Penh, Kemboja adalah satu jam. Ini bermaksud kami tiba di Phnom Penh pada jam 10.25 pagi mengikut waktu Kemboja. Setelah mendapat bagasi dan pemeriksaan e-gate, kami dijemput oleh wakil Cambodian Muslim Cooperatives (CMC).
Di perkarangan luar Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, aku agak menggigil kesejukan. Cuaca yang aku anggarkan dalam 24 darjah Celcius membuatkan rombongan kami seperti berada di tanah tinggi. Kemudian, kami dibawa ke Hotel Holiday Villa untuk check-in dan perkara pertama yang kami pesan adalah untuk membeli simkad telefon. Di Kemboja, ada pelbagai pilihan syarikat telekomunikasi tetapi orang tempatan memberikan cadangan supaya menggunakan SMART. Bagi kami sebagai penulis blog, internet adalah sangat penting apatah lagi bila di perantauan.
Kemudian, kami dibawa untuk makan tengahari. Lokasi makanan halal di Kemboja semakin bertambah. Cafe Malaya menjadi pilihan pengunjung dari Malaysia, dan tukang masaknya berasal dari Kedah. Jadi, kami makan dengan tidak kekok sebab menu hidangannya seperti sama di Malaysia. Ada rendang, kari ikan, sambal udang dan macam-macam lagi.
Selepas mengisi perut, kami ke Cambodian Islamic Center (CIC) yang merupakan sebuah tempat pengajian bagi pelajar lelaki. Mereka yang belajar di sini amat berbeza dengan kemudahan pembelajaran di Malaysia yang fasilitinya lebih baik. Debu tanah merah masih nampak di lantai kelas dan mereka hanya berselipar atau bersandal untuk ke kelas. Di sini, seorang Dato’ dari Kolej swasta di Tanjung Karang menawarkan 5 orang pelajar terbaik di CIC ini untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia. Diharap mereka tidak melepaskan peluang untuk menimba ilmu di Malaysia.
Kemudian kami ke Nurul Iman Chroy Metrey yang terletak berhampiran. Ia merupakan tempat sekolah pelajar perempuan dari 7 sehingga 17 tahun. Bahagian tingkat atas masih dalam tambahan pembinaan. Sebahagian infaq dari rakan dan kenalan Malaysia diberikan untuk tujuan ini. Masjid Al-Rahman yang terletak bersebelahan juga sedang dalam penambahbaikan. Semoga keselesaan yang bakal dinikmati oleh pelajar dan penduduk sekitar memberikan mereka lebih semangat untuk terus belajar dan menghayati Islam.
Pada sebelah malam pula, kami dibawa menaiki bot merentasi Sungai Sap. Menikmati hidangan ringkas seperti daging bakar pada waktu malam di atas bot memang cukup seronok. Kesejukan dengan angin dingin malam membuatkan kami leka seketika menikmati panorama dengan lampu neon di Bandar Phnom Penh.
Hari Kedua. Kami semua lebih bersemangat dan tidak sabar meneruskan kembara.
Sarapan pagi di Hotel Holiday Villa. Cuaca pagi yang cukup indah. Panorama dari tingkap di tingkat 5 yang cukup segar. Pada hari kedua, kami dijadualkan untuk ke Tuol Seng Genocide Museum. Antara menu yang aku suka adalah nasi lemak disediakan di hotel ini sebab ada sardin dan rasa nasi lemak pun sedap.
Sementara menunggu van, kami sepakat untuk ke Phsar Thmei atau Central Market. Di Central Market, terdapat pelbagai jenis barang yang dijual. Beg, baju, seluar, cermin mata, cenderamata dan macam-macam lagi. Di sini aku membeli sehelai jaket berharga 19USD selepas tawar menawar. Cuaca masih sejuk dan berangin!
Di Kemboja, banyak menggunakan note Riel dan juga USD yang diterima rata-rata peniaga di sini. Di sini boleh memborong tshirt kenangan Cambodia yang murah, sekitar 2USD-3USD sehelai.
Sampai di Tuol Seng Genocide Museum. Pada mulanya, aku memang tidak tahu sangat perihal sejarah. Tetapi setelah diceritakan oleh Kholiq selaku pemandu dari CMC dan pembacaan di papan tanda, aku melihat tempat ini sebagai suatu lokasi penyeksaan di zaman Pol Pot. Pol Pot atau nama sebenarnya Saloth Sar ialah pemerintah Khmer Rouge serta Perdana Menteri Kemboja (secara rasmi dipanggil Kampuchea Demokratik semasa pemerintahannya) dari 1976 hingga 1979.
“Kejam dan tidak berperikemanusiaan”.
Itulah ungkapan yang dapat aku tafsirkan mengenai Pol Pot. Mangsa diambil gambar dahulu sebelum mereka diseksa dengan pelbagai cara. Tidak kira tua dan muda, lelaki dan perempuan, penyeksaan dilakukan dengan kejam dan tidak masuk akal bagi yang kita normal. Ada yang disebat, ada yang dikerat jarinya, ada yang dilemaskan dalam tempayan dan pelbagai lagi jenis penyeksaan yang sangat kejam.
Selepas itu kami pulang ke hotel untuk check out. Lewat petang hari kedua, kami akan ke Siem Reap. Makan tengahari kami di Nurul Iman Chroy Metrey. Aku terkejut kerana dihidangkan dengan seekor ikan yang besar. Rupanya ia adalah ikan toman. Cambodian Muslim Cooperatives telah mengusahakan kolam ikan toman sebagai salah satu cara untuk menambah dana pendapatan. Ikan toman hampir sebesar lengan aku yang dimasak stim dengan ramuan tersendiri, aku makan habis licin bersama Haji Masrukhin. Sedap!
Berkesempatan untuk bergambar kenangan di hadapan masjid Al-Rahman, kami mengucapkan selamat tinggal kepada ustaz dan cikgu di situ. Kemudian, kami di bawa ke kolam ikan toman yang aku lihat cukup banyak dan produktif. Harga yang mahal di pasaran diharap dapat menjana pendapatan bagi CMC.
Waktu tempatan menunjukkan jam 5.00 petang. Kami perlu bertolak segera ke Siem Reap kerana perjalanan sejauh 320km melalui jalan darat dianggarkan dalam 5 hingga 6 jam.
Dengan keadaan jalanraya yang tidak berapa elok, perjalanan ke Siem Reap agak mencabar.
Pelbagai situasi dan perkara yang kami lalui. Tidak seperti di Malaysia, jalanraya tanah merah di Phnom Penh berkongsi dengan segala kenderaan lain. Lori, van, pacuan empat roda, kereta, motorsikal, kereta lembu, kereta kuda dan basikal semuanya dalam laluan yang sama. Satu perkara yang kami perasa, toleransi penduduk di Kemboja terhadap laluan jalanraya adalah tinggi. Bermaksud, walaupun sesak dan jalan agak teruk, pemandu memberikan laluan kepada yang memotong dari arah yang bertentangan dan sering memberikan hon sebagai pemberitahuan kehadiran pemandu.
Tiada lampu jalan menuju ke Siem Reap. Hanya ditemani kegelapan dan sesekali lampu dari kenderaan arah bertentangan. Jam telah menunjukkan 6.20 petang tetapi suasana sudah gelap. Kami bersembang bergilir-gilir dengan Kholiq dan Syukri, seorang lagi pemandu dari CMC. Ternyata pelbagai kisah yang dapat dikongsi mengenai Kemboja.
Jam 10.30 malam. Kami tiba di Siem Reap. Terus di bawa ke restoran makan yang terletak bersebelahan dengan Masjid Al-Hikmah. Seterusnya kami check-in di Ta Prohm Hotel. Ada night market yang berdekatan. Deqnoor, Azlina, Atus serta aku dan isteri tak melepaskan peluang untuk menaiki Tuk-Tuk. Pemandu tuk-tuk ini bernama Thowi, seorang muallaf yang baru mengusahakan perkhidmatan tuk-tuk ini.
Kami berlima sempat menaiki tuk-tuk ini dan mengelilingi sekitar pekan di Night Market Siem Reap.
Waktu untuk berehat di hotel setelah perjalanan darat yang jauh dan lama.
87 Comments
niat hati memang teringin sangat nak ke kemboja…in shaa allah satu hari nnt.
Curahan rasa Jamian Sarif @ ..Kesan Bersukan Waktu Malam.
Smart tu macam logo bawah rangkaian Axiata Celcom tu je..dan baju bawah RM 10 memang syok sambil makan angin shopping sikit kat Kemboja ni. tak pernah jejak lagi, alangkah beruntung kalau.. 🙂
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Buat Duit Dengan Iklan H12 Di Blog
Assalam…
Saya hanya pernah ke Vietnam dan Thailand sahaja. Memang best jalan2. Dapat tengok negara orang. Jauh perjalanan, luas pengalaman.
seronok dapat jalan2 jauh tengok negara org bila la dpt pi
Curahan rasa kucinghitam @ ..Benda Yang Dirindui Time Dulu-dulu
pengalaman sebegini memang sangat menarik Tuan Denaihati. Tuan Denaihati, saya melihat gambar diatas yang gambar naik kapal terbang dan ternampak tanah terpampang luas dari atas. kadang kandang terfikir, kenapa dengan tanah yang begitu luas yang lebih dari mencukupi ini manusia x mampu untuk membekalkan “makanan” yang mencukupi kepada manusia. Sedih juga melihat negara yang miskin yang menghadapi masalah makanan yg sangat serius sedangkan mereka sendiri berpihak di atas tanah yang sangat sangat boleh untuk membekalkan makanan kalau mereka mahu
Curahan rasa Juan @ ..Maklumat Lengkap Cara Pendaftaran Aktif Sim Kad Tone Excel
nampak jugak sinar islam berkembang disana.
terima kasih kongsi gambar2 menarik
Curahan rasa QZ92 @ ..Makcik Pisang Goreng
seronoknya pergi beramai-ramai mcm ni… kawan ema baru posting kat sana…
Curahan rasa ema @ ..Episod Akhir Ariana Rose – Happy Ending
sesungguhnya jauh perjalanan luas pemandangan
untung sesiapa yang dapat pergi, lagi² percuma..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Macam sedap je macam sedap je- Cikgu naman feat Sasha Selera
bertuah blogger yg dpt pergi
harap sop boleh ke sana juga suatu hari nanti 🙂
Curahan rasa Sop @ ..Yeo’s Pilihanku dan pilihan keluarga kami
Next time jangan lupa jemput saya, nak join juga 😀
Curahan rasa Stuwie @ ..Melancong ke USA – Berapa Banyak Anda Kena Bagi Tip Pada Pelayan Restoren?
Alhamdulillah. Dapat jugak tengok gambar2 yg bro kid kongsikan…
Terima kasih bro berkongsi pengalaman berjalan di kemboja. Paling tak, dapat serba sikit info tentang saudara kita di sana.
tuk tuk…tuk tuk =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Yeay! Dapat Hadiah Buku….
bestnye..insyallah sy akan pergi kesana juga satu hari nanti
Curahan rasa Farid Laham @ ..Contest Seo Muslim Niaga
InsyaAllah. Ambe pun ada impian yg sama =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Wordless Wednesday #53 Khasiat Kacang Soya Hitam
jauh berjalan, luas pemandangan, sihat tubuh badan…
Curahan rasa SDK @ ..Makanan elak kanser berlaku
terasa nak mengembara gak ler…
Curahan rasa encikarman @ ..Cara setting meta description untuk satu-satu post di blogspot
pergh sebelum seksa boleh pulak dorang ambil gambar dulu yer…
Curahan rasa papa mifz @ ..Yeo’s Teman Setia Percutian Pulau Pangkor
Comments are closed.